Alternatif/Sumber Lain

1.     $E$B kata, arang batu adalah sumber yang “paling realistik pada masa kini” untuk Pantai Timur Sabah – Baharin bin Din, Managing Director, $E$B. Betulkah?

2.     Sebenarnya, Sabah ADA BANYAK ALTERNATIF, kami TIDAK PERLU menggunakan tenaga arang batu yang kotor dan bahaya ini yang akan DIIMPORT dari Indonesia.

(A)       Gas Semulajadi (Natural Gas)

3. Petronas telah merampas gas semulajadi rakyat Sabah yang dijumpai di Kimanis, Sabah, dan akan mengekspotkannya ke Sarawak – ia akan disalurkan ke Kompleks LNG Petronas di Bintulu melalui saluran paip sejauh 500 kilometer.

4. Kalaulah paip ini yang sepanjang 500 km dari Sabah ke Sarawak BOLEH dibina, mengapa ia tidak boleh disalurkan ke Sandakan/Tawau/Lahad Datu dengan menggunakan paip juga, yang LEBIH DEKAT lagi (tidak melebihi 350 km jalan darat) jika berbanding dengan paip Kimanis-Bintulu itu??

5.     Baharin bin Din, Managing Director, $E$B, berkata,

“Gas semulajadi tidak didapati di Pantai Timur Sabah pada masa kini, kerana Petronas TIDAK SUDI membekalkan gas semulajadi, tetapi penjual arang batu di Kalimantan (Indonesia) sudi.”

[“Gas is not available in the East Coast now, Petronas is not willing to make it available but suppliers of coal in Kalimantan are willing.”] SESB says again: Coal the only option, Tuesday, August 19, 2008, http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=59451

6.     Petronas dikuasai 100% oleh Kerajaan Persekutuan. Jadi, kalau Petronas “tidak sudi” membekalkan gas semulajadi untuk rakyat di Pantai Timur Sabah, ini bermakna KERAJAAN PERSEKUTUAN lah yang TIDAK SUDI. Mungkin Kerajaan Persekutuan lebih mengutamakan keuntungan Petronas dan rakyat Sarawak, berbanding dengan nasib rakyat kelas ketiga SabahBolehkah pemimpin-pemimpin Barisan Nasional kami MENJAWAB – MENGAPA BN:

a) membenarkan Petronas MERAMPAS sumber asli negeri Sabah,

b) TIDAK MEMBENARKAN anak-anak Sabah menggunakan sumber asli kepunyaan negeri SENDIRI, dan

c) MEMAKSA rakyat Sabah supaya menerima arang batu yang KOTOR DAN BAHAYA??

7.     Adakah dasar berat-sebelah ini memang “dasar” kerajaan Barisan Nasional? Inikah semangat sebenar “1Malaysia”??

8.     Kami harap pemimpin-pemimpin Barisan Nasional di peringkat Negeri dan Persekutuan dapat memberi ARAHAN supaya Petronas MENGEMBALIKAN SEMUA gas semulajadi kepada rakyat Sabah, ataupun sekurang-kurangnya membekalkan APA PUN JUMLAH gas semulajadi yang diperlukan oleh rakyat Sabah SEBELUM mengalirkan satu tong pun sumber asli kami ke negeri yang lain!!

(B)       Hidro (air)

9.     Selain daripada melaksanakan projek hidro di Liwagu dan Upper Padas, projek tenaga hidro Bakun, Sarawak, dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2011. Sudah ada cadangan untuk mengekspotkan tenaga elektri hidro yang dijana di situ ke Brunei, Kalimantan dan Semenanjung Malaysia (melalui kabel dasar laut sepanjang 676 km di Laut Cina Selatan!!).

10.     Kalau tenaga dari Bakun ini boleh disalurkan ke NEGARA ASING seperti Brunei dan Indonesia atau ke Semenajung melalui LAUT, mengapa ia tidak boleh disalurkan ke Pantai Timur Sabah?? Sekali lagi – mengapa Kerajaan Barisan Nasional TIDAK membela nasib rakyat Sabah??

Pergi Johor (melaui LAUT) sangat dekat, pergi Sabah (melalui DARAT) terlalu JAUH?

(C)       Tambahkan Grid Pantai Barat-Timur (jika perlu)

11.     Katakan Baharin bin Din lagi, Managing Director, $E$B, jika Pantai Timur  Sabah mengimport bekalan elektrik dari Pantai Barat (melalui Grid dan sebagainya), akibatnya Pantai Timur akan terlalu bergantung kepada Pantai Barat.” [“East Coast is “over-dependent” on the West Coast power system to supply its electricity needs.”] Jika berlakunya apa-apa kemalangan/kerosakan kepada Grid itu, Pantai Timur akan mengalami masalah.

12.     Soalan kami: Kenapa dalam cadangan TNB untuk mengalirkan elektrik dari Bakun ke Johor, melalui kabel dasar LAUT sepanjang 676 km di Laut Cina Selatan, TIADA masalah “terlalu bergantung” pula??

13.     Lagipun, loji arang batu yang dicadangkan ini MASIH JUGA AKAN menggunakan Grid untuk menyalurkan elektrik ke bandar-bandar yang lain di Pantai Timur (Sandakan, Tawau, Lahad Datu; kerana elektrik arang batu itu bukan untuk kegunaan Felda Sahabat sendiri saja) – kalau $E$B bukan gunakan Grid untuk mengalirkan elektrik itu, nak guna apa? (‘Angin’??)

14.     Jadi, sama ada Pantai Timur mengimport elektrik dari Pantai Barat ATAUPUN kita membina sebuah loji arang batu di Pantai Timur, dalam KEDUA-DUA pilihan/senario kita MEMANG MASIH PERLU menggunakan Grid!! Semua sama juga. Itulah sebab kami hairan, mengapa bagi $E$B, kalau loji arang batu ini menggunakan Grid untuk menyalur elektrik ke seluruh Pantai Timur ia TIADA masalah, tetapi kalau suruh $E$B menggunakan Grid untuk mengimport elektrik BUKAN arang batu dari Pantai Barat dan lain lain, ADA masalah pula??

15.     Sebnarnya, kalau $E$B mahu bina loji arang batu di mana-mana tempat di Pantai Timur Sabah, ini bermakna $E$B sudah berpendapat/setuju bahawa sistem Grid BOLEH diharap (untuk mengalirkan elektrik dari loji arang batu itu ke bandar-bandar di Pantai Timur); tetapi kalau sistem grid BOLEH diharap, ini juga bermakna kita TIDAK PERLU guna arang batu kerana kita BOLEH import elektrik dari/melalui Pantai Barat (gas semulajadi dari Kimanis, hidro dari Bakun, dan lain lain) dengan menggunakan Grid!! Lain kata,

a) kalau grid TIDAK BOLEH diharap, maka LANGSUNG TAK GUNA kita bikin loji arang batu ini (sebab elektrik yang dijana TIDAK akan dapat disalurkan dengan grid)!

b) Tapi, kalau grid BOLEH diharap, maka TAK PAYAHLAH kita bina loji arang batu kerana kita BOLEH import elektrik dari mana-mana jua dengan menggunakan grid!!

c) Kesimpulannya, jika $E$B mesti gunakan Grid, maka pembinaan loji arang batu ini adalah langsung TIDAK LOJIK/TIDAK MASUK AKAL.

16.     Anehnya, Tenaga Nasional Berhad sendiri juga menggunakan Grid di SELURUH Semenanjung Malaysia!! Mengapa tiada masalah “terlalu bergantung” di situ pula??

"Sistem Grid Nasional TNB" pada tahun 2000 - SELURUH Semenanjung Malaysia "terlalu bergantung" terhadap Grid??

17.     Untuk makluman rakyat Sabah, BANYAK LAGI negera asing yang juga menggunakan Grid – termasuk BENUA Amerika Utara dan Eropa Timur yang begitu LUAS!!

Sistem Grid Baltic di Eropa Timur ("terlalu bergantung"??)

Sistem Grid Amerika Syarikat - juga "terlalu bergantung"?

18.     Jadi, kenapa $E$B tidak dapat (ataupun TIDAK MAHU??) menggunakan Grid untuk menyalurkan elektrik dari Pantai Barat??

19.     Tambahan lagi, selain daripada Grid Barat-Timur (“East West Grid Interconnection”) yang sudah dibina (dari Sandakan ke Kota Kinabalu), sebenarnya kita ada SATU LAGI Grid Barat-Timur Ke-2 yang sudah dicadangkan/dalam proses dibina (di bahagian Selatan, melalui Ulu Padas—> Serudong —> Tawau). Ini merupakan sebahagian daripada “Sistem Grid Nasional” (“National Grid System”) yang dicadangkan oleh Tenaga Nasional Berhad. Pada tahun 2000, Grid ini masih boleh dinampak dalam buku terbitan TNB:

Grid Barat-Timur Ke-2 (selatan), tahun 2000

20.     Grid ini masih lagi wujud dalam buku terbitan $E$B pada tahun 2006:

[Grid Barat-Timur Ke-2 (selatan), tahun 2006]

21.     Tetapi PELIKNYA, pada awal tahun 2009, apabila $E$B mulai mencadangkan pembinaan loji arang batu, “tiba-tiba” Grid Ke-2 ini SUDAH HILANG!!!

[Grid ke-2 (selatan) – Pergi mana sudah?? (bahan publisiti $E$B)] Hairan betul…

(D)      ‘Biomass’ menggunakan sisa-sisa Buah Kelapa Sawit

22.     Jikalau Grid Pantai Barat-Timur adalah tidak sesuai, kita MASIH TIDAK PERLU menggunakan loji arang batu kerana Sabah kaya dengan kilang-kilang kelapa sawit yang boleh menghasil tenaga biomass. Sekurang-kurangnya, tenaga biomass ini juga boleh digunakan sebagai bekalan “base load”/”stand-by” sekiranya ada masalah dengan sistem Grid tersebut di atas.

Cara Penyelesaian Keperluan Tenaga yang Mudah Didapati

http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=69465

December 14, 2009

Kota Kinabalu: Penyelesaian untuk masalah tenaga elektrik di Pantai Timur Sabah adalah mudah didapati, TANPA menggunakan sumber tenaga yang kotor seperti arang batu, kata Adrian Lasimbang, seorang pakar dalam bidang Tenaga Boleh Diperbaharui (Renewable Energy).

“Saya bukan merujuk kepada teknologi masa depan. Teknologi ini adalah sedia ada, dan sedang digunakan SEKARANG oleh syarikat TSH di Kunak di kompleks bio-integrated mereka, di mana mereka menghasilkan sebanyak 14 MegaWatt elektrik dengan menggunakan tandan-tandan buah kelapa sawit (empty fruit bunches, EFB),” kata beliau.

Sejak 2005 lagi, TSH Resources Berhad ialah yang pertama di dunia yang menggunakan EFB dan juga “palm oil mill effluents (POME)”, hasil daripada sisa-sisa buah kelapa sawit selepas ia diperah.

“Kalau TSH boleh buat demikian, mengapa tidak boleh kilang kelapa sawit yang lain? Kami ada 1.4 juta hektar lading-ladang kelapa sawit dan beratus-ratus kilang kelapa sawit di Sabah, dan kebanyakkan mereka adalah terletak di Pantai Timur,” kata Adrian, yang juga pemimpin Pacos Trust Resource Management Programme, termasuk bidang Renewable Energy.

Teknologi ini adalah begitu mudah. Ia menggunakan satu turbine yang kecil, dan EFB adalah sisa-sisa. Sumber tenaga ini adalah selaras/konsisten dengan Dasar Teknologi Hijau Malaysia (“Malaysian Green Technology Policy”) yang dikemukakan oleh Perdana Menteri pada bulan Juali 2009,” kata Adrian.

Beliau berpendapat bahawa memandangkan industri kelapa sawit telah mendapatkan banyak hasil dari negeri Sabah, inilah peluang mereka untuk mendatangkan manfaat kepada mereka sendiri dan pada masa yang sama juga mengembalikan sumbangan [kepada Sabah] dengan memasangkan teknologi yang mudah ini, yang juga dapat diperbaharui (renewable).

“Hakikatnya, Sabah ADA CARA LAIN/ ALTERNATIF selain daripada menggunakan tenaga arang batu, dan teknologinya sudah wujud sekarang juga. Tetapi, nampaknya ada sesetengah pihak kekurangan hasrat [untuk menggunakan teknologi ini] dan berkata bahawa kita tiada alternative; tapi ini adalah TIDAK BETUL, kita ADA CARA LAIN/ ALTERNATIF. Sabah boleh menjadi suatu peranan yang baik kepada seluruh dunia [dengan menggunakan teknologi ini]! “

“Mengikut laporan media, kita memerlukan 300MW untuk Pantai Timur. Kalau kilang TSH boleh menghasilkan 14MW, di mana mereka boleh menjualkan 10MW kepada SESB dan menggunakan baki 4MW untuk mereka sendiri, mengapa tidak boleh [30] lagi kilang membuat demikian? Daripada itu kita akan mendapati bekalan tenaga sebanyak 300MW TANPA membina satu loji arang batu yang kotor dan memusnahkan alam semulajadi Sabah,” kata Adrian

“Tak kira apa yang dikatakan oleh sesetengah pihak, pembinaan satu loji arang batu akan menjejaskan alam sekitar kita. Kita tidak boleh terus menafikan ini lagi kerana rakyat Sabah adalah pintar dan menilaikan keindahan alam negeri ini, dan kita ingin memuliharakan keindahan ini untuk cucu-cicit kita.”

23.     Walaupun tenaga alternatif seperti gas semulajadi dan biomass sedikit-sebanyak masih boleh mencemari alam sekitar, keburukan mereka adalah JAUH BERKURANGAN daripada pembakaran arang batu. Oleh itu, loji arang batu harus DITOLAK sama sekali kerana kita ADA BANYAK ALTERNATIF/ CARA-CARA YANG LAIN.  Seperti yang dikatakan oleh Y.A.B. Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, Ketua Menteri Sabah, ketika MEMBATALKAN projek ini di Silam, dekat Lahad Datu pada tahun 2008:

“Setelah menimbang akan kebaikan dan keburukannya, Kabinet memutuskan MENOLAK cadangan ini kerana kita TIDAK MAHU MENGGADAIKAN KEBAJIKAN masyarakat di kawasan itu [di Lahad Datu] termasuk dari segi KESIHATAN DAN KESAN BURUK terhadap alam sekitar… Saya tahu sesetengah orang berkata dengan teknologi hari ini, cadangan loji itu adalah selamat dan bersih TETAPI sesetengah PAKAR juga TIDAK BERSETUJU.” (New Sabah Times, 3 April 2008)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: