Posted by: sandakan | May 27, 2010

Pakar Jantung: Loji Arang Batu Tumpahkan Bahan RACUN

Ditulis oleh Bernard Tabatznik and Michael McCally

Tabatznik adalah seorang pakar jantung di Monterey, Amerika Syarikat. McCally adalah pengarah eksekutif “Physicians for Social Responsibility” di Washington, D.C., Amerika Syarikat.

Rabu, 25 Jun, 2008 (Artikel asal, “Coal plant will spew Toxins”, didapati di http://www.roanoke.com/editorials/commentary/wb/167027)

[Bolehkah SESB mengemukakan SEORANG pakar jantung yang berkata bahawa loji arang batu adalah BAIK untuk jantung kita??]

Sebagai doktor, kami menyaksikan perkembangan kesihatan awam dan kami tahu bahawa pencemaran udara yang semakin serius sedang menyebabkan kesan yang berat terhadap kesihatan orang awam.

Ramai doktor mengamalkan dua prinsip: “Pertama sekali tidak memudaratkan” (“First do no harm”, Sumpahan “Hippocratic”), dan [kedua] “Pencegahan adalah Lebih Efektif berbanding dengan Merawat”. Kami percaya kedua-dua prinsip tersebut boleh juga digunapakai keatas loji arang batu yang dicadangkan di Daerah Wise – dengan MENOLAK pembinaan loji arang batu itu, ia boleh mengelakkan masalah pencemaran udara dan air yang serius di Barat Selatan negeri Virginia yang boleh mengancam kesihatan orang awam.

Loji arang batu merupakan suatu ancaman utama terhadap kesihatan orang awam. Namun demikian, Dominion Resources masih terus menyediakan tapak pembinaan untuk sebuah loji arang batu yang baru  di Sungai Clinch. Walaupun Dominion mencadangkan loji arang batu itu sebagai penyelesaian terhadap peningkatan keperluan tenaga elektrik, loji tersebut akan mencipta pelbagai ancaman terhadap alam sekitar dan kesihatan orang awam. Loji arang batu yang dicadangkan itu merupakan stesen janakuasa elektrik yang biasa, iaitu jenis loji arang batu yang akan mengeluarkan bertan-tan bahan pencemar yang boleh menyebabkan penyakit asthma, sakit jantung dan juga kecederaan otak.

Pengeluaran nitrogen oksida dan bahan kompoun organik (volatile organic compounds) yang beracun daripada loji arang batu berturut-turut tiap-tiap hari akan menyebabkan pembentukan lapisan ozon dari aras bumi (ground level ozone). Bahan-bahan pencemar ini sudah dikenalpasti sebagai penyebab penyakit asthma dan penyakit kerongkong yang serious (chronic bronchitis), peningkatan denyutan jantung yang tidak teratur (increased heart rhythm irregularities), sakit dada, serta sakit jantung yang boleh menyebabkan kematian. Selain itu, zarahan (particulates) yang dikeluarkan oleh loji tersebut boleh menyebabkan berat kelahiran yang rendah dan juga kelahiran awal (low birth weight and preterm births) yang boleh seterusnya menyebabkan masalah kesihatan yang lain serta melambatkan perkembangan bayi pada tahun pertama. Dan apa yang amat membimbangkan ibu bapa sekalian adalah jumlah merkuri yang tinggi yang akan dibebaskan oleh loji arang batu itu ke dalam udara dan air di negeri Virginia.

Pencemaran oleh loji tenaga terus menjadi suatu ancaman kepada kesihatan orang awam. Kajian yang terkini oleh Abt Associates telah menunjukkan bahawa lebih kurang 24,000 orang di Amerika Syarikat telah mati akibat pencemaran zarahan daripada loji arang batu. Jumlah kematian ini adalah jauh lebih tinggi daripada kematian akibat daripada kemalangan jalanraya yang disebabkan oleh pemandu yang mabuk (drunken driving) yang berjumlah 17,000 setahun, dan kes bunuh yang lebih kurang 18,000 setahun. Di negeri Virginia, loji arang batu yang terletak di Virginia dan di bahagian barat negeri ini (mengikut arah angin) telah menyumbang kepada kematian, termasuk 120 kes kematian kanser paru-paru, 1,421 kes serangan jantung dan lebih kurang 24,000 kes serangan asthma setiap tahun (catf.us).

[Soalan: Adakah ia BERBALOI jika kami ‘enjoy’ tenaga elektrik daripada loji arang batu (yang BUKAN murah) tetapi pada masa yang sama, berjangka hayat pendek dan kurang sihat, serta menanggung kos perubatan yang mahal akibat daripada penyakit-penyakit yang menakutkan ini??]

Loji arang batu daerah Wise ini akan menambahkan nombor kematian dan penyeksaan manusia (yang tidak harus berlaku) yang disebabkan oleh loji arang batu.

Loji arang batu juga merupakan sumber utama merkuri yang mencemarkan makanan harian kami. Bayi yang belum lahir dan bayi baru lahir adalah paling mudah terjejas oleh kesan beracun merkuri yang boleh menyebabkan kecederaan otak, kecacatan perkembangan bayi dan juga gangguan deficit perhatian. Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat menganggar lebih kurang 600,000 kanak-kanak yang dilahirkan setiap tahun mempunyai bilangan/tahap merkuri yang tinggi dan bahaya dalam badan-badan mereka, kemungkinan besarnya disebabkan oleh ibu-ibu mereka yang telah makan ikan-ikan yang tercemar semasa mengandung. Jabatan Kualiti Alam Sekitar Virginia baru sahaja mengeluarkan satu laporan pada bulan ini yang menyatakan bahawa sebanyak 20 amaran kesihatan telah dikeluarkan terhadap sungai-sungai dalam negeri ini atas pencemaran merkuri terhadap ikan. Pemancing secara rekreasi dan nelayan telah dinasihatkan  supaya TIDAK makan/menjual ikan-ikan yang ditangkap dari sungai-sungai yang tercemar tersebut.

[Kalau kita membenarkan pembinaan loji arang batu ini di Sabah, maka tidak lama kemudian, tiada sesiapa lagi yang berani makan sumber laut kita.]

Cadangan Dominion akan mengeluarkan jumlah merkuri sebanyak 72 pound setiap tahun. Ini adalah lebih tinggi berbanding dengan loji arang batu lain yang sedang beroperasi walaupun Jabatan Kualiti Alam Sekitar hanya membenarkan pengeluaran merkuri sebanyak 8 pound setiap tahun. Rakyat Virginia patut tanya mereka sendiri, mengapa Dominion harus diberi kuasa untuk mencemarkan sungai-sungai kita dengan jumlah merkuri yang 9 kali lebih tinggi daripada yang dibenarkan?

Dominion tidak dibenarkan membina loji arang batu itu tanpa lesen pencemaran udara yang dibenarkan oleh Lembaga Kawalan Pemcemaran Udara Virginia. Lembaga itu berkumpul hari ini untuk membincangkan isu tersebut. Kami menggalakkan penduduk tempatan dan juga kakitangan perubatan serta ahli profesional kesihatan awam supaya mengemukakan pendapat dan pandangan mereka kepada Lembaga dan Gabenor Tim Kaine terhadap isu tersebut. Jangan benarkan ancaman terhadap alam sekitar dan kesihatan orang awam itu dibina dalam negeri ini.

[Kepada Rakyat Sabah yang dihormati – Masalah dan penderitaan Amerika Syarikat akibat daripada kesilapan mereka menggunakan loji arang batu harus dijadikan PENGAJARAN kita, BUKAN Tiruan. Tak payahlah kita ceritakan “pemanasan global” dan “perubahan cuaca” buat sekarang. Cuma dari segi/demi kesihatan dan masa depan anak-anak dan generasi masa depan kita sahaja, JANGAN benarkan ancaman terhadap alam sekitar dan kesihatan orang awam ini dibina di negeri Sabah!!]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: