Posted by: sandakan | March 4, 2009

Stesen Janakuasa Elektrik Arang Batu Memerlukan Penerimaan Umum

Sekurang-kurangnya 31,000 penduduk Sandakan sudah MEMBANTAH pembinaan Stesen Janakuasa Arang Batu

Sekurang-kurangnya 31,000 penduduk Sandakan sudah MEMBANTAH pembinaan Stesen Janakuasa Arang Batu

Stesen Janakuasa Elektrik Arang Batu Memerlukan Penerimaan Umum

(Public Yes needed for coal-fired power plant)
The Star, Selasa, 2hb Disember 2008


KOTA KINABALU: Penerimaan umum adalah syarat terawal jika stesen janakuasa arang batu mahu dilaksanakan di Sabah.

Inilah mesej yang diberikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Malaysia (Energy Commission of Malaysia), Datuk Pian Sukro kepada Menteri Pembangunan Infrustruktur Negeri Sabah, Datuk Raymond Tan, semasa mesyuarat mereka di Kuala Lumpur pada hari Khamis.

En. Andrew Goh, Setiausaha media kepada Datuk Raymond Tan, berkata bahawa masih tiada lessen yang dikeluarkan untuk stesen janakuasa elektrik arang batu.

Terdahulu, Datuk Raymond Tan menyampaikan kebimbangan penduduk-penduduk Sandakan mengenai rancangan untuk membina sebuah stesen janakuasa elektrik arang batu berkapasiti 300 megawat di daerah pantai timur itu.

Datuk Pian berkata, sebagai langkah segera untuk mengatasi masalah kekurangan sumber tenaga di Sandakan, sebuah stesen janakuasa diesel berkapasiti 100 megawat akan dibina di daerah tersebut.

Beliau juga berkata, pada 2017, bekalan tenaga di Sabah akan ditambah sebanyak 915megawat dengan siapnya 5 buah projek yang menelan belanja sebanyak RM6.25 bilion.

———————————————————

Penduduk-penduduk Taman Sibuga dan Mawar  (lebih kurang 6km dari tapak Stesen Janakuasa Arang Batu yang dicadangkan) MEMBANTAH pembinaan Stesen Janakuasa Arang Batu, dalam suatu demonstrasi aman pada 13 February 2009. Setakat ini, lebih kurang 31,000 (tidak termasuk petisyen online) penduduk Sandakan telah menandatangani petisyen untuk membantah projek ini.

Memandangkan bantahan rakyat Sandakan yang begitu kuat, pihak Kerajaan dan TNB/SESB harus MEMBATALKAN cadangan ini dengan serta merta, seperti yang berlaku di Lahad Datu tahun lalu (2008)!!

Kita mungkin boleh menerima kesalahan/ kelemahan yang lain yang dilakukan atau gagal ditangani oleh kerajaan atau ahli-ahli politik kita (seperti pembaziran kewangan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, kekurangan kecekapan), tetapi apabila menghadapi ancaman kepada kesihatan dan keselamatan kita dan keluarga kita seperti ini,  kita langsung TIDAK BOLEH bertolak ansur.


Penulis: OC


Responses

  1. Kebanyakan penduduk sabah khususnya sandakan tidak bersetuju dengan pembinaan loji arang batu, ini kerana memberi kesan negitif kepada alam sekitar contohnya flora dan fauna, kesihatan dan akan mengundang pelbagai penyakit yang akan dialami oleh penduduk sandakan dan sekitarnya. Saya sebagai suara rakyat boleh menerima pembinaan logi arang batu yang di bina di sandakan tetapi kajian harus dijalankan terlebih dahulu bagi memastikan logi tersebut benar-benar selamat(mesra alam) dan tidak memberi kesan sampingan kepada penduduk. Saya mencadangkan sekiranya kerajaan dapat membina stesen biogas hasil daripada efleunt kilang kelapa sawit untuk menghasilkan tenaga elektrik dan gas. Terdapat sebanyak 117 kilang kelapa sawit di seluruh sabah yang mengeluarkan 58 tan metrik sisa efluen setiap tahun dan masih aktif beroperasi yang sebenernya boleh menjana tenaga elektrik mahupun gas untuk keperluan penduduk sabah. Mengapa kita tidak mengambil peluang ini untuk kepentingan bersama dengan tidak menambahkan lagi pencemarang yang sudah sedia ada.

  2. Ya, Stesen Jana Kuasa Arang Batu tidak sepatutnya dibina tanpa izin dan restu rakyat!

  3. Pada pendapat sya, apa2 kaedah penjanaan kuasa pada hari ini semua ada memberi kesan kepada alam semulajadi…hidroelektrik, solar, wind mill semua pun ada kesan negatif ke atas eco-system kita…baik mari sya bagi contoh untuk tatapan semua…

    hidroelektrik – slow the flow of water drastically. this can lead to changes in sedimentation, causing flooding etc.. There is also the danger of the dam breaching, with catastrophic effects. other than that, it can impact the mobility of fish & other river life & a lot of land will have to be sacrifice because some low land will be flooded..

    windmill – Extensive peer reviewed scientific studies by Dr. Nina Pierpont detail the very real hazard to human health if constantly exposed to the infra-sound emanating from arrays of wind turbines.
    – So many acres of forest habitat are destroyed in construction of a modern wind project requiring miles of clearing and grading it could be argued that per kilowatt of energy produced, wind projects are more destructive than conventional plants requiring a much smaller footprint.

    solar – expensive source of energy, solar panel is consist of hazardous material, mostly strong acids and strong bases.

    gas/fuel power plant – produce carbon monoxide & other chemicals contributes the most to acid rain and air pollution.

    biomass – increased erosion and reduction of water quality as a result of forest harvesting, increased chemical pollution from fertilizers and pesticide, degradation of soil quality and productivity etc…

    So is there any true green technology out there? bagi sya, apa2 teknologi pun mempunyai kesan yg negatif kepada alam sekitar. so sama saja kan? Cuba bagi tahu sya green technology yg benar2 100% green?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: