Tentang Blog Ini

Penulis:  OC

Laman blog ini cuba memberi sokongan kepada kempen yang sedang dijalankan oleh ramai penduduk Sandakan yang membantah pembinaan Stesen Elektrik Arang Batu (Coal Power Plant) di Sandakan, ataupun di mana- mana saja di Negeri Sabah. Kebanyakan daripada kami BUKAN penyokong/pro atau anti mana-mana parti politik. Kami cuma penduduk- penduduk Sandakan yang mencintai Bandar Alam Semulajadi (Nature City) yang indah dan bersih ini.

Kami mengajak anda untuk memahami sebab-sebab kami membantah projek tersebut dan kami berharap anda dapat menyertai atau memberi sumbangan kepada kempen kami.

Semua penulis dan penyumbang kepada laman blog ini adalah sukarelawan (volunteers). Kami TIDAK memohon atau menerima sebarang sumbangan kewangan kerana kami menganggap sokongan yang paling bermakna dan berhaga dari anda adalah dengan membantu kami menyebarkan maklumat yang berkaitan (information dissemination) melalui pendidikan umum (public education). Ini dapat dilakukan dengan memberi penjelasan secara langsung (directly) kepada setiap penduduk Sandakan/Sabah secara sukarela (volunteer). Ini kerana masih terdapat ramai penduduk Sandakan/Sabah — terutamanya mereka yang tiada perkhidmatan/akses internet — yang langsung tidak menyedari bahawa perkembangan ini boleh menjejaskan atau mengancam keselamatan, kesihatan dan masa depan kita semua.

Sila kunjungi kami lagi dari semasa ke semasa untuk mendapat maklumat-maklumat dan perkembangan terkini tentang kempen ini.

Bantahlah Arang Batu Demi Kehidupan, Kesihatan dan Masa Depan Kita Semua.

Responses

  1. Saya rasa orang sandakan ramai yang ignorance..Tapi it is good blog ini dibuat.Biar kita lihat fakta tentang nature city kita ini. saya seorang pelajar Ekology & Biodiversity di UM..selama ini saya lihat sabah@sandakan hijau..hakikatnya apa yang kita lihat hanya beberapa % tertinggal dari yang lepas..Betapa sedihnya..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: