Posted by: sandakan | March 14, 2009

HYDRO – Projek Bakun Dijangka Siap Sepenuhnya Oktober 2011

Kita ADA alternatif!!

Mengapa tidak menggunakan tenaga HYDRO (air) yang jauh lebih bersih dan selamant ini, yang akan sedia pada tahun 2011???

Kalau pihak Tenaga Nasional Berhad (yang memiliki sebahagian Projek Bakun ini dan juga Sabah Elektrik Sdn Bhd, anak syarikatnya di Sabah) betul-betul mengambil berat penjagaan alam sekitar dan kesihatan Rakyat Sandakan, mengapa pula ia ingin mengekspotkan tenaga hydro dari Bakun, Sarawak, ke Semenanjung Malaysia dan Kalimantan yang begitu jauh (melalui kabel dasar laut sepanjang 676 km di Laut Cina Selatan!!), TETAPI BUKAN Pantai Timur Sabah yang begitu dekat dan hanya melalui darat??

Mengapakah Rakyat Sandakan MESTI menerima  penggunaan ARANG BATU yang begitu bahaya dan memudaratkan kesihatan kita semua, lebih mahal daripada tenaga hydro, dan akan diimport dari Indonesia??!!

Mengapa kerajaan Negeri Sabah tidak berusaha dengan iklas dan menjaga kebajikan Rakyat Pantai Timur Sabah/ Sandakan untuk mendapatkan bekalan elektrik  yang selamat ini dari Sarawak??

hydro-power

Projek Bakun Dijangka Siap Sepenuhnya Oktober 2011

04 Mac, 2009 17:38 PM

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsbusiness.php?id=393987

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) — Projek hidro elektrik Bakun di Sarawak yang mempunyai jumlah kapasiti sebanyak 2,400 megawatt, dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2011, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Kong Cho Ha.

Kerja-kerja sivil pembinaan projek Bakun dijangka siap pada Jun 2010 manakala kerja-kerja elektrik dan mekanikal dijangka siap pada awal suku keempat 2011, katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

“Mengikut jadual pelaksanaan projek, ujian kering akan dijalankan ke atas janakuasa pada Disember tahun ini manakala penugasan pertama dijadualkan pada Ogos 2010, dengan janakuasa pertama yang menjana 300 megawatt elektrik, akan mula berfungsi,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Henry Sum Agong (BN-Lawas) tentang persiapan projek Bakun.

Kong menjelaskan kerja-kerja penugasan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat yang melibatkan kesemua lapan janakuasa yang bakal menjana 2,400 megawatt elektrik.

Sementara itu, beliau berkata syarikat Sarawak Hidro Sdn Bhd dan Sarawak Energy Bhd (SEB) sedang dalam peringkat perbincangan dengan Brunei dan Kalimantan, Indonesia mengenai kemungkinan menjual tenaga elektrik projek Bakun.

Jumlah keseluruhan kos projek Bakun dianggarkan RM7.5 bilion dan sehingga hari ini sejumlah RM5 bilion telah dibelanjakan, kata Kong.

Sarawak Energy dan Tenaga Nasional Bhd dipertanggungjawabkan untuk menguruskan operasi projek Bakun.

Kedua-dua syarikat itu akan membangunkan gabungan sistem penghantaran, yang akan menyaksikan pengeksportan 1,600 megawatt arus elektrik dari Bakun ke Semenanjung Malaysia dan selebihnya ke Sarawak.

– BERNAMA

====================================

Sarawak Energy, TNB ambil alih projek Bakun

21/01/2009 7:59pm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_19.htm

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Sarawak Energy Bhd. dan Tenaga Nasional Bhd. secara dasarnya telah mendapat kelulusan dari kerajaan untuk mengambil alih operasi Projek Hidroelektrik Bakun (HEP) di Sarawak.

Kedua-dua syarikat tersebut akan mengambil alih operasi daripada Sarawak Hidro Sdn. Bhd. melalui perjanjian penyewaan dan untuk memajukan secara sistem transmisi bersepadu, yang berupaya mengeksport 1,600 megawatt (MW) elektrik dari HEP Bakun ke Semenanjung Malaysia selain untuk tenaga di negeri itu. – Bernama

====================================

Pinjaman Bagi Kabel Penyaluran Dasar Laut Bakun Dirunding
( 28/4/2008 )

http://www.ktak.gov.my/bm/system/print_details.asp?tt=NEWS&newsid=381&PrintVersion=yes

BINTULU, 28 April (Bernama) — Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Bank Kerjasama Antarabangsa Jepun (JBIC) sedang berunding mengenai pinjaman bagi membiayai kabel dasar laut untuk menyalurkan kuasa dari projek hidro Bakun ke Semenanjung Malaysia.

Empangan yang berharga RM3.2 bilion dan merupakan projek kuasa hidro terbesar negara dengan kapasiti 2,400 megawat itu dijangka siap menjelang Jun 2010.

Setiausaha Bahagian Tenaga di Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, Soma Ramasamy, berkata pemaju empangan itu, Sime Darby Bhd, menganggarkan kos kira-kira RM10.9 bilion untuk membeli dan merentang lebih 676 kilometer kabel dasar laut di Laut China Selatan.

Beliau berkata demikian dalam nota taklimatnya kepada Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Joseph Salang, semasa lawatannya ke projek empangan hidro di Bakun, kira-kira 180 kilometer dari sini pada hujung minggu.

Soma berkata pinjaman itu adalah di bawah Program Bantuan Pembangunan Rasmi JBIC.

Katanya EPU dan Kementerian Kewangan berharap untuk mendapat pinjaman yang rendah faedahnya dengan tempoh pembayaran balik yang panjang agar tarif elektrik yang dikenakan Sime Darby ke atas Tenaga Nasional Bhd lebih rendah.

Syarikat itu memegang 60 peratus ekuiti dalam projek itu manakala selebihnya dipegang oleh kerajaan di bawah unitnya, Sarawak Hidro Sdn Bhd.

Bakun dijangka menyalurkan kira-kira 1,600 megawat daripada kapasitinya ke Semenanjung Malaysia menjelang 2013.

Soma berkata JBIC mengenakan syarat ketat, iaitu ia perlu dilibatkan secara langsung dalam apa jua projek yang dibiayai pinjamannya.

“Peraturan mengenai alam sekitar dan sudut sosial juga sama ketatnya,” kata beliau.

Pada 21 Februari tahun ini, Sime Darby mengemukakan kertas kerja mengenai pinjaman itu kepada EPU, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, JBIC dan Bank Pembangunan.

Ia menyarankan supaya kemudahan pinjaman itu disalurkan melalui Bank Pembangunan dengan jaminan daripada Kementerian Kewangan kerana ia dibuat berdasarkan kerajaan dengan kerajaan, kata Soma.

Menurutnya pada 2 April, Kementerian Kewangan meminta, secara bertulis, kepada EPU untuk mengemukakan permohonan rasmi kepada Kedutaan Jepun, dan menambah bahawa sebelum itu ia perlu mendapatkan kelulusan Kabinet.

Beliau juga berkata kerajaan mungkin terpaksa menanggung sebarang kerugian dari segi pertukaran asing kerana pinjaman itu adalah dalam mata wang yen Jepun.

Mengenai talian penyaluran elektrik darat sepanjang 700 kilometer di Sarawak, Soma berkata Sime Darby akan berunding dengan Sarawak Energy Bhd, penyedia bekalan kuasa tunggal di negeri ini.

Talian HVDC (arus terus voltan tinggi) akan bermula dari empangan itu ke Kampung Pueh.

Kata beliau di Semenanjung Malaysia, Sime Darby telah mendapat lesen daripada Suruhanjaya Tenaga untuk memancarkan kuasa dari kabel dasar laut itu.

Dengan lesen itu, ia boleh meninjau laluan-laluan pengagihan bagi kabel itu, katanya.

Mengenai sama ada Bakun memberi harapan kepada pengguna untuk menikmati tenaga dengan kos yang lebih rendah, Soma berkata kadar tarif akan ditentukan selepas mengambil kira semua kos yang terlibat. “Buat masa ini agak sukar untuk mengatakan sama ada tarifnya rendah.

Tetapi kita akan cuba menjadikannya sepatut mungkin kerana kerajaan tidak mahu membebankan rakyat,” katanya.

– BERNAMA


Responses

  1. saya sokong…sebagai rakyat malaysia apatah lagi anak jati sarawak saya menyokong asalkan tidak membebankan rakyat…suara dari rakyat untuk rakyat melalui wakil rakyat…hehehe…sarawak terus maju!!!agi idup agi ngelaban…cayukkk

  2. idea mmang sgat mnarik, walaupun ianya mgambil kos yang sangat besar tetapi ianya akan mngembalikan keuntungan yang sangat besar kpada negara.Tetapi projek ini sangat berisiko tinggi dan sangat memerbahaya.Katakan lah kabel di bawah dasar laut itu mgalami kebocoran, apa yang akan terjadi kepada hidupan laut dan manusia sdang berada di dasar laut itu.Tapi saya yakin dgan teknologi yang moden mampu menyelesaikan msalh ini.GO GO GO Bakun project…

  3. saya setuju dengan rojek ini tetapi sebelum itu hidupkan rumah rumah panjang dan kampung kampng di sarawak dengan bekalan letrik ini dulu,kalau tak ada untung tak apa tapi anggaplah ini sebagai sumbangan kerajaan kepada penduduk di pendalam sarawak.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: