Posted by: sandakan | May 30, 2010

Mahkamah Amerika Syarikat: Loji Arang Batu Membunuh dan Memusnah

 

Elektrik yang “murah” (BETUL KAH??), DAN JUGA Kematian Bayi, sindrom kematian tiba-tiba bayi, asma, penyakit kerongkong yang serious, kematian terlalu awal, darah membeku, serangan jantung, strok, kadar jantung yang tidak tentu/tidak teratur, arrhythmia, ozon, hujan asid, dan lain lain…

Kesan-kesan buruk akibat daripada pembakaran arang batu yang membawa maut BUKAN LAGI hanya “teori”, “andaian” atau “kepercayaan”. Kesan-kesan buruk ini TELAH DISAHKAN secara rasmi oleh Mahkamah Daerah Persekutuan Amerika Syarikat di Negeri North Carolina, dalam kes North Carolina ex rel. Cooper v. Tennessee Valley Authority (593 F.Supp.2d 812).

Pada 13 Januari 2009, Hakim Daerah Lacy H. Thornburg telah mengisytiharkan bahawa pelepasan udara daripada loji-loji arang batu TVA yang terletak di negeri-negeri Tennessee dan Alabama adalah satu “gangguan awam” (public nuisance) terhadap negeri jiran North Carolina. Ini merupakan satu “gangguan tidak munasabah” terhadap “harta, kesihatan, keselamatan, keamanan, atau kemudahan” orang awam. Mahkamah berkata bahawa loji-loji tersebut telah mengakibatkan “kecederaan, penyusahan [dan] kerosakan” secara serius di North Carolina.

Setelah mendengar bukti-bukti/keterangan pakar (expert evidence) yang dikemukakan oleh semua pihak (termasuk pihak pengurusan loji arang batu, TVA), Hakim tersebut mengisytiharkan bahawa pelepasan udara daripada loji-loji arang batu boleh mengakibatkan kesan-kesan kemusnahan kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Beliau juga mengarahkan TVA supaya memasang peralatan-peralatan kawalan pencemaran di 4 buah loji arang batunya.

Antara perkara-perkara lain, Hakim tersebut mengisytiharkan bahawa (secara ringkas):

a) Proses pembakaran dalam “boiler” loji arang batu menyebabkan arang batu mengalami perubahan kimia, yang membebaskan nitrogen, sulfur, dan merkuri;

b) Elemen-elemen kimia ini kemudian membentuk bahan-bahan kimia berbahaya seperti Nitrogen oksida (NOx), Sulfur dioksida (SO2), Ozon (O3) dan debu-debu halus dipanggil “PM2.5”, sebelum atau selepas dilepaskan ke dalam udara.

c) Walaupun kebanyakan daripada bahan kimia ini ditangkap atau dirawat dalam loji arang batu, bukan semua dicegah daripada dilepaskan daripada loji.

[Jadi, sedikit sebanyak mesti akan dilepaskan ke dalam udara, dan mengakibatkan kesan-kesan yang memusnahkan kesihatan dan alam sekitar.]

d) Selain daripada membentuk ozon, NOx dalam udara boleh juga membentuk Nitrate (NO3). SO2 dalam udara kerap menukar kepada Sulfat (SO4) atau bahan yang sejenis dengannya, seperti sulfat ammonium atau asid sulfurik.

e) Nitrat dan sulfat adalah komponen-komponen yang penting dalam pepejal-pepejal kecil yang didapati dalam udara. Bersama-sama, pepejal-pepejal ini biasanya dipanggil “PM2.5”, kerana mereka mempunyai diameter yang tidak melebihi 2.5 micron, yang lebih kecil jika berbanding dengan rambut manusia (50-70 micron), debu, debunga (pollen), dan “mold” yang lebih kurang 10 micron.

[PM2.5 adalah jauh lebih kecil daripada rambut kita… Ini bermakna ia adalah sangat mudah untuk PM2.5 meresap ke dalam paru-paru / sistem pernafasan manusia.]

f) Sebahagian daripada sulfat, nitrate, dan komponen-komponen PM2.5 yang lain kekal dalam udara untuk tempoh masa yang panjang. Komponen PM2.5 yang lain pula mendarat di atas muka bumi melalui pelbagai proses yang dipanggil “pemendapan asid” (acid deposition). Misalnya, “pemendapan asid basah” (wet acid deposition) berlaku apabila PM2.5 dalam udara bersatu dengan air dalam bentuk hujan, hujan batu, atau salji (iaitu hujan asid). Manakala “pemendapan kering” (dry deposition) berlaku apabila PM2.5 mendarat tanpa bersatu dengan air. Pemendapan asid jenis ketiga adalah “pemendapan air awan” (cloudwater deposition), yang berlaku paling kerap dalam kawasan bergunung-ganang kerana kawasan- kawasan ini senang menjadi berkabus atau berawan. Dalam proses ini, PM2.5 bersatu dengan titis-titis air dalam awan atau kabus, yang kemudiannya mendarat di hutan dan permukaan-permukaan yang lain.  

g) Terdapat cara-cara yang boleh digunakan oleh loji arang batu untuk mengurangkan kebanyakan daripada pelepasan bahan-bahan kimia berbahaya ini, sehingga 40-98% (bergantung kepada jenis bahan kimia), tetapi mereka sangat mahal, dan tidak dapat menghapuskan sepenuhnya pelepasan bahan-bahan kimia berbahaya ini.

h) Walaupun pelepasan dari loji arang batu ini ***hanya pada atau di BAWAH*** (TIDAK MELEBIHI) “Piawaian Kualiti Udara Kebangsaan untuk Debu-Debu Halus” (National Ambient Air Quality Standards for Particulate Matter) yang ditentukan oleh Kerajaan Amerika Syarikat, mereka MASIH CUKUP BAHAYA untuk menyebabkan kematian dan pemusnahan. Hakim tersebut berkata:

“Pendedahan kepada/menghisap PM2.5 akan mendatangkan kesan-kesan buruk yang serius kepada kesihatan manusia, walaupun hanya didedahkan kepadanya/ menghisapnya ****pada atau di BAWAH**** taraf NAAQS.”

Walau bagaimanapun, berdasarkan keseluruhan bukti, mahkamah mendapati bahawa, sekurang-kurangnya, terdapat risiko peningkatan kejadian kematian terlalu awal (premature mortality) di antara orang awam yang berkaitan dengan pendedahan/penghisapan PM2.5, ***walaupun pada atau di BAWAH*** piawaian NAAQS 15 μg/ m3

Kesan daripada 1/2 mikrogram sudah amat serius. Seperti yang dinyatakan di atas, taraf NAAQS untuk PM2.5 ialah 15 μg/ m3, dan kesan-kesan yang sangat buruk terhadap kesihatan manusia, jarak penglihatan, dan alam sekitar boleh berlaku pada taraf JAUH DI BAWAH 15 μg/ m3.

[Oleh yang demikian, jalan yang paling selamat untuk menjamin kesihatan orang ramai adalah langsung mengelakkan pelepasan bahan-bahan ini sekaligus, iaitu MEMBATALKAN pembinaan loji arang batu yang dicadangkan ini, dan BUKAN dengan menetapkan apa-apa “piawaian pelepasan udara” untuk MEMBENARKAN pencemaran!!]

i) Pendedahan kepada – dan penghisapan – udara yang mengandungi PM2.5 akan 90-100% pasti menyebabkan kematian terlalu awal (premature mortality) manusia. Khususnya, pendedahan dan penghisapan PM boleh mendatangkan kesan-kesan berikut kepada kesihatan manusia, mana-mana satu atau semuanya boleh menyebabkan kematian terlalu awal:

(i) Tindakbalas Pemanasan Sistemik (Systemic inflammatory response). Penghisapan PM akan menyebabkan paru-paru panas/keradangan (pulmonary inflammation), yang kemudian boleh menyebabkan pemanasan/keradangan seluruh system umum badan (system-wide inflammation in the body). Pemanasan ini akan mengganggu fungsi platelet darah (platelet function), yang boleh memudahkan darah membeku (blood clots) – satu punca biasa serangan jantung dan strok (heart attacks and strokes).

(ii) Tindakbalas Jantung (Vascular reactivity). Pemanasan Sistemik (systemic inflammation) boleh juga menyebabkan perubahan dalam aktiviti jantung yang akan mengurangkan bilangan pengaliran darah ke organ-organ badan yang penting, termasuk jantung dan otak. Khususnya, ia akan menjejaskan keupayaan urat darah (blood vessels) untuk berkembang secukupnya supaya darah yang cukup boleh beralir ke tisu-tisu badan. Urat darah sedemikian juga kurang bertindakbalas/responsif terhadap ubat-ubat yang bertujuan untuk meningkatkan aliran darah – termasuk aliran darah ke bahagian jantung.

(iii) Rentak Jantung (Cardiac rhythms). Penghisapan PM juga menyebabkan perubahan saraf yang mempengaruhi refleks dan kawalan autonomik rentak jantung (neurological changes affecting reflexes and autonomic control of cardiac rhythms). Ini boleh menyebabkan kadar jantung yang tidak tentu/tidak teratur (heart rate variability) dan akhirnya aritmia (arrhythmia), yang secara langsung menyebabkan kematian dalam kebanyakan serangan jantung yang membawa maut.

(iv) Kematian Bayi (Infant mortality). Terdapat semakin banyak bukti bahawa kematian-kematian bayi boleh dikaitkan dengan perubahan PM dalam udara. Kematian-kematian bayi sedemikian berpunca daripada masalah pernafasan dan “sindrom kematian tiba-tiba bayi” (sudden infant death syndrome, SIDS).

(v) Kesan-kesan buruk yang lain terhadap kesihatan, walaupun tidak membawa maut: kes penyakit asma yang meningkat, penyakit kerongkong yang serious (chronic bronchitis), dan penyakit jantung dan paru-paru (cardiopulmonary illness) yang lain. Hakim tersebut berkata:

Selepas menyemak bukti-bukti ini secara keseluruhan, Mahkamah boleh memastikan bahawa pendedahan kepada PM2.5 – ***walaupun pada atau di BAWAH*** taraf NAAQS pada 15 μg/m3 – mengakibatkan kesan-kesan jantung dan paru-paru (cardiopulmonary) yang buruk, termasuk menambahkan atau memburukkan lagi asma dan penyakit kerongkong yang serious (chronic bronchitis).”

Kesan-kesan buruk ini terhadap kesihatan, walaupun tidak membawa maut, telah mengakibatkan banyak kerugian sosial dan ekonomi kepada rakyat North Carolina, termasuk kehilangan masa untuk sekolah dan kerja, tekanan yang meningkat terhadap bidang kesihatan yang disebabkan oleh penambahan bilik kecemasan dan lawatan doktor, dan juga kerugian am dari segi kesejahteraan yang disebabkan oleh masalah-masalah kesihatan serius.”

[Pelepasan bahan-bahan kimia berbahaya ini boleh menjejaskan ekonomi kita, dan BUKAN membantu kami dalam projek “Sabah Development Corridor”!!]

j) Menyebabkan pembentukan Ozon (O3), yang dikaitkan dengan kejadian kematian terlalu awal (premature mortality) manusia, sama dengan PM. Kesan yang lebih berkekalan (more long-lasting effect) akibat daripada pendedahan kepada ozon adalah pemanasan/keradangan salur pernafasan yang meningkat (increased airway inflammation). Peningkatan pemanasan/keradangan ini menambah-burukkan lagi penyakit asma dan tindakbalas negatif terhadap bahan-bahan allergen yang sedia ada (increases negative responses to pre-existing allergens).

“Jika asma dan pemanasan/keradangan paru-paru seseorang tidak terkawal dalam tempoh melebihi dua atau tiga tahun, maka parut yang berkekalan (irreversible scar) boleh berlaku dalam paru-paru orang itu, sehingga hampir 10-60% keupayaan paru-parunya hilang selama-lamanya.”

“Adalah kukuh/mantap/terbukti dalam karya sains bahawa ozon, secara nyatanya, menyebabkan kesan-kesan buruk ini terhadap kesihatan, ***walaupun pada atau di BAWAH*** taraf NAAQS.”

k) Pembentukan ozon adalah LEBIH CEPAT dalam cuaca yang panas, berbanding dengan yang dingin dan mendung.

[Ini bermakna debu-debu halus yang dilepaskan oleh loji arang batu adalah LEBIH TERUK di kawasan tropika/panas seperti Sabah berbanding daripada dalam negara-negara temperate/sejuk di Barat seperti Amerika Syarikat. Jikalau pelepasan daripada loji arang batu sudah boleh menyebabkan begitu banyak kemusnahan kepada negara-negara temperate/sejuk, bayangkanlah apa ia akan buat kepada Sabah yang bercuaca panas??]

l) Merosakkan dan membahayakan alam sekitar kita, harta-harta semula jadi kita yang tidak ternilai, air minuman dan pertanian [Pengusaha ladang-ladang KELAPA SAWIT sila ambil perhatian!! Dan kami belum lagi cerita tentang “pemanasan global” dan macam-macam lagi…]:

“Pemendapan asid (acid deposition) dalam bentuk sulfat, apabila mendarat di atas tanah, merendahkan taraf pH tanah itu, iaitu, ia membuat tanah lebih berasid. Apabila keasidan (acidity) tanah itu sampai ke satu tahap yang tertentu, aluminium (yang terdapat secara semulajadi dalam bumi) menjadi aktif. Aluminium adalah beracun bagi ekosistem kita. Contohnya, ia menyumbatkan (dan akhirnya membunuh) akar-akar tumbuhan yang halus, termasuk pokok-pokok, menjadikannya lebih susah untuk sistem-sistem akar meresapkan air dan nutrien daripada tanah itu. Proses ini, selain daripada menghalang pertumbuhan yang sihat, juga memburukkan lagi kesan-kesan kemarau (musim kering).”

“Sulfat juga membuangkan magnesium, kalsium, dan potassium dari tanah. Nutrien-nutrien tersebut adalah penting untuk pertumbuhan hutan yang sihat. Kalsium, misalnya, ialah komponen utama dinding-dinding sel dalam tumbuhan; dan magnesium adalah paling penting untuk proses fotosintesis.

“Pemendapan asid (acid deposition), jika ia berlaku di kawasan berhampiran dengan legeh air (watershed of running water), juga menurunkan kualiti air dengan merendahkan taraf pH dan menambahkan kandungan aluminium dalam air.

“Penumpuan ozon yang cukup tinggi boleh merosakkan tumbuh-tumbuhan, termasuk tanam-tanaman komersial serta tumbuhan-tumbuhan semulajadi

m) Akan memendungkan/meredupkan langit kita dan mengurangkan jarak penglihatan (visibility) kita. Hakim tersebut berkata:

“PM2.5, khususnya SO2, mendatangkan kesan yang serius terhadap jarak penglihatan oleh kerana penyerakan cahaya (scattering of light). Seseorang yang meninjau suatu pemandangan indah di pusat-pusat pelancongan (scenic vista) akan mengalami penyerakan cahaya ini dalam bentuk jerebu (experience this scattering of light as haze).

“Jerebu PM2.5 dan pencemaran udara yang lain yang menjejaskan jarak penglihatan pemandangan indah di pusat-pusat pelancongan ini mendatangkan suatu masalah yang teruk dari segi sosial dan ekonomi.”

[TNB/SESB selalu berkata bahawa loji-loji arang batu di Semenanjung Malaysia belum ada mengakibatkan apa-apa kesan yang buruk kepada alam sekitar. Memang betul – lihat saja langit di Kuala Lumpur, Lembah Klang dan bandar-bandar yang lain di Semenanjung Malaysia…]

n) Pelepasan bahan-bahan berbahaya ini boleh juga menjejaskan bandar-bandar dan kawasan-kawasan yang jauh. [Ini bermakna, KESELURUHAN Sabah TIDAK selamat, bukan sahaja Felda Sahabat/Lahad Datu!] Hakim tersebut berkata:

“Pelepasan bahan pencemar mendatangkan kesan-kesan yang paling teruk kepada kawasan-kawasan yang terdekat dengan sumber itu. Kajian yang tidak berat-sebelah (unbiased studies) menunjukkan bahawa pengurangan pelepasan dalam satu negeri tertentu akan memberi manfaat yang paling besar kepada negeri itu sendiri.

Walau bagaimanapun, pelepasan dari satu sumber yang terletak di LUAR negeri itu, terutama sumber yang dibawa oleh arah angin (upwind source), masih boleh mendatangkan kesan-kesan yang teruk kepada kualiti udara negeri itu.”

 

Adakah “Golden Coral Triangle” (kawasan batu karang terpelihara) and Darvel Bay akan menjadi begitu 10-15 tahun dari sekarang?

Kita harus ingat bahawa TVA juga bertanggungjawab atas satu lagi malapetaka arang batu pada Disember 2008penumpahan habuk arang batu yang paling teruk dari loji arang batunya yang terletak di Kingston, Tennessee, yang melepaskan 5.4 juta kaki padu (cubic feet) habuk arang batu (sisa-sisa selepas pembakaran arang batu untuk menjana tenaga elektrik) yang terlepas daripada dinding di loji itu. Tumpahan itu meliputi tanah seluas 300 ekar dengan bahan-bahan beracun dan memusnahkan atau merosakkan 40 buah rumah.

Mengikut laporan media, TVA membelanjakan US$1 juta (RM3.3 juta) sehari untuk kerja pembersihan itu, dan ia dijangka akan menanggung kos keseluruhan pembersihan sebanyak US$525 juta ke US$825 juta. Setakat May 25, 2010 – 1 ½ tahun kemudian kerja pembersihan ini masih belum lagi siap dan masih lagi dijalankan. Bayangkanlah jika sisa-sisa arang batu yang beracun ini terlepas dari loji arang batu oleh kerana kecuaian ke dalam warisan-warisan Sabah kita yang tidak ternilai, seperti Darvel Bay dan “Golden Coral Triangle” (kawasan batu karang terpelihara bertaraf dunia) – maka generasi kami akan dianggap oleh sejarah sebagai generasi yang mementingkan diri (selfish) dan mengambil risiko yang tidak perlu diambil, semata-mata untuk keuntungan jangka pendek.

Ini telah mengesahkan dan menyokong wawasan hebat semua anggota Jemaah Menteri Sabah, apabila mereka MENOLAK sebulat suara cadangan untuk membina loji arang batu di Silam, Lahad Datu, atas sebab kesihatan, keselamatan dan pemuliharaan alam sekitar, pada April 2008 – sebelum kes Amerika Syarikat ini diputuskan oleh Mahkamah tersebut. Ketua Menteri Sabah, Y.A.B. Datuk Seri Panglima Musa Aman, dengan tepatnya berkata pada waktu itu:

“Setelah menimbang akan kebaikan dan keburukannya, Kabinet memutuskan MENOLAK cadangan ini kerana kita TIDAK MAHU MENGGADAIKAN KEBAJIKAN masyarakat di kawasan itu [di Silam, Lahad Datu] termasuk dari segi KESIHATAN DAN KESAN BURUK terhadap alam sekitar… Saya tahu sesetengah orang berkata dengan teknologi hari ini, cadangan loji itu adalah selamat dan bersih TETAPI sesetengah PAKAR juga TIDAK BERSETUJU.” (New Sabah Times, 3 April 2008)”

Apa yang diisytiharkan oleh Hakim Amerika Syarikat ini juga menyokong pendirian Perdana Menteri apabila beliau mengutuk arang batu. Dato’ Seri Najib Tun Razak telah berkata pada 2009 bahawa “arang batu adalah teknologi yang KOTOR, ia MENGANCAM ALAM SEKITAR.”

Kebanyakan (kalau bukan semua) daripada Menteri-Menteri Jemaah Menteri Sabah pada 2008 kini masih memegang jawatan dalam Jemaah Menteri. Adakah mereka sudah BERUBAH FIKIRAN dan jika demikian, APAKAH yang boleh meyakinkan mereka sekarang bahawa arang batu yang, katakan mereka sendiri pada 2008kotor dan bahaya ini adalah BAGUS untuk kesihatan rakyat Sabah?? Jadi, kalau Kerajaan (Persekutuan atau Negeri) masih peliknyamembenarkan TNB/SESB untuk memaksa rakyat Sabah untuk menerima loji arang batu ini WALAUPUN KERAJAAN MEMANG TAHU bahawa ARANG BATU BOLEH MEMBUNUH, kami ingin tanya – sama ada Kerajaan Persekutuan/ Negeri mahu mengabil risiko dengan kesihatan dan keselamatan kami semua WALAUPUN mereka sendiri sudah memutuskan TIDAK MENGGADAIKAN KESIHATAN KAMI pada April 2008??

Pihak yang menyokong penggunaan arang batu harus faham bahawa sebab UTAMA kami membantah adalah demi kesihatan dan keselamatan kita semua dan juga kekekalan ekonomi kita untuk jangka masa panjang (long term-sustainability), termasuk bidang kelapa sawit.

Adalah langsung TIDAK BERMAKNA untuk kita rancangkan “Sabah Development Corridor” dan sebagainya jika 15-20 tahun dari sekarang, kesihatan awam, ladang-ladang, industri pelancongan dan rezeki kita semua termusnah akibat daripada pilihan arang batu yang LANGSUNG TIDAK PERLU ini 0 kerana Sabah ADA alternatif yang mudah dan selamat.

Demi kesihatan dan kesejahteraan cucu-cicit kita, TOLAKKAN ancaman kesihatan dan alam sekitar ini!!

(Alasan penghakiman kes ini yang penuh boleh didapati di: http://www.scribd.com/doc/15633519/2009-NC-vs-TVA-Decision, dan http://www.savesabah.com/blog/us-court-coal-kills)


Responses

  1. c) Walaupun kebanyakan daripada bahan kimia ini ditangkap atau dirawat dalam loji arang batu, bukan semua dicegah daripada dilepaskan daripada loji.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: