Posted by: sandakan | February 20, 2009

30 Sebab Mengapa Stesen Janakuasa Elektrik Arang Batu TIDAK diperlukan di Sabah

arang-batu-flyer

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan anak syarikatnya, Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), telah melobi bagi pihak Lahad Datu Energy Sdn Bhd , sebuah syarikat Pembekal Tenaga Persendirian (Independent Power Provider) untuk membina sebuah stesen janakuasa elektrik arang batu berkapasiti 300 megawatt di Sabah dengan penuh giat sejak tahun 2007 lagi. Oleh kerana usaha mereka untuk membina stesen janakuasa elektrik tersebut di Lahad Datu telah gagal, mereka kini mengalihkan tumpuan mereka untuk membina stesen janakuasa elektrik yang sama di Sandakan.

Pemimpin-pemimpin politik, badan-daban bukan kerajaan (NGOs), pemegang-pemegang saham, rakyat biasa TNB dan SESB sendiri telah memperkatakan mengenai kesan-kesan negatif stesen janakuasa elektrik arang batu. Mereka telah menyuarakan kebimbangan mengenai kemusnahan ekologi hutan dan hidupan laut, hujan asid, ketidakseimbangan biodiversity, merkuri dalam makanan, kesihatan dan kebajikan generasi akan datang, pengurangan sumber makanan, pemanasan global dan perubahan iklim, kemusnahan kawasan-kawasan tarikan pelancongan, pilihan bagi pembaharuan sumber tenaga dan alternatif lain, kesan dari segi ekonomi jika sebuah stesen janakuasa elektrik arang batu dilaksanakan dan banyak lagi isu-isu berkaitan.

Menurut laporan akhbar Daily Express bertarikh 1hb Januari 2009 yang bertajuk “ Pilih yang mana Paling Penting dalam tahun 2008”

“Cadangan pembinaan stesen janakuasa elektrik arang batu yang pada mulanya ditetapkan di Lahad Datu kini dipindahkan ke Sandakan, dimana tapak yang dicadangkan untuk membina stesen janakuasa tersebut telah menimbulkan kontroversi dikalangan badan-badan bukan kerajaan (NGOs) dan para aktivis kerana antara lain ia dikatakan terlalu berhampiran dengan Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok. Setakat penghujung tahun 2008, Kerajaan Negeri mengumumkan bahawa belum ada keputusan yang dibuat berkaitan isu tersebut.”

Perkara ini telah ditempatkan pada kedudukan ke-4 diantara 10 peristiwa teratas pada tahun 2008.

Berikut adalah 30 sebab mengapa pembinaan stesen janakuasa elektrik arang batu langsung tidak diperlukan dimana jua di Sabah.

1. …Kabinet memutuskan menolak cadangan ini kerana kita TIDAK mahu menggadaikan kebajikan masyarakat di kawasan itu [di Lahad Datu] termasuk dari segi kesihatan dan kesan buruk terhadap alam sekitarSaya tahu sesetengah orang berkata dengan teknologi hari ini, cadangan loji itu adalah selamat dan bersih tetapi sesetengah pakar juga TIDAK bersetujuKita TIDAK dapat mengambil risiko dan memusnahkan alam sekitar yang masih kekal. Kita perlu mencari sumber tenaga yang lebih mesra alam sekitar.

Datuk Seri Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah – 3hb April 2008 (New Sabah Times).

2. Walaupun CASH gembira kerana projek [stesen janakuasa elektrik arang batu] telah dibatalkan, Kerajaan mestilah berusaha untuk menjamin bahawa tiada satu pun yang dapat mengubah keputusan Kabinet di masa akan datang. Saya khuatir arahan ini tidak bertahan lama.

Datuk Patrick Sindu, Presiden, Persatuan Pengguna Sabah dan Labuan (CASH)4hb April 2008 (Daily Express)

3. Petronas akan membina stesen janakuasa gas berkapasiti 300megawatt di Kimanis dan juga merancang untuk membina industri saliran petroleum bawah tanah di Sabah

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia – 1hb Jun 2008 (The Star)

4. Lambat laun, kita terpaksa menerima hakikat dan membuat keputusan [tentang pembinaan stesen janakuasa elektrik arang batu] tetapi apa yang saya maksudkan disini ialah, kita memerlukan tenaga tetapi kita mahukan tenaga yang bersih.

- Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah – 12hb Jun 2008 (Daily Express)

5. Peruntukan sebanyak RM400 juta untuk projek tenaga solar hybrid [untuk 122 sekolah dikawasan pedalaman Sabah] diperolehi daripada peruntukan sebanyak RM950 juta yang diberikan kepada Kementerian Pelajaran, yang disediakan melalui Kajian Semula Penggal Pertengahan Pelan Malaysia ke-9.

- Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, Menteri Pelajaran Malaysia13hb Julai 2008 (Daily Express)

6. Mungkin kita patut melihat terhadap perkara ini, tetapi bukan untuk kepentingan sendiri, Bakun telah ditetapkan untuk Semenanjung Malaysia (merangkumi 415 batu laluan transmisi melalui darat, 400 juta batu lagi untuk kabel dibawah permukaan laut dan 285 batu kabel transmisi melalui darat ke Kuala Lumpur dan dimana saja di Malaysia) [Total 1,100 batu] dan di negeri Sarawak sendiri. Daripada kapasiti keseluruhan Bakun sebanyak 2,400 MW, 1,700MW telah ditetapkan untuk Semenanjung Malaysia dan yang lainnya untuk Sarawak.

- Dr. Aznan Ezraie Ariffin, Pegawai Khas (Teknikal) kepada Ketua Pegawai Eksekutif TNB. – 13hb Julai 2008 (Daily Express)

7. Para pemimpin politik kita seharusnya bersatu dan menegakkan hak-hak rakyat serta melindungi mereka daripada kumusnahan seperti [stesen janakuasa elektrik arang batu]. Kenyataan bahawa gas semulajadi kita dapat mengalir ke Bintulu, yang jauhnya 500 km tetapi tidak dapat sampai ke Sandakan, sedangkan jauhnya tidak pun sampai separuh (jarak ke Bintulu) sesungguhnya adalah karut.

- Mr. Chang Kwok Kheng, Presiden, Dewan Perniagaan Cina, Sandakan 24hb Julai 2008 (Daily Express)

8. Jika ia [stesen janakuasa elektrik arang batu] berbahaya untuk Lahad Datu, mengapa pula ia tidak berbahaya untuk Sandakan. Kebelakangan ini, dunia sedang cuba untuk mengelakkan projek sebegini, mengapa ia masih dibawa ke Sandakan? Tiada alasan untuk stesen janakuasa tersebut dibina di Sandakan, tempat eko-pelancongan yang dikenali diseluruh dunia.

- Mr. Stephen Wong Tain Fatt, Presiden, Jawatankuasa Anti Stesen Janakuasa Elektrik Arang Batu, Sandakan. – 26hb Julai 2008 (Daily Express)

9. Teknologi perangkap karbon yang boleh meminimakan risiko kesihatan hanya mungkin diperolehi dalam masa 15 ke 20 tahun lagi dan pada masa tersebut kemusnahan mungkin telah berlaku dan apa yang menyedihkan ialah kesannya terpaksa dihadapi oleh anak-anak kita yang kini tiada suara untuk membuat keputusan.

- Mr. S.M. Muthu, Pencinta Alam Sekitar27th July 2008 (Daily Express)

10. Secara umumnya, pemilihan untuk jenis sumber tenaga bagi apa jua projek stesen janakuasa adalah berpandukan beberapa criteria. [Pertama] tenaga ataupun sumber minyak sudah sedia ada atau boleh diadakan pada harga kompetetif yang berpatutan melalui satu tempoh operasi janakuasa (keselamatan pembekal sumber tenaga) -

Encik Baharin Din, Pengarah Urusan, Sabah Electricity Sdn. Bhd.27hb Julai 2008 (Borneo Post)

11. Adalah sangat penting bagi Kerajaan untuk berpandukan kepada pendapat umum berkaitan isu [projek pembinaan stesen janakuasa elektrik arang batu] ini. Kita mesti mendengar suara umum. Apa yang kita katakan tidak penting, apa yang umum (rakyat) fikir adalah penting. Pendapat majority.

- Datuk V K Liew, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Ahli Parlimen, Sandakan dan Presiden, Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP) 28hb Julai 2008 (Daily Express)

12. Saya fikir Kerajaan Negeri perlu mendapatkan pakar alam sekitar, yang tiada kepentingan dalam projek ini, yang pendapatnya akan boleh diterima oleh badan-badan bukan kerajaan (NGOs) dan rakyat. -

Datuk Raymond Tan Shu Kiah, Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Infrustuktur Negeri Sabah.31hb Julai 2008 (Daily Express)

13. Kadar nitrogen oksida yang rendah didalam udara [daripada stesen janakuasa elektrik arang batu] boleh menyebabkan gangguan pada mata, hidung, tekak dan paru-paru, mungkin menyebabkan anda batuk dan mengalami kesukaran bernafas, keletihan dan loya. Pendedahan kepada kadar nitrogen oksida yang rendah juga boleh menyebabkan cecair terbentuk didalam paru-paru dalam masa 1-2 hari selepas terdedah kepadanya. Sementara menghirup udara yang engandungi kadar nitrogen oksida yang tinggi pula boleh menyebabkan “rapid burning”, kekejangan, dan pembengkakan tisu-tisu, pembentukan cecair didalam paru-paru anda dan kematian.

- Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Sabah (SEPA)16hb Ogos 2008 (Daily Express)

14. Kebanyakan Negara seperti Jerman, UK, Eropah dan Jepun tidak menggunakan sistem pembuangan. Mereka menggunakan sistem penyejukan air tertutup yang megedar semula air yang sama pada menara penyejukan dan untuk penggunaan semula dan supaya ia tidak melibatkan pembuangan sisa buangan toksik air kedalam laut.

- Mr. Gary Yapp, Ketua Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Sabah (SEPA), Tawau.14hb September 2008 (Daily Express)

15. Saya sangat bersimpati terhadap keperluan tenaga di Pantai Timur tetapisebagai seorang pencinta alam sekitar, saya memohon untuk rakyat secara diplomasi untuk satu keputusan yang demokratik keatas perkara ini.

- Ms. Nilakrisna James, Ketua, Jawatankuasa Perubahan Iklim, Persatuan Peguam-Peguam Sabah4hb Oktober 2008 (Daily Express)

16. Penolakan tapak di Lahad Datu [bagi stesen janakuasa elektrik arang batu] pada April tahun ini oleh Kerajaan Negeri menjadikan ianya tidak logik bagi sesiapa jua untuk menerima Sandakan sebagai tapak pembinaan yang baru. Sandakan hanya 2 jam perjalanan dari Lahad Datu.

- Datuk Seri Yong Teck Lee, Presiden, Parti Progresif Sabah (SAPP)8hb Oktober 2008 (Daily Express)

17. Ya, terutamanya untuk Sabah, tenaga solar sangat memberi harapan. Sabah mungkin memperolehi banyak cahaya matahari, tetapi ramai yang meragui tentang memerangkapnya. Sudah tentu anda boleh memerangkapnya. Itu lebih banyak berlaku. Tetapi, pelaburan adalah lebih mahal. Semuanya bergantung kepada skala projek. Sesetengah projek boleh menjadi sangat menarik.

- Mr. Antonio Garcia, Kaunselor Ekonomi dan Perdagangan bagi Kedutaan Spain, semasa lawatannya ke Sabah– 16hb Oktober 2008 (Daily Express)

18. Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkata bahawa ia tidak dapat menurunkan kadar tariff elektrik kerana harga arang batu, yang meliputi 60% daripada kos penjanaan kuasanya, masih kekal diatas USD75 (RM250) bagi setiap tan metric. 60% daripada tenaga yang kita perolehi adalah dijanakan daripada gas dan 30% arang batu, tetapai dari segi kos, arang batu memakan belanja sebanyak 60% dan gas hanya 40%.

- Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tenaga Nasional Berhad (TNB). – 17hb Oktober 2008 (Daily Express)

19. Pencemaran udara telah mencapai tahap kritikal. Pada bila-bila masa saja, disebabkan oleh pencemaran udara, anak-anak kita tidak akan dapat merasai keseronokan walaupun untuk perkara termudah seperti bermain di taman permainan. Ingatlah, setiap kali kita membenarkan pembakaran dan kepulan asap, kita mencemarkan udara dan mengurangkan satu kegembiraan, hari yang bebas tanpa masalah dalam kehidupan kanak-kanak yang tidak mengetahu apa-apa disekeliling mereka ini.

- Kementerian Sumber Tenaga Asli dan Alam Sekitar, siri-siri iklan. – 21hb Oktober 2008 dan seterusnya (Daily Express dan Borneo Post)

20. Malaysia tidak akan menhadapi kekurangan tenaga elektrik sehingga tahun 2012 setelah mengambil kira magin rizab elektrik negara yang tinggi. Kadar rizab 42% yang terkini dijangka akan meningkat sebanyak 5% menjadikannya 47% apabila stesen janakuasa Jimah di Negeri Sembilan mula beroperasi.

- Datuk Shaziman Abu Mansor, Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi Malaysia 23hb Oktober 2008 (Daily Express)

21. Masanya telah tiba untuk kita betul-betul membangunkan kemampuan Negeri untuk menguruskan kawasan-kawasannya yang dilindungi. Ini adalah sesuatu yang tidak pernah kita fikirkan sekian lama dan terdapat keperluan sebenarnya untuk kita betul-betul membangunkan kemampuan kita untuk menguruskan kawasan-kawasan kita yang dilindungi.

Dr. Abdul Hamid Ahmad, Institute of Tropical Biology and Conservation Director, Universiti Malaysia Sabah.23hb Oktober 2008 (Daily Express)

22.   Walaupun banyak bandar-bandar yang mendapat bekalan yang cukup [dengan tenaga elektrik], kawasan pedalaman – terutamanya yang terpencil, terasing, dan dispersed riverine of hill communities – menghadapi prospek yang kabur untuk dapat disambungkan dengan national grid.

- Ms. Lilei Chow, Program Pembangunan UN.26hb Oktober 2008 (New Sunday Times)

23. Kami mempunyai maklumat bahawa SESB telah menempah dan memagar seluas 500 ekar tanah di tapak POIC di Teluk Seguntor, Sandakan, yang hanya 6km dari Pusat Orang Utan Sepilok. Kami ingin mngetahui mengapa SESB sangat kreatif tentang perkara ini walaupun mereka telah menjanjikan proses EIA yang telus kerana selama ini mereka telah menafikan bahawa kawasan yang sesuai telah dikenalpasti. -

Mr. Wong Tatt, Presiden, Persatuan Perlindungan Alam Sekitar, Sabah (SEPA).2hb November 2008 (Daily Express)

24. Sabah dikenali dengan hutannya yang luas dan indah. Kita ada Gunung Kinabalu dan kita juga ada pantai-paintai yang cantik yang menjadi tarikan pelancong. Dengan pembukaan taman ini di Taman Rimba Sandakan, ia pastinya akan menjadi salah satu lagi tempat yang popular bagi penduduk Sandakan untuk bersenam dan beristirehat.

- Datuk Peter Pang En Yin, Menteri Belia dan Sukan Sabah.2hb November 2008 (Borneo Post)

25.   Dari segi pendapat sains geo yang ringkas, persoalannya bukanlah sama ada tenaga yang boleh diperbaharui akan dapat menggantikan bentuk pengeluaran tenaga yang sedia ada, persoalannya ialah bilakah ia akan dapat digantikan.

- Prof. Dr. Jorgen Bohner, Institute of Geography, Hamburg University semasa lawatannya ke Sabah. 4hb November 2008 (Daily Express)

26.   Saya komited terhadap terhadap hasrat parti dan rakyat Sabah untuk melihat saluran paip gas Petronas dari Kimanis, Sabah ke Bintulu, Sarawak. Pertamanya, sebagai penyalur bahan aktiviti bawah tanah (di Sabah) dan ia juga boleh digunakan untuk menjana elektrik supaya Sabah mempunyai bekalan tenaga yang mencukupi.

Tan Sri Bernard Dompok, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan PresidenUnited Momogun Kadazandusun Murut Organization (UPKO). – 7hb November 2008 (Daily Express)

27. Bahagian bawah Kinabatangan-Segama juga adalah salah satu daripada lima tapak Ramsar di Malaysia. Sijil Antarabangsa Ramsar ialah penghargaan tertinggi bagi pemuliharaan kawasan perairan. Dalam hal ini, kita bukannya memperkatakan tentang pengeksploitasian tetapi lebih kepada pemuliharaan, biodiversity, penambah-baikkan, penyelidikan, penjagaan hidupan liar yang terdapat disana dan juga apakah preskripsi yang diperlukan dalam usaha untuk memastikan kewujudannya, kualiti pengurusan dan kualiti hutan-hutan tidak akan diburukkan oleh campur tangan manusia.

Datuk Sam Mannan, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri. – 8hb November 2008 (Daily Express)

28. Pelan untuk membangunkan industri petrokimia di Sabah bukanlah sesuatu yang baru difikirkan tetapi ianya adalah hasil daripada kajian terperinci yang dijalankan semenjak tahun 2006 dan Kerajaan Negeri terlibat sepenuhnya dalam perkara ini. Setakat ini, bagi penggunaan gas untuk Sabah, kami (Petronas Gas BErhad) telahpun menandatangani satu perjanjian usaha sama dengan Yayasan Sabah untuk membina sebuah kombinasi kitaran 300MW stesen janakuasa (berasaskan gas). Ini akan tersedia apabila gas telah sampai di Kimanis.

- Tan Sri Mohd. Hassan Marican, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Petronas Bhd.16hb November 2008 (Daily Express)

29.   Dua cabaran terbesar yang dihadapi oleh rakyat Malaysia pada hari ini adalah pemanasan global dan sumber asli. Diantara keduanya, perhatian kita perlu diutamakan kepada perubahan cuaca.Pemanasan global keatas planet bumi kita adalah ibarat seorang yang mengalami demam yang tidak akan merasa sihat apabila suhu badannya meningkat daripada 30 darjah Celcius kepada 37 darjah Celcius.

- Dr. Abu Hanifah Azit, Principal Engineer of Energy Efficiency and Renewable Energy Division, Tenaga Nasional Berhad (TNB). – 27hb November 2008 (Daily Express)

30.   Kerajaan perlu memberikan tumpuan kepada konsep pelancongan secara keseluruhannya dengan mengadakan promosi produk pelancongan dalam dan luar Negara. Sabah berkemampuan untuk diketengahkan sebagai salah satu pusat pelancongan yang eksotik bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di kawasan Asia Tenggara.

- Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri Pelancongan Malaysia. – 30hb November 2008 (Daily Express)

Kesemua kenyataan diatas dan banyak lagi yang tidak menyokong stesen janakuasa arang batu telah dikeluarkan di surat khabar tempatan dan juga nasiinal seperti yang tertera pada tarikh yang disebutkan.

Memang pastinya terdapat beberapa artikel yang telah ditulis dan komen-komen mengenai apa yang disebut sebagai stesen janakuasa “teknologi arang batu yang bersih”. Namun, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman telah disebut sebagai berkata “Saya tahu sesetengah berpendapat bahawa dengan teknologi pada hari ini, rancangan untuk membina stesen janakuasa adalah selamat dan bersih tetapi sesetengah pakar juga tidak bersetuju dan berpendapat sebaliknya.”

Kebanyakan cerita yang menyokong stesen janakuasa arang batu adalah retorik yang sama dengan cerita lapuk bagaimana Negara-negara lain menggunakan stesen janakuasa arang batu untuk menjanakan tenaga. Walaubagaimanapun, mereka dengan cerdiknya tidak menyebut langsung mengenai kesan-kesan negatif pembakaran arang batu dan juga kemusnahan yang boleh berlaku keatas alam sekitar dan kesihatan manusia.

Disebalik semua alasan yang diberikan oleh para pemimpin kita, pakar-pakar dan pemegang-pemegang saham, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) masih juga bertungkus lumus untuk membina stesen janakuasa arang batu untuk kepentingan pihak-pihak tertentu. Adalah sesuatu yang amat menyedihkan sekiranya usaha TNB/SESB ini berhasil.

Penulis: Gengadharan Govinda Pillai (Tel: 013-8837370)24hb Januari 2009

Artikel berkaitan:

  1. TheStar: Public Yes needed for coal-fired power plant The STAR Tuesday December 2, 2008 Public Yes needed for…
  2. CALL ON ALL YBs TO EXECUTE THE PEOPLE’S WISHES AND DESIRE FOR CLEAN ENERGY AND NO COAL-FIRED POWER PLANT Download in PDF Format: http://rapidshare.com/files/176282238/N1220A1p.pdf CALL ON ALL YBs…
  3. Attention : TNB & SESB , public want clean energy and NOT coal fired power plant ! Study on Sabah wind power potential  Kota Kinabalu: A professional…
  4. Transparency Needed on Coal-Fired Power Plant! “More discussions, forums and seminars on coal-fired power plant”, said…
  5. Denial or Truth ? ? ? Christmas Present for 2008 ?  State EPU : Confirm Coal.
About these ads

Responses

  1. […] Sumber: http://sandakan.wordpress.com […]

  2. Betul ke bahaya ni?? cuba nyatakan lebih terperinci??

  3. hi bayumurni,

    sila baca artikel-artikel berikut:

    Kekotoran Pembakaran Arang Batu

    http://sandakan.wordpress.com/2009/01/19/kekotoran-pembakaran-arang-batu/

    Kelahiran Cacat di China – “terutamanya di lapan kawasan utama ZON ARANG BATU”

    http://sandakan.wordpress.com/2009/02/20/kelahiran-cacat-di-china/

    terdapat banyak lagi maklumat dalam bahasa inggeris yang boleh didapati dari

    http://www.savesandakan.com/

    dan dicari melalui google.

    tolong menyebarkan mesej-mesej kami… terima kasih!!

  4. Bertambah banyaklah pengangur di Sabah, kerana projek di batalkan. saya salah seorang yg dari tenaga kerja yg telah hilang perkerjaan. :-(

  5. Gerald,

    saya amat bersimpati terhadap apa yg telah berlaku kpd kamu.

    namun demikian, persoalannya sekarang:

    haruskah kita menggadaikan kesihatan dan keselamatan kami semua hanya atas nama ‘peluang pekerjaan’??

    Ketua Menteri Sabah, DSP Musa Aman ****sendiri**** pun kata begitu juga pada tahun 2008:

    “Setelah menimbang akan kebaikan dan keburukannya, Kabinet memutuskan MENOLAK cadangan ini kerana kita TIDAK MAHU MENGGADAIKAN kebajikan masyarakat di kawasan itu [di Lahad Datu] termasuk dari segi KESIHATAN DAN KESAN BURUK terhadap alam sekitar… Saya tahu sesetengah orang berkata dengan teknologi hari ini, cadangan loji itu adalah selamat dan bersih TETAPI sesetengah PAKAR juga TIDAK BERSETUJU.”
    (New Sabah Times, 3 April 2008)

    http://sandakan.wordpress.com/2009/02/10/kabinet-sabah/

    Kekotoran Pembakaran Arang Batu

    http://sandakan.wordpress.com/2009/01/19/kekotoran-pembakaran-arang-batu/

    Kelahiran Cacat di China – “terutamanya di lapan kawasan utama ZON ARANG BATU”

    http://sandakan.wordpress.com/2009/02/20/kelahiran-cacat-di-china/

    Takut nanti, “Walaupun yang dikejar dapat, yang dikendong berciciran.”

    http://sandakan.wordpress.com/2009/02/20/kewajipan-amanah-pemimpin/

    APA GUNA kita dapat kerja/projek jika apa yg kita untung pun langsung TIDAK CUKUP untuk membayar kos perubatan??

    APA GUNA kita semua kaya, tetapi terpaksa makan ubat dan jumpa doktor setiap minggu?!

    lagipun, perlaksanaan projek TIDAK semestinya MENJAMIN peluang pekerjaan — seperti yg berlaku di kilang Western Digital, Sarawak, baru-baru ini. ***1500 *** orang pekerja hilang kerja ***begitu saja ***!!!

    December 21, 2008
    Western Digital tutup kedai di Sarawak

    “KUCHING, Dec 20. Western Digital, syarikat hard-disk yang kedua terbesar didunia akan tutup kedai. Kilang syarikat ini di Zone Industri Bebas di Samajaya Sarawak akan mengakibat 1,500 buruh kilang hilang kerja.

    Syarikat milik pemodal kapitalis Amerika Syarikat ini ini bukan hanya memberhentikan tenaga kerja malah akan terus tutup kedai.”

    http://rozisalehin.blogspot.com/2008/12/western-digital-tutup-kedai-di-sarawak.html

    1,500 in Sarawak to lose jobs with closing of Western Digital plant

    http://www.themalaysianinsider.com/index.php/business/14553-1500-in-sarawak-to-lose-jobs-with-closing-of-western-digital-plant

    Western Digital to cease operations in Sarawak, 1,500 to be laid-off

    http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/12/20/nation/20081220150337&sec=nation

    Kalau syarikat/kilang pelabur asing kita mahu tutup, bila-bila saja pun boleh!! bila sudah tutup, yg tinggal hanya masalah kesihatan kita dan keluarga kita…

    jadi, apa gunanya?!!

    lebih baik kita mempertahankan kesihatan kita semua – walaupun miskin, yg penting KELUARGA MASIH SIHAT…

  6. bagkit lah.. sabah.;..
    jangan macam KERBAU yangd i tarek.. hidungnya..

    GUD wok admin….
    keep it up!!!

    kami bediri di belakang.. untuk membantu mengenmbangkan minda org2 sabah…

    apa plant awak skg??

  7. Saya rasa kita masih belum mampu menggunakan teknologi yang terlampau canggih.

    Sampah sarap pun tidak mampu diurus dengan betul. Kempen kitar semula pun tidak berjaya.
    Apa lagi pencemaran berskala besar ni.

    Kita sesetengah orang Sabah ni hidup bersederhana saja…yang penting SIHAT dan AMAN.

    Ada 1 Borneo pun bukan semua orang dapat pigi,jalan raya pun tidak bagus, duit poket pun nda cukup, ada duit tiada perkhidmatan pengangkutan,apa apa pun yang penting nyawa tidak terancam….

  8. saya sokong…tapi kalau dah tau hidup susah tu berusaha lebih…kalau orang kaya bangun 5.30am kul 6.00am dah start keje balik kul 2am hanya 4 jam aje rehat…klu orang hidup susah yang malas keje 4 jam selebihnye menyangak…adoi ape pun tak leh…TUHAN takkan ubah nasib seseorg melainkan die sendiri ubah nasib sendiri…tul tak???

  9. eeeeee tak patutla buat macam tu


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: