Posted by: sandakan | February 20, 2009

Kelahiran Cacat di China – “terutamanya di lapan kawasan utama ZON ARANG BATU”

“Masalah kelahiran cacat adalah berkaitan dengan pencemaran alam sekitar, terutamanya di lapan kawasan utama ZON ARANG BATU”

“Masalah kelahiran cacat adalah berkaitan dengan pencemaran alam sekitar, terutamanya di lapan kawasan utama ZON ARANG BATU”


Kadar Peningkatan Kelahiran Cacat di China Mendadak

1 February 2009, BBC

Media Negara China melaporkan bahawa seorang pegawai kanan perancang keluarga (family planning) di Negara China telah mendapati suatu peningkatan secara mendadak kelahiran bayi dengan kecacatan. En. Jiang Fan, daripada Suruhanjaya Populasi Nasional dan Perancang Keluarga Negara China, berkata bahawa pencemaran alam sekitar adalah suatu punca peningkatan tersebut.

Pusat melombong Arang Batu di wilayah Shanxi adalah kawasan yang menghadapi masalah yang paling teruk.

Keadaan yang sama pernah dilaporkan sebelum ini di Negara China, dan ianya kurang jelas sama ada En. Jiang merujuk kepada statistik yang terkini atau sebaliknya apabila berkata demikian.

Satu laporan suruhanjaya pada tahun 2007 menyatakan bahawa kadar kecacatan telah meningkat sebanyak 40% sejak tahun 2001, iaitu daripada 104.9 bagi setiap 10,000 kelahiran kepada 145.5 dalam tahun 2006.

Pegawai-pegawai menyalahkan pengeluaran/pelepasan daripada industri arang batu dan industri kimia di Shanxi sebagai punca masalah-masalah disana.

“Masalah kelahiran cacat adalah berkaitan dengan pencemaran alam sekitar, terutamanya di lapan kawasan utama zon Arang Batu,” En. An Huanxiao, pengarah agensi perancang keluarga wilayah Shanxi berkata.

“Cadangan Pencegahan”

En. Jiang berkata, dalam setiap 30 saat, seorang kanak-kanak dilahirkan dengan kecacatan fizikal disebabkan oleh kualiti alam sekitar yang semakin buruk.

Pemberita berkata bahawa laporan menunjukkan perkembangan ekonomi yang pantas di Negara China telah mendatangkan akibat yang buruk kepada manusia.

Penyelidik juga menyalahkan pendedahan kepada nitrogen dioksida, karbon monoksida dan partikel-partikel (debu-debu) pencemar sebagai penyebab kepada peningkatan masalah kelahiran cacat ini.

“Bilangan kelahiran cacat di kedua-dua kawasan Bandar dan pedalaman meningkat secara berterusan,” suratkahabar China Daily melaporkan bahawa En. Jiang berkata demikian.

“Peningkatan yang semakin meruncing ini memaksa kami untuk melaksanakan pelan pencegahan di peringkat yang tinggi.”

Suruhanjaya telah memperkenalkan program pemeriksaan kesihatan di lapan wilayah yang mengalami keadaan yang paling teruk, kata En. Jiang.

————————————————————————–

Berita ini diterjemahkan daripada:

http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/7863290.stm

http://www.savesandakan.com/serious-birth-defects-in-newborns-every-30-secs-in-china-because-of-coal-power-plants/#more-245

Nota:

Stesen Janakuasa Elektrik ARANG BATU yang dicadangkan di Sandakan akan dibina oleh kontraktor dari Negara CHINA, menggunakan teknologi CHINA.

http://www.savesandakan.com/contract-for-coal-fired-power-plant-signed-on-2008-02-20/

Haruskah kita meyakini (confident) teknologi-teknologi yang diekspot dari Negara CHINA, standard etika (ethical standard) dan pengawalan kualiti mereka?

http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/7620382.stm


Responses

  1. Boss..itu loji arang batu yg mencemarkan itu `MADE IN CHINA` punya..smua orang tau `made in china punya barang` LAU YA punya..sya dgr dorg guna teknologi dari U.K & JAPAN yg concern tentang alam sekitar.

  2. semua yang terjadi adalah kehendak Allah taala……..kita sebagai makhluknya hanya mampu merancang…..yang menentukan adalah Allah…..kita cuma boleh berharap sahaja……..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: