Lahad Datu vs Sandakan

Keputusan yang Bijak dan Tepat-Cadangan Guna Tenaga ARANG BATU DITOLAK

Keputusan yang Bijak dan Tepat--Cadangan Guna Tenaga ARANG BATU DITOLAK di LAHAD DATU, New Sabah Times, 3 April 2008

Kabinet Sabah LEBIH Mengutamakan Kesihatan BINATANG LIAR dan Pendudk LAHAD DATU??

Kabinet Sabah LEBIH Mengutamakan Kesihatan BINATANG LIAR dan Pendudk LAHAD DATU??

CADANGAN GUNA TENAGA ARANG BATU DITOLAK

New Sabah Times, Khamis, 3 April 2008, Muka Depan

KOTA KINABALU: Kabinet Negeri kelmarin mengarahkan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Tenaga Nasional Berhad agar TIDAK meneruskan loji bekalan tenaga ARANG BATU di Silam sebaliknya mencari alternatif sumber tenaga LAIN dan tapak baru.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman berkata Mesyuarat Kabinet kelmarin memutuskan kedua-dua syarikat itu MEMBATALKAN cadangan itu yang BOLEH MENJEJASKAN kesihatan dan [melenyapkan] kebimbangan penduduk yang tinggal di kawasan itu dan juga pelbagai pencinta alam yang terdiri dari badan-badan bukan kerajaan.

Setelah menimbang akan kebaikan dan keburukannya, Kabinet memutuskan MENOLAK cadangan ini kerana kita TIDAK MAHU MENGGADAIKAN kebajikan masyarakat di kawasan itu termasuk dari segi KESIHATAN DAN KESAN BURUK terhadap alam sekitar,” ktatnya dalam satu kenyataan kelmarin.

[Komen: Tetapi Kerajaan sanggup MENGGADAIKAN kebajikan dan kesihatan masyarakat SANDAKAN??]

Beliau juga berkata cadangan tapak pembinaan loji itu juga berdekatan dengan kawasan perlindungan seperti Lambangan Maliau, Teluk Darvel, Danum Valley, Ulu Segama, yang mana kawasan-kawasan ini mempunyai ekosistem sensitive yang [bernilai?] tinggi dan kebanyakannya daripadanya masih dalam keadaan asli.

[Komen: Sama juga dengan Hutan Simpanan Asli Kabili-Sepilok di SANDAKAN!!]

“Kita juga TIDAK membenarkan loji seumpama itu dibina kerana kawasan perlindungan ini juga akan digunakan untuk ECOTOURISM (eko pelancongan) di bawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC).”

[Komen: Bagaimana pula dengan Sepilok dan tempat-tempat pelancongan Ecotourism yamng terkenal di sekitar SANDAKAN?!]

Beliau berkata dengan membenarkan cadangan itu diteruskan ia BERCANGGAH dengan salah satu prinsip yang digariskan di dalam pembangunan SDC, iaitu untuk memastikan perkembangan yang berkekalan melalui PEMULIHARAAN alam sekitar.

Musa juga berkata Tenaga Nasional Berhad juga diminta untuk mencari SUMBER TENAGA LAIN SELAIN DARI ARANG BATU.

Saya tahu sesetengah orang berkata dengan teknologi hari ini, cadangan loji itu adalah selamat dan bersih TETAPI sesetengah PAKAR juga TIDAK BERSETUJU.”

[Komen: Betul! Sebab itulah apa jua Penilaian “Environmental Impact Assessment Report” yang sedang dijalankan adalah tidak bermakna dan tidak boleh dipakai!!]

Tetapi setelah memberikan pertimbangan dengan teliti, kita TIDAK DAPAT MENGAMBIL RISIKO dan MEMUSNAHKAN alam sekitar yang masih kekal. Kita perlu mencari SUMBER TENAGA YANG LEBIH MESRA ALAM SEKITAR.

[Komen: Tepat sekali, Y.A.B.!!]

Beliau juga berkata pembekal-pembekal tenaga ini juga diminta mencari tapak alternatif selain dari Teluk Darvel.

Musa berkata Teluk Darvel mempunyai hidupan marin yang [bernilai?] tinggi dan ia dianggap sebagai Punca Evolusi Batu Karang (Cradle of Coral Evolution) oleh [sainstis] selepas membuktikan bahawa lokasi itu mempunyai batu karang yang dating dari Great Barrier Reef di Australia

“Kita masih mempunyai alam sekitar yang masih belum disentuh. KITA TIDAK BOLEH MEMPERDAGANGKAN alam sekitar untuk kemajuan yang BOLEH MENGANCAM MASA DEPAN pencinta-pencinta keindahan alam semula jadi generasi Sabah akan datang,” katanya.

[Komen: Memang Betul! Kita SOKONG, Y.A.B.!!!]

————————————————————————————— Soalan-Soalan Kami:

Syarikat yang akan menguruskan Stesen Janakuasa Elektrik ARANG BATU di Sandakan bernama **LAHAD DATU** Energy Sdn Bhd. Ini jelas menunjukkan bahawa Stesen Janakuasa Elektrik ARANG BATU ini pada asalnya ditetapkan di LAHAD DATU, BUKAN SANDAKAN!

Kalaulah ‘clean coal technology’ (teknologi arang batu ‘yang bersih’) adalah betul-betul Bersih dan Selamat — Stesen Janakuasa Elektrik ARANG BATU harus diteruskan di LAHAD DATU. Kalau ia betul-betul ‘bersih’, kenapa pula ia DIBATALKAN — dan dipindahkan ke SANDAKAN??

Kalau Arang Batu sudah dianggap tidak sesuai untuk Lahad Datu, kenapa pula MESTI diterima oleh penduduk-penduduk SANDAKAN??

Adakah Nyawa dan Kesihatan MANUSIA yang tinggal di SANDAKAN KURANG BERNILAI?!

coal-terlalu-dekat2

Sudikah Anda Menjadi JIRAN kepada Stesen Janakuasa Elektrik ARANG BATU?? (sila 'klik' peta ini untuk membesarkannya/enlarge)

Adalah jelas bahawa jarak di antara lokasi yang dicadangkan untuk Stesen Janakuasa Elektrik ARANG BATU di Seguntor adalah TERLALU DEKAT dengan tempat-tempat kediaman kebanyakan penduduk Sandakan, Hutan Simpanan Kabili Sepilok dan Sepilok, dll. Ia hanyalah kurang daripada 15 km dari Pusat Bandar Sandakan!

Dan ia hanya TIDAK MELEBIHI:

**3km dari Batu Sapi!!

**4km dari Taman Mawar/ Sibuga/ Kompleks Sukan!!

**7km dari Karamunting/ Kg Bokara/ Kg Air/ Tmn Tyng/ Tmn IJM/ Tmn Indah/ Pasar Batu 8/ Golf Club!!

**10km dari Tmn Fajar/ Bdr Kim Fung/ Tmn Pak Tak/ Tmn Khong Lok/ Airport!!

**15km dari Pusat Bandar Sandakan/ Gum-Gum/ Sim-Sim/ BDC!!

(Termasuk Sekolah-Sekolah, Kedai-Kedai, dan Pejabat-Pejabat di dalam kawasan-kawasan tersebut!!)

Sedangkan debu-debu dan bahan-bahan berbahaya yang dilepaskan dari stesen janakuasa elektrik arang batu boleh, dengan mudahnya, mencemar kawasan-kawasan lain yang BERATUS BATU JAUH apabila dibawa angin!! (menurut perenggan 4 Artikel ini)

ARANG BATU boleh MEMUDARATKAN Seluruh Sandakan (dan juga kawasan-kawasan yang berhampirinya, seperti Beluran, Telupid, Lahad Datu, dll)!!

Penulis: OC

Responses

  1. sandakan adalah bandar alam semula jadi….jgn la musnahkan alam sekitar sewenang-wenangnya,bertambah la global warming lgi!!! biarlah sandakan terkenal dengan pusat pelancongan yang menarik…cyggg my hometown…

  2. As a Sandakan citizen and Ecology & Biodiversity student, I totally disagree with this project. Not only harming local health but also destroying the nature. Sandakan known as Nature City, why we want to change that? This site have its ecological functions & services. These functions & services linked to us..destroying it mean destroying ourself. We always have other choice but regarding nature we have no choice. We only have it and it can’t be replace..

  3. I don’t understand why the tittle put as sandakan vs lahad datu…I born in sandakan but lahad datu is my village..Shouldn’t we come together and be friend?

  4. Cadangan membina arang batu di Sandakan memang mengecewakan. Udara kini di Sandakan telahpun terjejas kerana melihatkan ramai yang jatuh sakit batuk-batuk, demam, selesema, sesak nafas tetiba. Bayangkan pula bagaimana jika kilang tersebut dibina lagi. apakah yang akan terjadi? Adakah ini wajar kami sebagai warga Sandakan menerima keadaan ini. Haruskah mengutama penggunaan luar terlebih dahulu berbanding warga sendiri? Di manakah keadilan itu. Sungguh menyedihkan sekali dengan layanan yang diterima kami sebagai warga Sandakan mahupun Sabah. ;((


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: