Stesen Janakuasa Elektrik Arang Batu Memerlukan Penerimaan Umum
(Public Yes needed for coal-fired power plant)
The Star, Selasa, 2hb Disember 2008
KOTA KINABALU: Penerimaan umum adalah syarat terawal jika stesen janakuasa arang batu mahu dilaksanakan di Sabah.
Inilah mesej yang diberikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Malaysia (Energy Commission of Malaysia), Datuk Pian Sukro kepada Menteri Pembangunan Infrustruktur Negeri Sabah, Datuk Raymond Tan, semasa mesyuarat mereka di Kuala Lumpur pada hari Khamis.
En. Andrew Goh, Setiausaha media kepada Datuk Raymond Tan, berkata bahawa masih tiada lessen yang dikeluarkan untuk stesen janakuasa elektrik arang batu.
Terdahulu, Datuk Raymond Tan menyampaikan kebimbangan penduduk-penduduk Sandakan mengenai rancangan untuk membina sebuah stesen janakuasa elektrik arang batu berkapasiti 300 megawat di daerah pantai timur itu.
Datuk Pian berkata, sebagai langkah segera untuk mengatasi masalah kekurangan sumber tenaga di Sandakan, sebuah stesen janakuasa diesel berkapasiti 100 megawat akan dibina di daerah tersebut.
Beliau juga berkata, pada 2017, bekalan tenaga di Sabah akan ditambah sebanyak 915megawat dengan siapnya 5 buah projek yang menelan belanja sebanyak RM6.25 bilion.
———————————————————
Penduduk-penduduk Taman Sibuga dan Mawar (lebih kurang 6km dari tapak Stesen Janakuasa Arang Batu yang dicadangkan) MEMBANTAH pembinaan Stesen Janakuasa Arang Batu, dalam suatu demonstrasi aman pada 13 February 2009. Setakat ini, lebih kurang 31,000 (tidak termasuk petisyen online) penduduk Sandakan telah menandatangani petisyen untuk membantah projek ini.
Memandangkan bantahan rakyat Sandakan yang begitu kuat, pihak Kerajaan dan TNB/SESB harus MEMBATALKAN cadangan ini dengan serta merta, seperti yang berlaku di Lahad Datu tahun lalu (2008)!!
Kita mungkin boleh menerima kesalahan/ kelemahan yang lain yang dilakukan atau gagal ditangani oleh kerajaan atau ahli-ahli politik kita (seperti pembaziran kewangan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, kekurangan kecekapan), tetapi apabila menghadapi ancaman kepada kesihatan dan keselamatan kita dan keluarga kita seperti ini, kita langsung TIDAK BOLEH bertolak ansur.
Penulis: OC
