Arang Batu Bahaya

Mengapa kami membantah pembinaan loji/stesen janakuasa elektrik arang batu di Sabah?

Pengunaan arang batu sebagai sumber tenaga di negara-negara maju telah mendatangkan banyak masalah kesihatan dan pencemaran alam sekitar. Sila baca:

Pakar Jantung: Loji Arang Batu Tumpahkan Bahan RACUN

Mahkamah Amerika Syarikat: Loji Arang Batu Membunuh dan Memusnahkan

Kelahiran Cacat di China – “terutamanya di lapan kawasan utama ZON ARANG BATU”

Jemaah Menteri Sabah: Arang Batu BAHAYA untuk HIDUPAN LIAR dan Penduduk LAHAD DATU

Soalan-soalan Kerap Ditanya

Arang Batu — Bahaya untuk Lahad Datu, Baik untuk Sandakan??

Kalau kami menerima loji arang batu ini, maka ia bermakna kami akan menyerahkan nasib kami kepada pihak SESB dan pihak penguatkuasa, dan harapkan “jasabaik” loji arang batu supaya ia mematuhi peraturan pada setiap masa – walaupun langkah-langkah keselamatan yang diperlukan tetap akan mengurangkan untung/ menambahkan kerugian mereka…

Harapkanlah SESB/TNB…

Ada sesetengah penyokong loji arang batu yang menegaskan bahawa setakat ini, tiada bukti bahawa loji-loji arang batu di Semenanjung Malaysia dan Sarawak pernah menimbulkan masalah.

Tetapi, “belum ada bukti” tidak bermakna ia tidak pernah berlaku. Kesannya belum jelas dalam tempoh 10-20 tahun tidak bermakna ia langsung tiada kesan, ataupun masalah tidak akan menimbul beberapa tahun kemudian/pada masa depan/dalam badan-badan generasi muda kita!

Ada juga mereka yang berkata bahawa kita tidak harus mengambilkira contoh-contoh yang diperolehi dari negera asing, dan kita harus berdasarkan keadaan/contoh-contoh di Malaysia sahaja.

Soalan kami: Adakah ini bermakna bahawa manusia di Malaysia/Sabah mempunyai gene yang langsung tidak sama dengan manusia di Amerika Syarikat dan sebagainya?? (“gene Avatar” atau “gene alien”??) Bahawa badan-badan kami ada “antibodi” terhadap kanser, sistem imun kami boleh mengatasi sakit jantung, dan walaupun merkuri boleh merosakkan otak orang putih, ia sebaliknya adalah berkhasiat untuk otak rakyat Sabah?!?!

Kesilapan Dijadikan PENGAJARAN, BUKAN Tiruan“!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: