Kesetiaan dibalas dengan 'Pengorbanan'?


PM rewards ‘Fixed Deposit’ State with – More Sacrifices??

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,

Ramai rakyat di Sabah (kebanyakkannya telah mengundi Barisan Nasional dan mengekalkan parti Datuk Seri sebagai Kerajaan pada pilihanraya umum tahun 2008) amat kecewa apabila Datuk Seri meminta rakyat Sabah supaya ‘membuat pengorbanan’ dengan menerima stesen janakuasa ARANG BATU YANG KOTOR DAN MENGANCAM ALAM SEKITAR.

Datuk Seri sendiri baru sahaja berucap kepada Tenaga Nasional Berhad di Kuala Lumpur, pada hujung bulan Oktober yang lalu, bahawa Datuk Seri TIDAK SUKA dengan dasar tenaga (energy policy) yang sedia ada. Malah, Datuk Seri seterusnya berkata bahawa dasar tenaga tersebut adalah “tidak betul” (It is not right). Khususnya mengenai arang batu, Datuk Seri dengan tepatnya berkata bahawa arang batu adalah teknologi yang KOTOR, ia MENGANCAM ALAM SEKITAR.” (Sebenarnya, Jemaah Menteri Sabah juga memegang pandangan yang sama dan telah menolak arang batu pada tahun 2008)

Yang peliknya, hanya dalam masa seminggu selepas itu, Datuk Seri pula datang ke Sabah untuk meminta supaya rakyat Sabah “berkorban” — menerima arang batu YANG KOTOR!

(Much time wasted in solving Sabah’s power woes, says PM; Daily Express, Ahad, November 08, 2009)

Tetapi 2 minggu kemudian, Datuk Seri pula menegaskan tanggungjawab kita semua sebagai ‘pembela’ (custodians) kepada/terhadap generasi-generasi masa depan, supaya memastikan satu Malaysia yang ‘hijau’, dan mengurangkan pelepasan karbon (carbon footprint). Bagaimana kita boleh mencapai matlamat ini jika Kerajaan Datuk Seri menambahkan pembakaran arang batu (di Sabah) — dan bukan sebaliknya??

Kami sangat keliru dengan pendirian Datuk Seri yang tidak konsisten dan saling bercanggah. Kami berharap agar ucapan Datuk Seri kepada TNB tersebut (di mana arang batu disifat sebagai “KOTOR dan MENGANCAM ALAM SEKITAR“) adalah ikhlas dan jujur, dan bukanlah (seperti yang telah diperkatakan secara sinis) semata-mata suatu “rangkaian propaganda/gimik perhubungan awam” untuk memujuk rakyat supaya menerima teknologi nuklear yang lebih berbahaya lagi.

Kami masih mengharapkan bahawa Kerajaan Datuk Seri adalah serius dan komited untuk MENGURANGKAN kegunaan arang batu dalam penjanaankuasa elektrik di negara ini – bermula dari Sabah.

Datuk Seri telah salah faham/diberi maklumat yang tidak tepat apabila Datuk Seri berkata bahawa:
“Tetapi, kalau tidak (menerima arang batu), kita takkan mendapat tenaga elektrik. Kita mesti membuat keputusan, kamu mahukan elektrik tetapi pada masa yang sama tidak mahu stesen janakuasa elektrik itu. Kamu mahukan stesen itu di tempat lain, bukan di kawasan sendiri.”

(Much time wasted in solving Sabah’s power woes, says PM; Daily Express, Ahad, November 08, 2009)

Kami ingin mengulangi/menegaskan bahawa mereka yang membantah penggunaan arang batu di Sabah BUKANNYA membantah pembangunan atau pembinaan stesen janakuasa. Kami hanyalah meminta supaya sumber tenaga yang digunakan adalah sumber yang bersih, tidak mengancam alam sekitar atau kesihatan umum – seperti gas semulajadi kepunyaan kami sendiri dari Kimanis, Sabah, ataupun tenaga hidro (air) dari Bakun dan sumber-sumber lain yang juga terdapat di Sabah.

Datuk Seri juga berkata:
“Pertama kali, ia sepatutnya akan dibina di Lahad Datu tetapi rakyat di sana membantah. Kemudian, ia dipindahkan ke Sandakan, tetapi rakyat di sana juga membantah. Jadi,  akhirnya, sebagai Menteri yang bertanggunjawab terhadap Felda, saya membuat keputusan untuk membinanya di kawasan Felda. Tiada masalah.”

(Much time wasted in solving Sabah’s power woes, says PM; Daily Express, Ahad, November 08, 2009)

Kenyataan ini jelas membuktikan bahawa Datuk Seri MEMANG MENGETAHUI SEPENUHNYA  DAN MENYEDARI tentang bantahan yang kuat dan keras oleh rakyat Sabah terhadap stesen janakuasa elektrik arang batu yang dicadangkan itu. Jadi, MENGAPA PULA Kerajaan Datuk Seri MASIH MEMAKSA kami untuk menerimanya? Walaupun di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan, Felda Sahabat masih terletak di dalam negeri Sabah dan berdekatan dengan Lahad Datu, Kunak dan bandar-bandar yang berdekatan.

Jikalau Kerajaan Persekutuan betul-betul ‘komited’ dengan seikhlasnya untuk menyelesaikan masalah kekurangan elektrik di negeri Sabah, maka cara yang terbaik adalah dengan menggunakan sumber-sumber tenaga yang sedia ada di Sabah juga – seperti gas semulajadi yang diekspot oleh Kerajaan Persekutuan ke Sarawak, dan potensi tenaga hidro (air) yang kaya di Sabah, seperti dari Sungai Liwagu.

Sebagai alternatif, kalaulah Kerajaan Persekutuan adalah ‘komited’ dengan seikhlasnya, maka Kerajaan Datuk Seri harus – paling sedikit pun - mendapatkan bekalan tenaga hidro dari Bakun, Sarawaksekurang-kurangnya sebagai balasan terhadap gas semulajadi yang diekspot oleh Sabah ke Sarawak – dan bukannya mencuba untuk menjualkan tenaga hidro ke Semenanjung Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Datuk Seri adalah tepat apabila berkata bahawa Sabah adalah seumpama negeri ‘simpanan tetap’ kepada Barisan Nasional yang boleh diharap memberi sokongan kepada Barisan Nasional.

Kami telah mengembalikan kuasa kepada Barisan Nasional – dalam hampir semua kawasan pilihanraya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri – manakala Semenanjung Malaysia mulai meninggalkan parti Datuk Seri. Kami membuat demikian kerana kami YAKIN bahawa BN akan memberi GANJARAN dan MEMBAYAR BALIK kesetiaan kami dengan usaha-usaha yang TULEN untuk menyelesaikan masalah-masalah kami – dan BUKANNYA dengan KETIDAK-IKHLASAN seperti ini.

Datuk Seri telah berkata, Sabah akan terus menerima perhatian daripada Kerajaan Persekutuan kerana sokongannya terhadap Barisan Nasional boleh dilihat bertambah kuat dari hari ke hari.”
(No need for alternative: Najib; Daily Express, Sunday, November 08, 2009)

Kami hanya akan mempercayai ini apabila ia DIBUKTIKAN DENGAN TINDAKAN, BUKAN DENGAN PERKATAAN SAHAJA. Namun malangnya, kami amat kecewa apabila Datuk Seri meminta supaya kami membuat PENGORBANAN sekali lagipengorbanan yang langsung TIDAK PERLU.

MENGAPA kami harus ‘berkorban’ sedangkan kami ADA BANYAK ALTERNATIF, seperti gas semulajadi di Kimanis yang sedang diekspot oleh Kerajaan Persekutuan ke Sarawak, dan tenaga hidro dari Bakun, Sarawak yang akan diekspot ke Brunei, Indonesia dan Semenanjung Malaysia (melalui kabel bawah laut)kecuali Sabah? Dan MENGAPA PULA kami harus MENGIMPOT arang batu yang “KOTOR DAN MENGANCAM ALAM SEKITAR” dari Indonesia??

Hakikatnya,

a) Kerajaan Persekutuan telah mengambil sumber-sumber kami di Sabah dan memberikannya kepada orang lain (Sarawak, Semenanjung Malaysia, Brunei dan Indonesia),

b) dan kemudiannya memaksa kami untuk menerima pengganti (substitute) yang KOTOR dan BAHAYA.

Adakah “pengorbanan” ini ADIL kepada rakyat Sabah??

Mengapa pula Kerajaan Persekutuan tidak meminta supaya Sarawak “berkorban” dengan MENGEMBALIKAN gas semulajadi KAMI dari Kimanis;

atau meminta supaya rakyat-rakyat Semenanjung Malaysia, Brunei dan Indonesia “berkorban” dengan MELEPASKAN tenaga hidro dari Bakun supaya ia boleh diberi kepada Sabah;

ataupun meminta supaya TNB ‘mengorbankan’ sedikit daripada keuntungan mereka dengan menggunakan sumber-sumber tenaga yang selamat dan bersih — walaupun mahal — supaya menguntungkan rakyat Sabah?

Inikah semangat sebenar “1Malaysia” – dengan asyik mengharapkan Sabah sahaja yang berkorban, tapi yang lain TIDAK PERLU berkorban? Adakah Sabah sudah menjadi sebuah “wilayah jajahan”??

Begitukah caranya Barisan Nasional menunjukkan kesyukurannya terhadap negeri Sabah, yang disifatkan sebagai “Simpanan Tetap”, “Negeri Biru (warna parti BN)”?!

Wahai YAB Perdana Menteri yang dicintai,

Sudah tiba masanya pihak Barisan Nasional/Kerajaan Persekutuan TIDAK LAGI mempersoalkan apakah sumbangan yang boleh diberi oleh Negeri Sabah KEPADA Barisan Nasional/Kerajaan Persekutuan, tetapi mulai bertanya:

Apakah sumbangan yang boleh diberi OLEH Barisan Nasional/Kerajaan Persekutuan kepada Negeri Sabah??

Kami yakin bahawa Datuk Seri akan terus membela nasib rakyat Sabah. Terima kasih banyak-banyak.

Posted by: sandakan | April 26, 2009

Indonesia Sambut Baik Bekalan Elektrik Dari Bakun

Dengan segala hormatnya, Y.A.B. Dato’ Seri Najib Tun Razak,

Penduduk Sandakan juga Sambut Baik Bekalan Elektrik Dari Bakun!!

Tenaga Hydro yang Bersih dari Bakun akan diekspot ke Indonesia, tetapi bukan Sabah.
Tenaga Hydro yang Bersih dari Bakun akan diekspot ke Indonesia, tetapi bukan Sabah?

Mengapakah mesti sumber-sumber tenaga kita yang bersih dan selamat seperti gas semulajadi (Kimanis, Sabah) dan hydro (Bakun, Sarawak) diekspot untuk kegunaan orang-orang lain, manakala rakyat kita sendiri terpaksa menggunakan bahan-bahan yang kotor seperti ARANG BATU dan menanggung risiko/bahaya yang tidak perlu/tidak sepatutnya (unnecessary)?!

Lagipun, YAB Perdana Menteri telah memberikan Sebab Ke-31 Mengapa Stesen Janakuasa Elektrik Arang Batu TIDAK diperlukan di Sabah, iaitu:

“Ini juga supaya kita dapat menentukan ‘energy mix’ kita dapat ditingkatkan komponen hidro yang boleh memberi pulangan yang lebih baik daripada gas yang akan pupus atau arang batu yang terpaksa diimport dari luar negara.

Apakah yang paling ironik dan menyedihkan adalah, Arang Batu yang dicadangkan diguna di Sandakan/Pantai Timur Sabah akan diimport dari Kalimantan, Indonesia!! Kesimpulannya, rakyat Sabah mengekspotkan gas semulajadi kami yang bersih ke Sarawak untuk mendapatkan, sebagai balasan, Arang Batu yang kotor dan bahaya dari Kalimantan, Indonesia, bukan tenaga hydro dari Sarawak!!

Oleh yang demikian, Rakyat Sandakan dengan rendah diri memohon jasa baik YAB Perdana Menteri supaya membatalkan cadangan membina stesen janakuasa ARANG BATU di Sabah, dan menggantikannya dengan tenaga hydro dan gas semulajadi yang sedia ada di Negeri Sabah dan Sarawak. Sumber tenaga kita harus diekspot hanya jika tidak diperlukan oleh rakyat kita sendiri.

############################

Indonesia Sambut Baik Bekalan Elektrik Dari Bakun

23 April, 2009 22:55 PM

Oleh Mohd Nasir Yusoff

JAKARTA, 23 April (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Indonesia menyambut baik kemungkinan Malaysia dapat mengeksport bekalan elektrik dari projek elektrik hidro Bakun di Sarawak ke Kalimantan bagi memenuhi keperluan wilayah di negara jiran itu.

Perdana Menteri berkata Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono menyatakan reaksi itu pada perbincangan dua hala yang mereka adakan di Istana Merdeka, yang turut melibatkan sebahagian anggota Kabinet kedua-dua negara di sini Khamis.

Perbincangan dua hala itu diadakan sempena lawatan rasmi Najib yang pertama sebagai Perdana Menteri ke Indonesia, yang diangkat oleh Indonesia daripada status lawatan kerja menjadi lawatan rasmi.

Saya telah menawarkan kemungkinan kita membantu keperluan tenaga bagi Kalimantan dan ini telah disambut baik oleh Presiden Susilo,” katanya pada sidang media dengan wartawan Malaysia di akhir lawatan rasmi dua hari itu.

Najib berkata menteri-menteri berkenaan di kedua-dua negara selepas ini akan berunding selanjutnya untuk memuktamadkan juga laluan kabel bawah laut Malaysia untuk tujuan menghantar elektrik dari Bakun ke Semenanjung Malaysia.

Perdana Menteri berkata kira-kira 70 peratus daripada kabel bekalan elektrik di bawah laut itu akan melalui kawasan Indonesia, merentasi perairan Kepulauan Natuna di Laut China Selatan.

Ketika menjawab soalan sama ada Malaysia akan menawarkan harga yang istimewa untuk bekalan ke Kalimantan, beliau berkata ia belum dibincangkan dan masih perlu dirunding oleh kedua-dua negara.

Menjelaskan mengenai projek elektrik hidro Bakun itu, Najib berkata Malaysia memutuskan untuk membangunkannya semula kerana ia penting bagi memenuhi keperluan bekalan elektrik negara khasnya di Semenanjung**.

[**Bagaimana pula Sabah??]

“Ini juga supaya kita dapat menentukan ‘energy mix’ kita dapat ditingkatkan komponen hidro yang boleh memberi pulangan yang lebih baik daripada gas yang akan pupus atau arang batu yang terpaksa diimport dari luar negara,” katanya.

Beliau berkata itu merupakan satu daripada bidang kerjasama baru yang disentuh dalam mesyuarat dua hala itu, iaitu memenuhi keperluan tenaga.

Najib berkata dalam mesyuarat dua hala yang merupakan kesinambungan daripada kata sepakat yang dicapai semasa pertemuan konsultasi tahunan 2009 antara bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Susilo, satu lagi bidang baru yang disentuh ialah kerjasama dalam bidang teknologi tinggi.

“Saya menegaskan bahawa kerjasama kita patut menjangkau dari bidang paling asas hinggalah ke bidang ‘hitech’. Kita bercita-cita hendak tingkatkan lagi nilai dalam ‘value chain’ kedua-dua negara dan dengan itu dapat saling membantu,” katanya, yang menambah bahawa Malaysia dan Indonesia mempunyai kepakaran dalam bidang ini.

Beliau memberi contoh, Malaysia mempunyai kepakaran dalam ‘MRO’ (penyelenggaraan, pembaikian dan rombak pulih) dalam bidang angkasa, kemampuan daripada segi pertahanan dan ICT.

“Jadi Indonesia patut melihat kemungkinan untuk mereka memberi peluang kepada Malaysia dalam bidang hitech,” katanya, yang menambah ia juga meliputi kemahiran memperbaiki kapal, membina kapal dan persenjataan ringan.

Perdana Menteri berkata Malaysia telah membeli beberapa pesawat pengangkut ringan yang dikeluarkan oleh Indonesia, dalam usaha ke arah kerjasama lebih luas dalam bidang teknologi tinggi.

Malam ini, Najib, yang disertai isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan delegasi Malaysia diraikan pada jamuan malam rasmi oleh Susilo dan isteri, Ibu Ani Yudhoyono di Istana Merdeka sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

– BERNAMA

#############################

Tender Projek Petronas Di Kimanis Sedang Dibuka

11 Mac, 2009 15:32 PM

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) — Petronas kini melaksanakan tawaran tender bagi kerja-kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan penyiapsediaan projek pembangunan Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) di Kimanis Sabah, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Tawaran tender itu terbuka kepada kontraktor-kontraktor yang berkelayakan dan berdaftar dengan Petronas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham A Aziz.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) berkaitan keseluruhan skop dan kos projek Petronas di Kimanis, Sabah dan kaedah pelantikan kontraktor pelaksana bagi projek itu.

Amirsham berkata projek pembangunan SOGT melibatkan dua komponen utama iaitu kerja-kerja penyediaan tapak dan kerja-kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan penyiapsediaan.

Tawaran tender bagi kerja-kerja penyediaan tapak telah dibuat secara terbuka kepada kontraktor-kontraktor Bumiputra termasuk dari Sabah yang berkelayakan dan berdaftar dengan Petronas, katanya.

Kos bagi kerja-kerja tersebut dianggarkan sebanyak RM100 juta.

Amirsham menjelaskan bahawa Petronas sedang menjalankan Projek Bersepadu Minyak dan Gas Sabah-Sarawak yang melibatkan pembangunan sektor huluan di luar pantai Sabah dan sektor hiliran di Kimanis, Sabah iaitu SOGT dan Saluran Gas Sabah-Sarawak (SSGP).

Di bawah projek bersepadu itu, Amirsham berkata pengeluaran minyak dan gas daripada pembangunan beberapa lapangan minyak dan gas baru di luar pantai Sabah akan disalurkan ke SOGT.

Bagi tujuan itu, Amirsham menjelaskan bahawa SOGT akan dilengkapi dengan kemudahan penerimaan, penyimpanan dan pengeksportan minyak mentah serta kemudahan-kemudahan lain.

Ianya juga akan dilengkapi dengan kompleks pejabat, operasi, penyelenggaraan dan gudang penyimpanan alat ganti, katanya.

SOGT yang dijangka siap dan mula beroperasi pada 2012 akan mempunyai jumlah kapasiti penyimpanan sebanyak 2.5 juta tong minyak mentah dan mampu mengendalikan sebanyak 300,000 tong minyak mentah sehari dan lebih kurang 1.250 juta kaki padu gas sehari.

Minyak mentah dan kondensat yang diterima SOGT kemudiannya akan dijual ke pasaran domestik dan antarabangsa.

Sebahagian daripada gas yang diterima SOGT pula akan dimanfaatkan untuk kegunaan sektor elektrik dan industri hiliran.

Sebahagian lagi akan disalurkan ke Kompleks LNG Petronas di Bintulu melalui saluran paip sejauh 500 kilometer** yang akan dibina di bawah projek SSGP, kata senator itu.

– BERNAMA

[**Nota: Jarak dari Sandakan ke Kimanis, Papar, melalui jalanraya hanyalah lebih kurang 390 km sahaja!! Oleh itu, kalau saluran paip ini boleh dibina dari Kimanis, Sabah, ke Bintulu, Sarawak, tentulah tiada masalah untuk membina saluran paip yang sama untuk menyalurkan gas semulajadi ini ke Sandakan sebagai sumber untuk menjanakuasa elektrik!]


############################

Projek Gas Kimanis-Bintulu Bawa Kesan Berganda Untuk Rakyat Dan Ekonomi Sabah

November 20, 2008 18:52 PM

KOTA KINABALU, 20 Nov (Bernama) — Projek Petronas di Sabah terutama projek saluran gas Kimanis ke Bintulu akan membawa banyak kesan penggandaan kepada rakyat dan pertumbuhan ekonomi negeri, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Katanya projek itu akan menyaksikan pertumbuhan kawasan bandar dan pusat perindustrian yang baru, peluang perniagaan, pekerjaan dan pembangunan modal insan, sekaligus menyokong industri berasaskan minyak dan gas di negeri ini.

Beliau berkata melalui projek terminal minyak dan gas Kimanis ke Bintulu, Sarawak itu, sumber gas yang dikeluarkan dari luar pantai Sabah akan didaratkan di Kimanis.

“Sebahagian daripada gas yang dikeluarkan akan dibekalkan untuk kegunaan sektor tenaga dan perindustrian di Sabah dan selebihnya akan disalurkan ke kompleks LNG Petronas di Bintulu,” katanya dalam teks penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran.

Sehingga 1 Januari 2008, katanya jumlah rezab gas di luar pantai Sabah ialah sekitar 12.7 trilion kaki padu atau kira-kira 14 peratus daripada jumlah rezab gas negara.

Musa berkata medan gas yang terdapat di luar pantai Sabah adalah kecil dan berselerak, tidak seperti medan-medan gas di luar pantai semenanjung dan Sarawak.

Oleh itu, beliau berkata pembangunan rezab gas di luar pantai negeri ini perlu dijalankan secara berkelompok yang dijangka melibatkan kos yang tinggi.

Katanya kos pelaburan pembangunan loji minyak,gas dan petrokimia pada masa ini adalah terlalu tinggi berikutan peningkatan harga pasaran bahan binaan dan peralatan termasuk harga besi dan keluli yang meningkat sebanyak 225 peratus sejak lima tahun yang lepas.

Musa berkata sebahagian daripada gas yang bakal didaratkan telah diperuntukkan untuk kegunaan sektor tenaga dan perindustrian di Sabah.

Beliau berkata Petronas dan Yayasan Sabah telah mengadakan usahasama bagi pembangunan sebuah loji janakuasa elektrik dengan kapasiti sebanyak 300 MW di Kimanis.

Pembinaan loji itu dijangka memperkukuhkan lagi sektor tenaga di Sabah dan menjadi pemangkin kepada pembangunan industri lain di negeri ini, katanya.

– BERNAMA

Kita ADA alternatif!!

Mengapa tidak menggunakan tenaga HYDRO (air) yang jauh lebih bersih dan selamant ini, yang akan sedia pada tahun 2011???

Kalau pihak Tenaga Nasional Berhad (yang memiliki sebahagian Projek Bakun ini dan juga Sabah Elektrik Sdn Bhd, anak syarikatnya di Sabah) betul-betul mengambil berat penjagaan alam sekitar dan kesihatan Rakyat Sandakan, mengapa pula ia ingin mengekspotkan tenaga hydro dari Bakun, Sarawak, ke Semenanjung Malaysia dan Kalimantan yang begitu jauh (melalui kabel dasar laut sepanjang 676 km di Laut Cina Selatan!!), TETAPI BUKAN Pantai Timur Sabah yang begitu dekat dan hanya melalui darat??

Mengapakah Rakyat Sandakan MESTI menerima  penggunaan ARANG BATU yang begitu bahaya dan memudaratkan kesihatan kita semua, lebih mahal daripada tenaga hydro, dan akan diimport dari Indonesia??!!

Mengapa kerajaan Negeri Sabah tidak berusaha dengan iklas dan menjaga kebajikan Rakyat Pantai Timur Sabah/ Sandakan untuk mendapatkan bekalan elektrik  yang selamat ini dari Sarawak??

hydro-power

Projek Bakun Dijangka Siap Sepenuhnya Oktober 2011

04 Mac, 2009 17:38 PM

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsbusiness.php?id=393987

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) — Projek hidro elektrik Bakun di Sarawak yang mempunyai jumlah kapasiti sebanyak 2,400 megawatt, dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2011, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Kong Cho Ha.

Kerja-kerja sivil pembinaan projek Bakun dijangka siap pada Jun 2010 manakala kerja-kerja elektrik dan mekanikal dijangka siap pada awal suku keempat 2011, katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

“Mengikut jadual pelaksanaan projek, ujian kering akan dijalankan ke atas janakuasa pada Disember tahun ini manakala penugasan pertama dijadualkan pada Ogos 2010, dengan janakuasa pertama yang menjana 300 megawatt elektrik, akan mula berfungsi,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Henry Sum Agong (BN-Lawas) tentang persiapan projek Bakun.

Kong menjelaskan kerja-kerja penugasan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat yang melibatkan kesemua lapan janakuasa yang bakal menjana 2,400 megawatt elektrik.

Sementara itu, beliau berkata syarikat Sarawak Hidro Sdn Bhd dan Sarawak Energy Bhd (SEB) sedang dalam peringkat perbincangan dengan Brunei dan Kalimantan, Indonesia mengenai kemungkinan menjual tenaga elektrik projek Bakun.

Jumlah keseluruhan kos projek Bakun dianggarkan RM7.5 bilion dan sehingga hari ini sejumlah RM5 bilion telah dibelanjakan, kata Kong.

Sarawak Energy dan Tenaga Nasional Bhd dipertanggungjawabkan untuk menguruskan operasi projek Bakun.

Kedua-dua syarikat itu akan membangunkan gabungan sistem penghantaran, yang akan menyaksikan pengeksportan 1,600 megawatt arus elektrik dari Bakun ke Semenanjung Malaysia dan selebihnya ke Sarawak.

– BERNAMA

====================================

Sarawak Energy, TNB ambil alih projek Bakun

21/01/2009 7:59pm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_19.htm

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Sarawak Energy Bhd. dan Tenaga Nasional Bhd. secara dasarnya telah mendapat kelulusan dari kerajaan untuk mengambil alih operasi Projek Hidroelektrik Bakun (HEP) di Sarawak.

Kedua-dua syarikat tersebut akan mengambil alih operasi daripada Sarawak Hidro Sdn. Bhd. melalui perjanjian penyewaan dan untuk memajukan secara sistem transmisi bersepadu, yang berupaya mengeksport 1,600 megawatt (MW) elektrik dari HEP Bakun ke Semenanjung Malaysia selain untuk tenaga di negeri itu. – Bernama

====================================

Pinjaman Bagi Kabel Penyaluran Dasar Laut Bakun Dirunding
( 28/4/2008 )

http://www.ktak.gov.my/bm/system/print_details.asp?tt=NEWS&newsid=381&PrintVersion=yes

BINTULU, 28 April (Bernama) — Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Bank Kerjasama Antarabangsa Jepun (JBIC) sedang berunding mengenai pinjaman bagi membiayai kabel dasar laut untuk menyalurkan kuasa dari projek hidro Bakun ke Semenanjung Malaysia.

Empangan yang berharga RM3.2 bilion dan merupakan projek kuasa hidro terbesar negara dengan kapasiti 2,400 megawat itu dijangka siap menjelang Jun 2010.

Setiausaha Bahagian Tenaga di Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, Soma Ramasamy, berkata pemaju empangan itu, Sime Darby Bhd, menganggarkan kos kira-kira RM10.9 bilion untuk membeli dan merentang lebih 676 kilometer kabel dasar laut di Laut China Selatan.

Beliau berkata demikian dalam nota taklimatnya kepada Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Joseph Salang, semasa lawatannya ke projek empangan hidro di Bakun, kira-kira 180 kilometer dari sini pada hujung minggu.

Soma berkata pinjaman itu adalah di bawah Program Bantuan Pembangunan Rasmi JBIC.

Katanya EPU dan Kementerian Kewangan berharap untuk mendapat pinjaman yang rendah faedahnya dengan tempoh pembayaran balik yang panjang agar tarif elektrik yang dikenakan Sime Darby ke atas Tenaga Nasional Bhd lebih rendah.

Syarikat itu memegang 60 peratus ekuiti dalam projek itu manakala selebihnya dipegang oleh kerajaan di bawah unitnya, Sarawak Hidro Sdn Bhd.

Bakun dijangka menyalurkan kira-kira 1,600 megawat daripada kapasitinya ke Semenanjung Malaysia menjelang 2013.

Soma berkata JBIC mengenakan syarat ketat, iaitu ia perlu dilibatkan secara langsung dalam apa jua projek yang dibiayai pinjamannya.

“Peraturan mengenai alam sekitar dan sudut sosial juga sama ketatnya,” kata beliau.

Pada 21 Februari tahun ini, Sime Darby mengemukakan kertas kerja mengenai pinjaman itu kepada EPU, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, JBIC dan Bank Pembangunan.

Ia menyarankan supaya kemudahan pinjaman itu disalurkan melalui Bank Pembangunan dengan jaminan daripada Kementerian Kewangan kerana ia dibuat berdasarkan kerajaan dengan kerajaan, kata Soma.

Menurutnya pada 2 April, Kementerian Kewangan meminta, secara bertulis, kepada EPU untuk mengemukakan permohonan rasmi kepada Kedutaan Jepun, dan menambah bahawa sebelum itu ia perlu mendapatkan kelulusan Kabinet.

Beliau juga berkata kerajaan mungkin terpaksa menanggung sebarang kerugian dari segi pertukaran asing kerana pinjaman itu adalah dalam mata wang yen Jepun.

Mengenai talian penyaluran elektrik darat sepanjang 700 kilometer di Sarawak, Soma berkata Sime Darby akan berunding dengan Sarawak Energy Bhd, penyedia bekalan kuasa tunggal di negeri ini.

Talian HVDC (arus terus voltan tinggi) akan bermula dari empangan itu ke Kampung Pueh.

Kata beliau di Semenanjung Malaysia, Sime Darby telah mendapat lesen daripada Suruhanjaya Tenaga untuk memancarkan kuasa dari kabel dasar laut itu.

Dengan lesen itu, ia boleh meninjau laluan-laluan pengagihan bagi kabel itu, katanya.

Mengenai sama ada Bakun memberi harapan kepada pengguna untuk menikmati tenaga dengan kos yang lebih rendah, Soma berkata kadar tarif akan ditentukan selepas mengambil kira semua kos yang terlibat. “Buat masa ini agak sukar untuk mengatakan sama ada tarifnya rendah.

Tetapi kita akan cuba menjadikannya sepatut mungkin kerana kerajaan tidak mahu membebankan rakyat,” katanya.

– BERNAMA

Arang batu merupakan sumber tenaga yang paling teruk pencemarannya, memusnahkan kesihatan dan alam semulajadi kita.

Kita bertanggungjawab kepada anak-anak kami memenuhi keperluan tenaga dengan cara yang lebih pintar, bersih, dan sihat daripada menggunakan cara yang mencemarkan, merosakan alam semulajadi, dan mengakibatkan pemanasan global yang lebih sensitif.

Berikut adalah kesan-kesan pembakaran arang batu terhadap TANAH, UDARA, AIR, dan MANUSIA.

PERLOMBONGAN –> PEMBAKARAN –> BAHAN BUANGAN

mining

TANAH.

v Kerosakan tanah. Pokok-pokok, tumbuh-tumbuhan dan tanah yang subur akan dimusnahkan demi pembinaan kilang pembakaran arang batu, memusnahkan hutan rimba dan habitat hidupan liar, mengalakkan penghakisan tanah dan banjir, akibatnya pencemaran habuk dan seterusnya mengakibat masalah pernafasan kepada komuniti tempatan.

v Keruntuhan tanah. Perlombongan bawah tanah akan meninggalkan ruang kosong bawah tanah, mengakibatkan tanah runtuh dan tanah tenggelam ke muka bumi. Proses ini akan, dengan seriusnya, merosakkan struktur rumah, bangunan dan jalan raya disebabkan oleh keruntuhan bawah tanah.

v Perlombongan arang batu dari gunug-ganang. Cara perlombongan ini akan memusnahkan habitat, hutan rimba dan merosakkan harta benda orang tempatan…

UDARA.

v Pencemaran debu-debu arang batu. Perlombongan arang batu dan penyediaan arang akan menghasilkan debu-debu dan bahan pencemar yang mana apabila bergabung dengan bahan kimia yang lain di udara akan mengakibatkan masalah pernafasan yang serius dan kematian akibat paru-paru yang hitam.

v Pengangkutan. Lebih kurang 75% daripada pengangkutan arang batu di Negara Amerika Syarikat adalah melalui kereta api yang mana ia mengakibatkan debu-debu halus dan jerebu. Kedua-dua bahan pencemar ini boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti masalah pernafasan yang serius dan serangan asma.

v Gas metana. Perlombongan arang batu membebaskan 26% gas metana setiap tahun di Amerika Syarikat. Gas metana merupakan gas pemanas global 20 kali ganda lebih serius daripada karbon dioksida dan dihasilkan oleh batu-batu di persekitaran arang batu apabila arang batu dilombong, dan juga semasa penyediaan pembakaran dan pengangkutan arang batu.

AIR.

v Pengaliran air lombong yang berasid adalah disebabkan lombong-lombong yang terbuang dimana air menjadi berasid apabila bercampur dengan besi dan mineral-mineral lain. Apabila air yang berasid ini mengalir keluar, ia akan bergabung dengan air bawah tanah dan sungai, mengakibatkan pencemaran, merosakkan tanah yang subur, manusia dan hidupan liar.

v Penyediaan arang batu atau pembersihannya perlu menggunakan air dan bahan kimia yang banyak untuk mendapat arang batu yang berkualiti. Ini akan menyebabkan pengaliran bahan pencemar dalam bentuk lumpur yang di kenali sebagai “Slurry”…

v Perlombongan arang batu dari gunug-ganang bermaksud perlombongan arang batu dengan meletupkan gunung-ganang untuk mendapatkan arang batu di kawasan yang lebih rata. Demi mengurangkan perbelanjaan pembuagan bahan pembuang seperti batu-batu yang tidak berguna, syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab akan membuang bahan pembuang ini ke teluk atau sungai-sungai yang berdekatan. Ini akan mengakibatkan kerosakkan yang tetap terhadap ekosistem dan tanah lapang. Kaedah yang memusnahkan ini telah merosakkan atau memusnahkan lebih kurang 1,200 batu sungai-sungai, mengganggu system pengaliran air minuman dan membanjiri komuniti yang berdekatan di Amerika Syarikat.


MANUSIA.

v Paru-paru Hitam. Paru-paru hitam merupakan satu golongan penyakit pernafasan kepada pelombong-pelombong yang boleh mengakibatkan kematian dan penyakit paru-paru. Dari tahun 1992 hingga 2002, iaitu 10 tahun, lebih kurang 12,000 pelombong-pelombong di Amerika Syarikat maut akibat daripada paru-paru hitam. Simptom-simptom termasuk batuk-batuk, pernafasan yang kurang dan seterusnya paru-paru menjadi keras dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Walaupun symptom-simpton ini dapat dikawal, tetapi ia tidak boleh diubati.

v Komuniti. Perlombongan arang batu juga akan megurangkan hasil pendapatan komuniti tempatan termasuk kerugian dalam industry pelancongan dan rekreasi. Sebagai contoh di Pennsylvania, Amerika Syarikat, kerugian setahun dianggarkan sebanyak $67 juta daripada sukan memancing disebabkan oleh sungai-sungai yang tercemar dan berasid. Perlombongan arang batu juga akan merosakkan rumah-rumah dan harga hartanah juga akan merosot, menyebabkan rumah atau hartanah menjadi sukar dijual dan pindah.

v Pekerjaan. Di Amerika Syarikat, permintaan kerjaya sebagai seorang pelombong arang batu telah semakin merosot sejak 20 tahun yang lalu dan merupakan satu kerjaya yang paling merbahaya…Selain itu, purata pendapatan pelombong-pelombong arang batu juga semakin menurun.


· Artikel ini diterjemah oleh Razali Lui Y.F. (RL)

· Dipetik dari laman http://www.sierraclub.org/coal/dirtytruth/

Sekurang-kurangnya 31,000 penduduk Sandakan sudah MEMBANTAH pembinaan Stesen Janakuasa Arang Batu

Sekurang-kurangnya 31,000 penduduk Sandakan sudah MEMBANTAH pembinaan Stesen Janakuasa Arang Batu

Stesen Janakuasa Elektrik Arang Batu Memerlukan Penerimaan Umum

(Public Yes needed for coal-fired power plant)
The Star, Selasa, 2hb Disember 2008


KOTA KINABALU: Penerimaan umum adalah syarat terawal jika stesen janakuasa arang batu mahu dilaksanakan di Sabah.

Inilah mesej yang diberikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Malaysia (Energy Commission of Malaysia), Datuk Pian Sukro kepada Menteri Pembangunan Infrustruktur Negeri Sabah, Datuk Raymond Tan, semasa mesyuarat mereka di Kuala Lumpur pada hari Khamis.

En. Andrew Goh, Setiausaha media kepada Datuk Raymond Tan, berkata bahawa masih tiada lessen yang dikeluarkan untuk stesen janakuasa elektrik arang batu.

Terdahulu, Datuk Raymond Tan menyampaikan kebimbangan penduduk-penduduk Sandakan mengenai rancangan untuk membina sebuah stesen janakuasa elektrik arang batu berkapasiti 300 megawat di daerah pantai timur itu.

Datuk Pian berkata, sebagai langkah segera untuk mengatasi masalah kekurangan sumber tenaga di Sandakan, sebuah stesen janakuasa diesel berkapasiti 100 megawat akan dibina di daerah tersebut.

Beliau juga berkata, pada 2017, bekalan tenaga di Sabah akan ditambah sebanyak 915megawat dengan siapnya 5 buah projek yang menelan belanja sebanyak RM6.25 bilion.

———————————————————

Penduduk-penduduk Taman Sibuga dan Mawar  (lebih kurang 6km dari tapak Stesen Janakuasa Arang Batu yang dicadangkan) MEMBANTAH pembinaan Stesen Janakuasa Arang Batu, dalam suatu demonstrasi aman pada 13 February 2009. Setakat ini, lebih kurang 31,000 (tidak termasuk petisyen online) penduduk Sandakan telah menandatangani petisyen untuk membantah projek ini.

Memandangkan bantahan rakyat Sandakan yang begitu kuat, pihak Kerajaan dan TNB/SESB harus MEMBATALKAN cadangan ini dengan serta merta, seperti yang berlaku di Lahad Datu tahun lalu (2008)!!

Kita mungkin boleh menerima kesalahan/ kelemahan yang lain yang dilakukan atau gagal ditangani oleh kerajaan atau ahli-ahli politik kita (seperti pembaziran kewangan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, kekurangan kecekapan), tetapi apabila menghadapi ancaman kepada kesihatan dan keselamatan kita dan keluarga kita seperti ini,  kita langsung TIDAK BOLEH bertolak ansur.


Penulis: OC

Posted by: sandakan | March 4, 2009

Dr. Zorina: Kesilapan Dijadikan PENGAJARAN, BUKAN Tiruan

Penulis: Dr. Zorina Khalid, Pengarah Hospital Duchess of Kent, Sandakan

Kebocoran Kolam Penyimpanan Sisa/Abu dari Loji Arang Batu di Tennessee, USA, pada Disember 2008

Kebocoran Kolam Penyimpanan Sisa/Abu dari Loji Arang Batu di Tennessee, USA, pada Disember 2008

Manusia sepatutnya belajar dari kesilapan negara-negara yang maju supaya tidak mengulangi kesilapan mereka di mana sekarang ini seluruh dunia mengalami kesan dan akibatnya. Apa yang saya maksudkan adalah isu “global warming” yang berlaku kerana masalah pengeluaran karbon dioksida yang tinggi. Karbon dioksida iaitu gas “green house” atau gas rumah hijau yang menyebabkan penebalan lapisan ozon.

Kita nampak, baca, serta alami berbagai gejala cuaca buruk yang tidak menentu di seluruh dunia. Ribut taufan dan banjir melanda di beberapa tempat dan negara dengan lebih teruknya. Juga kepanasan dan kemarau menyebabkan kawasan-kawasan yang dahulunya tempat pertanian menjadi seperti padang pasir. Kebakaran juga berlaku dan menjadi lebih teruk akibat cuaca yang panas dan kering seperti di Victoria, Australia, di mana cuaca yang demikian menyumbang kapada kematian sekurang-kurangnya 180 orang pada bulan Februari 2009 ini. Lebih dekat dengan kita, taufan dan banjir melanda menyebabkan perpindahan, kesusahan dan penderitaan.

Memang susah untuk percaya masalah global warming menjadi punca bagi cuaca dunia yang berubah-ubah dan mengancam kehidupan manusia di seluruh dunia, tetapi ini adalah kenyataan. Kyoto Protocol telah dikeluarkan oleh Konvensyen Perubahan Cuaca, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCED) pada tahun 1992 supaya pengeluaran green house gas ditangani semua negara.

Sekarang, negara-negara maju telah berusaha untuk mengurangkan pengeluaran gas karbon dioksida. Loji janakuasa Arang batu dikenalpasti antara pengeluar utama gas ini. Di beberapa negara maju mereka berusaha mencari kuasa atau tenaga alternatif dari punca yang lebih selamat dan kurang kesannya terhadap alam sekitar. Sebenarnya negara maju juga ada yang menutup loji janakuasa arang batu mereka kerana tidak mahu berterusan menjadi punca kepanasan dunia.

Di Malaysia, kita tidak mahu belajar dari kesilapan negara maju supaya tidak meniru kesilapan mereka. Kita bertekad untuk menjadi seperti negara maju melalui Wawasan 2020 yang diwarwarkan sejak kian lama. Namun kita masih tidak mengambil iktibar supaya tidak mengikuti jejak-jejak salah. Kita sepatutnya mencontohi negara-negara maju yang giat dalam aktiviti penjagaan alam sekitar. Sedihnya negara kita masih berpegang dengan amalan-amalan yang merosakkan alam sekitar.

Membina loji janakuasa arang batu semestinya bukan cara yang baik dan efisien untuk menjana tenaga dan selain pengeluaran karbon dioksida yang begitu tinggi, loji arang batu juga punca pencemaran udara dan air. Loji janakuasa arang batu dikenalpasti punca pencemaran air dengan raksa, dan juga menyebabkan kepanasan air laut. Udara tercemar dengan habuk yang boleh merosakkan system pernafasan terutama dalam kanak-kanak muda. Raksa hasil buangan dari loji ini juga boleh menjadi penyebab bagi banyak jenis kanser.

Persekitaran kita sekarang ini telah terlalu banyak dinodai dengan racun. Racun dalam makanan melalui semburan racun serangga dan racun rumpai. Asap kenderaan mengotori udara kita yang juga menjadi punca bagi penyakit paru-paru dan penyakit jantung. Air minuman kita tercemar kerana pembuangan sampah toksik dekat sungai yang menjadi punca air minuman. Sudah cukup kita harungi dunia kini dengan berbagai racun yang mengelilingi kita. Lebih teruk sekiranya kita perokok. Patutkah kita terus lagi menerima tambahan racun dalam hidup kita dan hidup anak-anak dan cucu-cicit kita dengan membenarkan loji janakuasa dibina di tepi kampung dan bandar kita? Sudah cukup pencemaran udara dan air yang berlaku, mahukah kita menerima pula hujan asid yang juga telah dikenalpasti akibat dari loji janakuasa arang batu?

Kita diberitahu loji yang akan dibina di Sandakan adalah dari “clean coal technology”. Sebenarnya adakah teknoloji begini? Loji janakuasa arang batu tetap mengeluarkan begitu banyak gas karbon dioksida dan apakah kepastian arang batu untuk menjana tenaga ini jenis yang kurang cemar? Sekiranya boleh berlaku DUA kebocoran dalam masa 2 minggu dari kolam penyimpanan sisa-sisa /abu loji jana kuasa arang batu di Tenessee dan Alabama, USA baru-baru ini, di mana mereka mempunyai sistem kawalan yang teratur, apakah jaminan malapetaka ini tidak berlaku di sini, di mana sistem kawalan keselamatan kita masih belum memuaskan dan terjamin seperti di negara maju.

Saya berpendapat masih tidak terlewat untuk kita berusaha sedaya tenaga dan kemampuan kita untuk menghentikan loji janakuasa arang batu dibina di persekitaran bandar kita yang kita cintai. Bandar kita yang dikenali seluruh dunia sebagai Nature City yang sepatutnya kita jaga persekitaranya supaya udaranya terus nyaman, air lautnya terus berpotensi menghasilkan makanan laut yang lazat dan bersih untuk dinikmati generasi-generasi yang akan datang. Kita tidak mahu oleh kerana mahukan tenaga dari sumber arang batu, kita hancurkan alam sekitar kita dan kita gadaikan kehidupan yang seimbang, selesa dan mesra alam, mesra penduduk, mesra fauna dan mesra flora.

Exposing the Myth of Clean Coal Power
By Bryan Walsh Saturday, Jan. 10, 2009

http://www.time.com/time/health/article/0,8599,1870599,00.html

Utility grapples with two sludge spills
http://www.msnbc.msn.com/id/28594413/

TVA chief says coal ash spill was ‘catastrophe’
http://www.aol.com.au/news/story/TVA-chief-says-coal-ash-spill-was-catastrophe/1682321/index.html

Memo details TVA editing of response to ash spill
http://www.aol.com.au/news/story/Memo-details-TVA-editing-of-response-to-ash-spill/1586581/index.html


[Nota pemilik blog: Perlu diingat bahawa Dr Zorina Khalid bukanlah berasal dari Sandakan, tetapi sebagai seorang doktor, beliau sangat mengambil berat tentang kesihatan orang awam, khususnya di Sandakan.]

Kami memilih kerajaan kami supaya mereka akan mempertahankan kesejahteraan rakyat dengan mencari penyelesaian dan cara-cara yang walaupun susah, tetapi pilihan yang bijak – BUKANNYA yang senang, malas dan bahaya!!

Kami memilih kerajaan kami supaya mereka akan mempertahankan kesejahteraan rakyat dengan mencari penyelesaian dan cara-cara yang walaupun susah, tetapi pilihan yang bijak – BUKANNYA yang senang, malas dan bahaya!!

Yang Berhormat Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional di Daerah Sandakan (Negeri dan Persekutuan),


Arang Batu merupakan satu bahan yang sangat bahaya dan menjejaskan kesihatan. Pendedahan kepada pembakaran arang batu dalam jangkamasa yang panjang boleh mengakibatkan kelahiran cacat kepada generasi kita yang akan datang, menyebabkan penyakit yang memudaratkan seperti kanser dan serangan jantung, asma, meracuni air, udara dan makanan hasil laut (yang menjadikan Sandakan sangat terkenal), memusnahkan habitat-habitat perikanan dan juga hidupan liar serta alam semulajadi kita.

Saya tidak yakin bahawa sebuah syarikat swasta yang mencari untung akan membelanjakan lebih untuk mempertahankan keselamatan dan kesihatan kami selama ia menguruskan Stesen Janakuasa Elektrik Arang Batu. Apa pun, ia adalah tidak masuk akal jika saya menyerahkan nasib keluarga saya dan diri saya sendiri kepada mereka ini. Oleh itu, apa jua ‘Environmental Impact Assessment Report’ (Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar) yang sedang dijalankan (kononnya untuk menentukan sama ada projek ini ‘sesuai’ untuk Seguntor, Sandakan, atau tidak) adalah langsung tidak bermakna bagi saya dan tidak boleh dipakai.

Seperti yang dikatakan oleh Y.A.B. Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, Ketua Menteri, ketika MEMBATALKAN projek ini di Lahad Datu pada tahun 2008:

Setelah menimbang akan kebaikan dan keburukannya, Kabinet memutuskan MENOLAK cadangan ini kerana kita TIDAK MAHU MENGGADAIKAN kebajikan masyarakat di kawasan itu [di Lahad Datu] termasuk dari segi KESIHATAN DAN KESAN BURUK terhadap alam sekitar… Saya tahu sesetengah orang berkata dengan teknologi hari ini, cadangan loji itu adalah selamat dan bersih TETAPI sesetengah PAKAR juga TIDAK BERSETUJU.” (New Sabah Times, 3 April 2008)

Kalaulah kesihatan hidupan liar di Lembah Danum dan manusia di Lahad Datu adalah penting, saya percaya kami di Sandakan adalah sama penting juga.

Kalau Kerajaan Barisan Nasional Persekutuan atau Negeri turut membenarkan satu Stesen Janakuasa Elektrik Arang Batu dibina dalam kawasan 100 km dari Sandakan, dukacita dimaklumkan bahawa saya akan terpaksa menarik balik sokongan saya kepada Barisan Nasional dalam Pilihan-Pilihan Raya Umum akan datang, tak kira siapa pun calonnya – kerana begitu ramai orang dan begitu banyak generasi di Sandakan boleh diancam oleh keputusan ini. Jika Yang Berhormat, walaupun sebagai pemimpin Barisan Nasional, gagal menyakinkan rakan-rakan dalam Kerajaan BN supaya membatalkan projek ini, apa guna kami menyokong YB dari BN??

Saya memang amat bersyukur terhadap apa yang telah dicapai oleh BN untuk Sandakan setakat ini, tetapi keputusan menggunakan Arang Batu yang bahaya ini di Sandakan seumpama suatu dosa yang besar terhadap cucu-cucit kita, lebih-lebih lagi setelah ia DITOLAK di Lahad Datu.

Benar, Sandakan memerlukan sumber-sumber tenaga yang baru, tetapi ini TIDAK bermakna kami sanggup mengorbankan kesihatan kami untuk kuasa elektrik. Takut nanti, “Walaupun yang dikejar dapat, yang dikendong berciciran.” Semua orang tahu bahawa arang batu adalah satu cara yang lebih murah dan mudah – kami TIDAK perlu pemimpin kami yang bijaksana untuk memberitahu kami. Kami memilih kerajaan kami supaya mereka akan mempertahankan kesejahteraan rakyat dengan mencari penyelesaian dan cara-cara yang walaupun susah, tetapi pilihan yang bijak – BUKANNYA yang senang, malas dan bahaya!

Lagipun, terdapat banyak lagi cara-cara yang jauh lebih bersih dan selamat untuk memenuhi keperluan tenaga di Pantai Timur, Sabah, seperti meneruskan projek membina Grid yang mengalirkan elektrik dari Pantai Barat ke Timur melalui Ulu Padas—> Serudong—> Tawau; menggunakan gas semulajadi yang akan diekspot dari Kimanis, Sabah, ke Bintulu, Sarawak; kuasa elektrik hydro (air) dari Bakun, Sarawak; biomass yang menggunakan sisa tumbuh-tumbuhan seperti kelapa sawit; dan sebagainya. Cara-cara ini mungkin lebih susah, tetapi adalah menjadi kewajipan dan amanah pemimpin-pemimpin kita untuk berusaha sedaya upaya untuk mencari jalan yang sesuai dan selamat demi mebela nasib rakyat jelata.

SILALAH TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB TUAN SEBAGAI WAKIL RAKYAT/ PEMIMPIN UNTUK MENYELAMATKAN SANDAKAN DAN CUCU-CICIT KITA.

Yang Benar,

Rakyat Sandakan yang menanti-nantikan Kepimpinan yang Ikhlas dan Berwawasan

“Masalah kelahiran cacat adalah berkaitan dengan pencemaran alam sekitar, terutamanya di lapan kawasan utama ZON ARANG BATU”

“Masalah kelahiran cacat adalah berkaitan dengan pencemaran alam sekitar, terutamanya di lapan kawasan utama ZON ARANG BATU”


Kadar Peningkatan Kelahiran Cacat di China Mendadak

1 February 2009, BBC

Media Negara China melaporkan bahawa seorang pegawai kanan perancang keluarga (family planning) di Negara China telah mendapati suatu peningkatan secara mendadak kelahiran bayi dengan kecacatan. En. Jiang Fan, daripada Suruhanjaya Populasi Nasional dan Perancang Keluarga Negara China, berkata bahawa pencemaran alam sekitar adalah suatu punca peningkatan tersebut.

Pusat melombong Arang Batu di wilayah Shanxi adalah kawasan yang menghadapi masalah yang paling teruk.

Keadaan yang sama pernah dilaporkan sebelum ini di Negara China, dan ianya kurang jelas sama ada En. Jiang merujuk kepada statistik yang terkini atau sebaliknya apabila berkata demikian.

Satu laporan suruhanjaya pada tahun 2007 menyatakan bahawa kadar kecacatan telah meningkat sebanyak 40% sejak tahun 2001, iaitu daripada 104.9 bagi setiap 10,000 kelahiran kepada 145.5 dalam tahun 2006.

Pegawai-pegawai menyalahkan pengeluaran/pelepasan daripada industri arang batu dan industri kimia di Shanxi sebagai punca masalah-masalah disana.

“Masalah kelahiran cacat adalah berkaitan dengan pencemaran alam sekitar, terutamanya di lapan kawasan utama zon Arang Batu,” En. An Huanxiao, pengarah agensi perancang keluarga wilayah Shanxi berkata.

“Cadangan Pencegahan”

En. Jiang berkata, dalam setiap 30 saat, seorang kanak-kanak dilahirkan dengan kecacatan fizikal disebabkan oleh kualiti alam sekitar yang semakin buruk.

Pemberita berkata bahawa laporan menunjukkan perkembangan ekonomi yang pantas di Negara China telah mendatangkan akibat yang buruk kepada manusia.

Penyelidik juga menyalahkan pendedahan kepada nitrogen dioksida, karbon monoksida dan partikel-partikel (debu-debu) pencemar sebagai penyebab kepada peningkatan masalah kelahiran cacat ini.

“Bilangan kelahiran cacat di kedua-dua kawasan Bandar dan pedalaman meningkat secara berterusan,” suratkahabar China Daily melaporkan bahawa En. Jiang berkata demikian.

“Peningkatan yang semakin meruncing ini memaksa kami untuk melaksanakan pelan pencegahan di peringkat yang tinggi.”

Suruhanjaya telah memperkenalkan program pemeriksaan kesihatan di lapan wilayah yang mengalami keadaan yang paling teruk, kata En. Jiang.

————————————————————————–

Berita ini diterjemahkan daripada:

http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/7863290.stm

http://www.savesandakan.com/serious-birth-defects-in-newborns-every-30-secs-in-china-because-of-coal-power-plants/#more-245

Nota:

Stesen Janakuasa Elektrik ARANG BATU yang dicadangkan di Sandakan akan dibina oleh kontraktor dari Negara CHINA, menggunakan teknologi CHINA.

http://www.savesandakan.com/contract-for-coal-fired-power-plant-signed-on-2008-02-20/

Haruskah kita meyakini (confident) teknologi-teknologi yang diekspot dari Negara CHINA, standard etika (ethical standard) dan pengawalan kualiti mereka?

http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/7620382.stm

arang-batu-flyer

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan anak syarikatnya, Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), telah melobi bagi pihak Lahad Datu Energy Sdn Bhd , sebuah syarikat Pembekal Tenaga Persendirian (Independent Power Provider) untuk membina sebuah stesen janakuasa elektrik arang batu berkapasiti 300 megawatt di Sabah dengan penuh giat sejak tahun 2007 lagi. Oleh kerana usaha mereka untuk membina stesen janakuasa elektrik tersebut di Lahad Datu telah gagal, mereka kini mengalihkan tumpuan mereka untuk membina stesen janakuasa elektrik yang sama di Sandakan.

Pemimpin-pemimpin politik, badan-daban bukan kerajaan (NGOs), pemegang-pemegang saham, rakyat biasa TNB dan SESB sendiri telah memperkatakan mengenai kesan-kesan negatif stesen janakuasa elektrik arang batu. Mereka telah menyuarakan kebimbangan mengenai kemusnahan ekologi hutan dan hidupan laut, hujan asid, ketidakseimbangan biodiversity, merkuri dalam makanan, kesihatan dan kebajikan generasi akan datang, pengurangan sumber makanan, pemanasan global dan perubahan iklim, kemusnahan kawasan-kawasan tarikan pelancongan, pilihan bagi pembaharuan sumber tenaga dan alternatif lain, kesan dari segi ekonomi jika sebuah stesen janakuasa elektrik arang batu dilaksanakan dan banyak lagi isu-isu berkaitan.

Menurut laporan akhbar Daily Express bertarikh 1hb Januari 2009 yang bertajuk “ Pilih yang mana Paling Penting dalam tahun 2008”

“Cadangan pembinaan stesen janakuasa elektrik arang batu yang pada mulanya ditetapkan di Lahad Datu kini dipindahkan ke Sandakan, dimana tapak yang dicadangkan untuk membina stesen janakuasa tersebut telah menimbulkan kontroversi dikalangan badan-badan bukan kerajaan (NGOs) dan para aktivis kerana antara lain ia dikatakan terlalu berhampiran dengan Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok. Setakat penghujung tahun 2008, Kerajaan Negeri mengumumkan bahawa belum ada keputusan yang dibuat berkaitan isu tersebut.”

Perkara ini telah ditempatkan pada kedudukan ke-4 diantara 10 peristiwa teratas pada tahun 2008.

Berikut adalah 30 sebab mengapa pembinaan stesen janakuasa elektrik arang batu langsung tidak diperlukan dimana jua di Sabah.

1. …Kabinet memutuskan menolak cadangan ini kerana kita TIDAK mahu menggadaikan kebajikan masyarakat di kawasan itu [di Lahad Datu] termasuk dari segi kesihatan dan kesan buruk terhadap alam sekitarSaya tahu sesetengah orang berkata dengan teknologi hari ini, cadangan loji itu adalah selamat dan bersih tetapi sesetengah pakar juga TIDAK bersetujuKita TIDAK dapat mengambil risiko dan memusnahkan alam sekitar yang masih kekal. Kita perlu mencari sumber tenaga yang lebih mesra alam sekitar.

Datuk Seri Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah – 3hb April 2008 (New Sabah Times).

2. Walaupun CASH gembira kerana projek [stesen janakuasa elektrik arang batu] telah dibatalkan, Kerajaan mestilah berusaha untuk menjamin bahawa tiada satu pun yang dapat mengubah keputusan Kabinet di masa akan datang. Saya khuatir arahan ini tidak bertahan lama.

Datuk Patrick Sindu, Presiden, Persatuan Pengguna Sabah dan Labuan (CASH)4hb April 2008 (Daily Express)

3. Petronas akan membina stesen janakuasa gas berkapasiti 300megawatt di Kimanis dan juga merancang untuk membina industri saliran petroleum bawah tanah di Sabah

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia – 1hb Jun 2008 (The Star)

4. Lambat laun, kita terpaksa menerima hakikat dan membuat keputusan [tentang pembinaan stesen janakuasa elektrik arang batu] tetapi apa yang saya maksudkan disini ialah, kita memerlukan tenaga tetapi kita mahukan tenaga yang bersih.

- Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah – 12hb Jun 2008 (Daily Express)

5. Peruntukan sebanyak RM400 juta untuk projek tenaga solar hybrid [untuk 122 sekolah dikawasan pedalaman Sabah] diperolehi daripada peruntukan sebanyak RM950 juta yang diberikan kepada Kementerian Pelajaran, yang disediakan melalui Kajian Semula Penggal Pertengahan Pelan Malaysia ke-9.

- Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, Menteri Pelajaran Malaysia13hb Julai 2008 (Daily Express)

6. Mungkin kita patut melihat terhadap perkara ini, tetapi bukan untuk kepentingan sendiri, Bakun telah ditetapkan untuk Semenanjung Malaysia (merangkumi 415 batu laluan transmisi melalui darat, 400 juta batu lagi untuk kabel dibawah permukaan laut dan 285 batu kabel transmisi melalui darat ke Kuala Lumpur dan dimana saja di Malaysia) [Total 1,100 batu] dan di negeri Sarawak sendiri. Daripada kapasiti keseluruhan Bakun sebanyak 2,400 MW, 1,700MW telah ditetapkan untuk Semenanjung Malaysia dan yang lainnya untuk Sarawak.

- Dr. Aznan Ezraie Ariffin, Pegawai Khas (Teknikal) kepada Ketua Pegawai Eksekutif TNB. – 13hb Julai 2008 (Daily Express)

7. Para pemimpin politik kita seharusnya bersatu dan menegakkan hak-hak rakyat serta melindungi mereka daripada kumusnahan seperti [stesen janakuasa elektrik arang batu]. Kenyataan bahawa gas semulajadi kita dapat mengalir ke Bintulu, yang jauhnya 500 km tetapi tidak dapat sampai ke Sandakan, sedangkan jauhnya tidak pun sampai separuh (jarak ke Bintulu) sesungguhnya adalah karut.

- Mr. Chang Kwok Kheng, Presiden, Dewan Perniagaan Cina, Sandakan 24hb Julai 2008 (Daily Express)

8. Jika ia [stesen janakuasa elektrik arang batu] berbahaya untuk Lahad Datu, mengapa pula ia tidak berbahaya untuk Sandakan. Kebelakangan ini, dunia sedang cuba untuk mengelakkan projek sebegini, mengapa ia masih dibawa ke Sandakan? Tiada alasan untuk stesen janakuasa tersebut dibina di Sandakan, tempat eko-pelancongan yang dikenali diseluruh dunia.

- Mr. Stephen Wong Tain Fatt, Presiden, Jawatankuasa Anti Stesen Janakuasa Elektrik Arang Batu, Sandakan. – 26hb Julai 2008 (Daily Express)

9. Teknologi perangkap karbon yang boleh meminimakan risiko kesihatan hanya mungkin diperolehi dalam masa 15 ke 20 tahun lagi dan pada masa tersebut kemusnahan mungkin telah berlaku dan apa yang menyedihkan ialah kesannya terpaksa dihadapi oleh anak-anak kita yang kini tiada suara untuk membuat keputusan.

- Mr. S.M. Muthu, Pencinta Alam Sekitar27th July 2008 (Daily Express)

10. Secara umumnya, pemilihan untuk jenis sumber tenaga bagi apa jua projek stesen janakuasa adalah berpandukan beberapa criteria. [Pertama] tenaga ataupun sumber minyak sudah sedia ada atau boleh diadakan pada harga kompetetif yang berpatutan melalui satu tempoh operasi janakuasa (keselamatan pembekal sumber tenaga) -

Encik Baharin Din, Pengarah Urusan, Sabah Electricity Sdn. Bhd.27hb Julai 2008 (Borneo Post)

11. Adalah sangat penting bagi Kerajaan untuk berpandukan kepada pendapat umum berkaitan isu [projek pembinaan stesen janakuasa elektrik arang batu] ini. Kita mesti mendengar suara umum. Apa yang kita katakan tidak penting, apa yang umum (rakyat) fikir adalah penting. Pendapat majority.

- Datuk V K Liew, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Ahli Parlimen, Sandakan dan Presiden, Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP) 28hb Julai 2008 (Daily Express)

12. Saya fikir Kerajaan Negeri perlu mendapatkan pakar alam sekitar, yang tiada kepentingan dalam projek ini, yang pendapatnya akan boleh diterima oleh badan-badan bukan kerajaan (NGOs) dan rakyat. -

Datuk Raymond Tan Shu Kiah, Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Infrustuktur Negeri Sabah.31hb Julai 2008 (Daily Express)

13. Kadar nitrogen oksida yang rendah didalam udara [daripada stesen janakuasa elektrik arang batu] boleh menyebabkan gangguan pada mata, hidung, tekak dan paru-paru, mungkin menyebabkan anda batuk dan mengalami kesukaran bernafas, keletihan dan loya. Pendedahan kepada kadar nitrogen oksida yang rendah juga boleh menyebabkan cecair terbentuk didalam paru-paru dalam masa 1-2 hari selepas terdedah kepadanya. Sementara menghirup udara yang engandungi kadar nitrogen oksida yang tinggi pula boleh menyebabkan “rapid burning”, kekejangan, dan pembengkakan tisu-tisu, pembentukan cecair didalam paru-paru anda dan kematian.

- Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Sabah (SEPA)16hb Ogos 2008 (Daily Express)

14. Kebanyakan Negara seperti Jerman, UK, Eropah dan Jepun tidak menggunakan sistem pembuangan. Mereka menggunakan sistem penyejukan air tertutup yang megedar semula air yang sama pada menara penyejukan dan untuk penggunaan semula dan supaya ia tidak melibatkan pembuangan sisa buangan toksik air kedalam laut.

- Mr. Gary Yapp, Ketua Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Sabah (SEPA), Tawau.14hb September 2008 (Daily Express)

15. Saya sangat bersimpati terhadap keperluan tenaga di Pantai Timur tetapisebagai seorang pencinta alam sekitar, saya memohon untuk rakyat secara diplomasi untuk satu keputusan yang demokratik keatas perkara ini.

- Ms. Nilakrisna James, Ketua, Jawatankuasa Perubahan Iklim, Persatuan Peguam-Peguam Sabah4hb Oktober 2008 (Daily Express)

16. Penolakan tapak di Lahad Datu [bagi stesen janakuasa elektrik arang batu] pada April tahun ini oleh Kerajaan Negeri menjadikan ianya tidak logik bagi sesiapa jua untuk menerima Sandakan sebagai tapak pembinaan yang baru. Sandakan hanya 2 jam perjalanan dari Lahad Datu.

- Datuk Seri Yong Teck Lee, Presiden, Parti Progresif Sabah (SAPP)8hb Oktober 2008 (Daily Express)

17. Ya, terutamanya untuk Sabah, tenaga solar sangat memberi harapan. Sabah mungkin memperolehi banyak cahaya matahari, tetapi ramai yang meragui tentang memerangkapnya. Sudah tentu anda boleh memerangkapnya. Itu lebih banyak berlaku. Tetapi, pelaburan adalah lebih mahal. Semuanya bergantung kepada skala projek. Sesetengah projek boleh menjadi sangat menarik.

- Mr. Antonio Garcia, Kaunselor Ekonomi dan Perdagangan bagi Kedutaan Spain, semasa lawatannya ke Sabah– 16hb Oktober 2008 (Daily Express)

18. Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkata bahawa ia tidak dapat menurunkan kadar tariff elektrik kerana harga arang batu, yang meliputi 60% daripada kos penjanaan kuasanya, masih kekal diatas USD75 (RM250) bagi setiap tan metric. 60% daripada tenaga yang kita perolehi adalah dijanakan daripada gas dan 30% arang batu, tetapai dari segi kos, arang batu memakan belanja sebanyak 60% dan gas hanya 40%.

- Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tenaga Nasional Berhad (TNB). – 17hb Oktober 2008 (Daily Express)

19. Pencemaran udara telah mencapai tahap kritikal. Pada bila-bila masa saja, disebabkan oleh pencemaran udara, anak-anak kita tidak akan dapat merasai keseronokan walaupun untuk perkara termudah seperti bermain di taman permainan. Ingatlah, setiap kali kita membenarkan pembakaran dan kepulan asap, kita mencemarkan udara dan mengurangkan satu kegembiraan, hari yang bebas tanpa masalah dalam kehidupan kanak-kanak yang tidak mengetahu apa-apa disekeliling mereka ini.

- Kementerian Sumber Tenaga Asli dan Alam Sekitar, siri-siri iklan. – 21hb Oktober 2008 dan seterusnya (Daily Express dan Borneo Post)

20. Malaysia tidak akan menhadapi kekurangan tenaga elektrik sehingga tahun 2012 setelah mengambil kira magin rizab elektrik negara yang tinggi. Kadar rizab 42% yang terkini dijangka akan meningkat sebanyak 5% menjadikannya 47% apabila stesen janakuasa Jimah di Negeri Sembilan mula beroperasi.

- Datuk Shaziman Abu Mansor, Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi Malaysia 23hb Oktober 2008 (Daily Express)

21. Masanya telah tiba untuk kita betul-betul membangunkan kemampuan Negeri untuk menguruskan kawasan-kawasannya yang dilindungi. Ini adalah sesuatu yang tidak pernah kita fikirkan sekian lama dan terdapat keperluan sebenarnya untuk kita betul-betul membangunkan kemampuan kita untuk menguruskan kawasan-kawasan kita yang dilindungi.

Dr. Abdul Hamid Ahmad, Institute of Tropical Biology and Conservation Director, Universiti Malaysia Sabah.23hb Oktober 2008 (Daily Express)

22.   Walaupun banyak bandar-bandar yang mendapat bekalan yang cukup [dengan tenaga elektrik], kawasan pedalaman – terutamanya yang terpencil, terasing, dan dispersed riverine of hill communities – menghadapi prospek yang kabur untuk dapat disambungkan dengan national grid.

- Ms. Lilei Chow, Program Pembangunan UN.26hb Oktober 2008 (New Sunday Times)

23. Kami mempunyai maklumat bahawa SESB telah menempah dan memagar seluas 500 ekar tanah di tapak POIC di Teluk Seguntor, Sandakan, yang hanya 6km dari Pusat Orang Utan Sepilok. Kami ingin mngetahui mengapa SESB sangat kreatif tentang perkara ini walaupun mereka telah menjanjikan proses EIA yang telus kerana selama ini mereka telah menafikan bahawa kawasan yang sesuai telah dikenalpasti. -

Mr. Wong Tatt, Presiden, Persatuan Perlindungan Alam Sekitar, Sabah (SEPA).2hb November 2008 (Daily Express)

24. Sabah dikenali dengan hutannya yang luas dan indah. Kita ada Gunung Kinabalu dan kita juga ada pantai-paintai yang cantik yang menjadi tarikan pelancong. Dengan pembukaan taman ini di Taman Rimba Sandakan, ia pastinya akan menjadi salah satu lagi tempat yang popular bagi penduduk Sandakan untuk bersenam dan beristirehat.

- Datuk Peter Pang En Yin, Menteri Belia dan Sukan Sabah.2hb November 2008 (Borneo Post)

25.   Dari segi pendapat sains geo yang ringkas, persoalannya bukanlah sama ada tenaga yang boleh diperbaharui akan dapat menggantikan bentuk pengeluaran tenaga yang sedia ada, persoalannya ialah bilakah ia akan dapat digantikan.

- Prof. Dr. Jorgen Bohner, Institute of Geography, Hamburg University semasa lawatannya ke Sabah. 4hb November 2008 (Daily Express)

26.   Saya komited terhadap terhadap hasrat parti dan rakyat Sabah untuk melihat saluran paip gas Petronas dari Kimanis, Sabah ke Bintulu, Sarawak. Pertamanya, sebagai penyalur bahan aktiviti bawah tanah (di Sabah) dan ia juga boleh digunakan untuk menjana elektrik supaya Sabah mempunyai bekalan tenaga yang mencukupi.

Tan Sri Bernard Dompok, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan PresidenUnited Momogun Kadazandusun Murut Organization (UPKO). – 7hb November 2008 (Daily Express)

27. Bahagian bawah Kinabatangan-Segama juga adalah salah satu daripada lima tapak Ramsar di Malaysia. Sijil Antarabangsa Ramsar ialah penghargaan tertinggi bagi pemuliharaan kawasan perairan. Dalam hal ini, kita bukannya memperkatakan tentang pengeksploitasian tetapi lebih kepada pemuliharaan, biodiversity, penambah-baikkan, penyelidikan, penjagaan hidupan liar yang terdapat disana dan juga apakah preskripsi yang diperlukan dalam usaha untuk memastikan kewujudannya, kualiti pengurusan dan kualiti hutan-hutan tidak akan diburukkan oleh campur tangan manusia.

Datuk Sam Mannan, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri. – 8hb November 2008 (Daily Express)

28. Pelan untuk membangunkan industri petrokimia di Sabah bukanlah sesuatu yang baru difikirkan tetapi ianya adalah hasil daripada kajian terperinci yang dijalankan semenjak tahun 2006 dan Kerajaan Negeri terlibat sepenuhnya dalam perkara ini. Setakat ini, bagi penggunaan gas untuk Sabah, kami (Petronas Gas BErhad) telahpun menandatangani satu perjanjian usaha sama dengan Yayasan Sabah untuk membina sebuah kombinasi kitaran 300MW stesen janakuasa (berasaskan gas). Ini akan tersedia apabila gas telah sampai di Kimanis.

- Tan Sri Mohd. Hassan Marican, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Petronas Bhd.16hb November 2008 (Daily Express)

29.   Dua cabaran terbesar yang dihadapi oleh rakyat Malaysia pada hari ini adalah pemanasan global dan sumber asli. Diantara keduanya, perhatian kita perlu diutamakan kepada perubahan cuaca.Pemanasan global keatas planet bumi kita adalah ibarat seorang yang mengalami demam yang tidak akan merasa sihat apabila suhu badannya meningkat daripada 30 darjah Celcius kepada 37 darjah Celcius.

- Dr. Abu Hanifah Azit, Principal Engineer of Energy Efficiency and Renewable Energy Division, Tenaga Nasional Berhad (TNB). – 27hb November 2008 (Daily Express)

30.   Kerajaan perlu memberikan tumpuan kepada konsep pelancongan secara keseluruhannya dengan mengadakan promosi produk pelancongan dalam dan luar Negara. Sabah berkemampuan untuk diketengahkan sebagai salah satu pusat pelancongan yang eksotik bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di kawasan Asia Tenggara.

- Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri Pelancongan Malaysia. – 30hb November 2008 (Daily Express)

Kesemua kenyataan diatas dan banyak lagi yang tidak menyokong stesen janakuasa arang batu telah dikeluarkan di surat khabar tempatan dan juga nasiinal seperti yang tertera pada tarikh yang disebutkan.

Memang pastinya terdapat beberapa artikel yang telah ditulis dan komen-komen mengenai apa yang disebut sebagai stesen janakuasa “teknologi arang batu yang bersih”. Namun, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman telah disebut sebagai berkata “Saya tahu sesetengah berpendapat bahawa dengan teknologi pada hari ini, rancangan untuk membina stesen janakuasa adalah selamat dan bersih tetapi sesetengah pakar juga tidak bersetuju dan berpendapat sebaliknya.”

Kebanyakan cerita yang menyokong stesen janakuasa arang batu adalah retorik yang sama dengan cerita lapuk bagaimana Negara-negara lain menggunakan stesen janakuasa arang batu untuk menjanakan tenaga. Walaubagaimanapun, mereka dengan cerdiknya tidak menyebut langsung mengenai kesan-kesan negatif pembakaran arang batu dan juga kemusnahan yang boleh berlaku keatas alam sekitar dan kesihatan manusia.

Disebalik semua alasan yang diberikan oleh para pemimpin kita, pakar-pakar dan pemegang-pemegang saham, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) masih juga bertungkus lumus untuk membina stesen janakuasa arang batu untuk kepentingan pihak-pihak tertentu. Adalah sesuatu yang amat menyedihkan sekiranya usaha TNB/SESB ini berhasil.

Penulis: Gengadharan Govinda Pillai (Tel: 013-8837370)24hb Januari 2009

Artikel berkaitan:

  1. TheStar: Public Yes needed for coal-fired power plant The STAR Tuesday December 2, 2008 Public Yes needed for…
  2. CALL ON ALL YBs TO EXECUTE THE PEOPLE’S WISHES AND DESIRE FOR CLEAN ENERGY AND NO COAL-FIRED POWER PLANT Download in PDF Format: http://rapidshare.com/files/176282238/N1220A1p.pdf CALL ON ALL YBs…
  3. Attention : TNB & SESB , public want clean energy and NOT coal fired power plant ! Study on Sabah wind power potential  Kota Kinabalu: A professional…
  4. Transparency Needed on Coal-Fired Power Plant! “More discussions, forums and seminars on coal-fired power plant”, said…
  5. Denial or Truth ? ? ? Christmas Present for 2008 ?  State EPU : Confirm Coal.
Keputusan yang Bijak dan Tepat-Cadangan Guna Tenaga ARANG BATU DITOLAK

Keputusan yang Bijak dan Tepat--Cadangan Guna Tenaga ARANG BATU DITOLAK di LAHAD DATU, New Sabah Times, 3 April 2008

Kabinet Sabah LEBIH Mengutamakan Kesihatan BINATANG LIAR dan Pendudk LAHAD DATU??

Kabinet Sabah LEBIH Mengutamakan Kesihatan BINATANG LIAR dan Pendudk LAHAD DATU??

CADANGAN GUNA TENAGA ARANG BATU DITOLAK

New Sabah Times, Khamis, 3 April 2008, Muka Depan

KOTA KINABALU: Kabinet Negeri kelmarin mengarahkan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Tenaga Nasional Berhad agar TIDAK meneruskan loji bekalan tenaga ARANG BATU di Silam sebaliknya mencari alternatif sumber tenaga LAIN dan tapak baru.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman berkata Mesyuarat Kabinet kelmarin memutuskan kedua-dua syarikat itu MEMBATALKAN cadangan itu yang BOLEH MENJEJASKAN kesihatan dan [melenyapkan] kebimbangan penduduk yang tinggal di kawasan itu dan juga pelbagai pencinta alam yang terdiri dari badan-badan bukan kerajaan.

Setelah menimbang akan kebaikan dan keburukannya, Kabinet memutuskan MENOLAK cadangan ini kerana kita TIDAK MAHU MENGGADAIKAN kebajikan masyarakat di kawasan itu termasuk dari segi KESIHATAN DAN KESAN BURUK terhadap alam sekitar,” ktatnya dalam satu kenyataan kelmarin.

[Komen: Tetapi Kerajaan sanggup MENGGADAIKAN kebajikan dan kesihatan masyarakat SANDAKAN??]

Beliau juga berkata cadangan tapak pembinaan loji itu juga berdekatan dengan kawasan perlindungan seperti Lambangan Maliau, Teluk Darvel, Danum Valley, Ulu Segama, yang mana kawasan-kawasan ini mempunyai ekosistem sensitive yang [bernilai?] tinggi dan kebanyakannya daripadanya masih dalam keadaan asli.

[Komen: Sama juga dengan Hutan Simpanan Asli Kabili-Sepilok di SANDAKAN!!]

“Kita juga TIDAK membenarkan loji seumpama itu dibina kerana kawasan perlindungan ini juga akan digunakan untuk ECOTOURISM (eko pelancongan) di bawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC).”

[Komen: Bagaimana pula dengan Sepilok dan tempat-tempat pelancongan Ecotourism yamng terkenal di sekitar SANDAKAN?!]

Beliau berkata dengan membenarkan cadangan itu diteruskan ia BERCANGGAH dengan salah satu prinsip yang digariskan di dalam pembangunan SDC, iaitu untuk memastikan perkembangan yang berkekalan melalui PEMULIHARAAN alam sekitar.

Musa juga berkata Tenaga Nasional Berhad juga diminta untuk mencari SUMBER TENAGA LAIN SELAIN DARI ARANG BATU.

Saya tahu sesetengah orang berkata dengan teknologi hari ini, cadangan loji itu adalah selamat dan bersih TETAPI sesetengah PAKAR juga TIDAK BERSETUJU.”

[Komen: Betul! Sebab itulah apa jua Penilaian “Environmental Impact Assessment Report” yang sedang dijalankan adalah tidak bermakna dan tidak boleh dipakai!!]

Tetapi setelah memberikan pertimbangan dengan teliti, kita TIDAK DAPAT MENGAMBIL RISIKO dan MEMUSNAHKAN alam sekitar yang masih kekal. Kita perlu mencari SUMBER TENAGA YANG LEBIH MESRA ALAM SEKITAR.

[Komen: Tepat sekali, Y.A.B.!!]

Beliau juga berkata pembekal-pembekal tenaga ini juga diminta mencari tapak alternatif selain dari Teluk Darvel.

Musa berkata Teluk Darvel mempunyai hidupan marin yang [bernilai?] tinggi dan ia dianggap sebagai Punca Evolusi Batu Karang (Cradle of Coral Evolution) oleh [sainstis] selepas membuktikan bahawa lokasi itu mempunyai batu karang yang dating dari Great Barrier Reef di Australia

“Kita masih mempunyai alam sekitar yang masih belum disentuh. KITA TIDAK BOLEH MEMPERDAGANGKAN alam sekitar untuk kemajuan yang BOLEH MENGANCAM MASA DEPAN pencinta-pencinta keindahan alam semula jadi generasi Sabah akan datang,” katanya.

[Komen: Memang Betul! Kita SOKONG, Y.A.B.!!!]

————————————————————————————— Soalan-Soalan Kami:

Syarikat yang akan menguruskan Stesen Janakuasa Elektrik ARANG BATU di Sandakan bernama **LAHAD DATU** Energy Sdn Bhd. Ini jelas menunjukkan bahawa Stesen Janakuasa Elektrik ARANG BATU ini pada asalnya ditetapkan di LAHAD DATU, BUKAN SANDAKAN!

Kalaulah ‘clean coal technology’ (teknologi arang batu ‘yang bersih’) adalah betul-betul Bersih dan Selamat — Stesen Janakuasa Elektrik ARANG BATU harus diteruskan di LAHAD DATU. Kalau ia betul-betul ‘bersih’, kenapa pula ia DIBATALKAN — dan dipindahkan ke SANDAKAN??

Kalau Arang Batu sudah dianggap tidak sesuai untuk Lahad Datu, kenapa pula MESTI diterima oleh penduduk-penduduk SANDAKAN??

Adakah Nyawa dan Kesihatan MANUSIA yang tinggal di SANDAKAN KURANG BERNILAI?!

Sudikah Anda Menjadi JIRAN kepada Stesen Janakuasa Elektrik ARANG BATU?? (sila 'klik' peta ini untuk membesarkannya/enlarge)

Sudikah Anda Menjadi JIRAN kepada Stesen Janakuasa Elektrik ARANG BATU?? (sila 'klik' peta ini untuk membesarkannya/enlarge)

Adalah jelas bahawa jarak di antara lokasi yang dicadangkan untuk Stesen Janakuasa Elektrik ARANG BATU di Seguntor adalah TERLALU DEKAT dengan tempat-tempat kediaman kebanyakan penduduk Sandakan, Hutan Simpanan Kabili Sepilok dan Sepilok, dll. Ia hanyalah kurang daripada 15 km dari Pusat Bandar Sandakan!

Dan ia hanya TIDAK MELEBIHI:

**3km dari Batu Sapi!!

**4km dari Taman Mawar/ Sibuga/ Kompleks Sukan!!

**7km dari Karamunting/ Kg Bokara/ Kg Air/ Tmn Tyng/ Tmn IJM/ Tmn Indah/ Pasar Batu 8/ Golf Club!!

**10km dari Tmn Fajar/ Bdr Kim Fung/ Tmn Pak Tak/ Tmn Khong Lok/ Airport!!

**15km dari Pusat Bandar Sandakan/ Gum-Gum/ Sim-Sim/ BDC!!

(Termasuk Sekolah-Sekolah, Kedai-Kedai, dan Pejabat-Pejabat di dalam kawasan-kawasan tersebut!!)

Sedangkan debu-debu dan bahan-bahan berbahaya yang dilepaskan dari stesen janakuasa elektrik arang batu boleh, dengan mudahnya, mencemar kawasan-kawasan lain yang BERATUS BATU JAUH apabila dibawa angin!! (menurut perenggan 4 Artikel ini)

ARANG BATU boleh MEMUDARATKAN Seluruh Sandakan (dan juga kawasan-kawasan yang berhampirinya, seperti Beluran, Telupid, Lahad Datu, dll)!!

Penulis: OC

Posted by: sandakan | February 4, 2009

BERSATU KITA MEMBANTAH!

JANGAN BERSIKAP TIDAK MENGAMBIL PEDULI
BERSATU KITA MEMBANTAH KILANG PEMBAKARAN ARANG BATU

2001093402023803138_rs

Akibat Pencemaran Kilang Pembakaran Arang Batu di Negara China

Penulis : RL

Bukan semua tetapi kebanyakkan manusia mempunyai sikap tidak mengambil peduli dan berkepentingan sendiri. Tetapi saya pasti kita semua mempunyai satu matlamat yang sama iaitu mempunyai satu Bumi yang bersih, bukan untuk generasi kita tetapi untuk masa depan anak-anak dan cucu kita. Kita tidak “memiliki” Bumi yang dulunya indah ini, kita hanya “meminjam” Bumi ini buat sementara kita masih hidup. Anak-anak dan cucu kita yang akan menyambung “peminjaman” ini. Oleh yang demikian, adalah tanggungjawab kita untuk memastikan Bumi ini bersih dan tidak tercemar atas kelakuan kita.

Jangan lah kita mempunyai sikap yang buruk ini (sikap tidak mengambil peduli dan berkepentingan diri). Kita harus bersuara dan membantah sesuatu “kerja” yang tidak betul demi kepentingan masa depan anak-anak kita. Kerja-kerja yang berkepentingan seseorang atau sekelompok manusia tidak harus berlaku. Pembinaan kilang pembakaran arang harus dibantah. Kita mempunyai pelbagai cara yang lain untuk menghasilkan tenaga elektrik seperti gas semulajadi, matahari (tenaga suria), air (tenaga hydro) dan angin. Kesemua ini adalah penghasil tenaga yang bersih.

cs_03_fmt

Rumah menggunakan tenaga cahaya matahari(Tenaga suria)

Mengapa kita harus menggunakan tenaga pembakaran arang batu? Teknik ini akan menyebabkan pencemaran udara dan air yang mana udara dan air merupakan keperluan asas manusia terutamanya mereka yang tinggal berdekatan dengan sungai untuk menampung kehidupan seharian.

Pencemaran udara dan air di Amerika Syarikat dan China, sebagai contoh, sudah tidak mungkin lagi dikawal. Mengapa kita harus mengikuti jejak langkah mereka? Anak-anak telah dilahirkan setiap tahun dengan tidak normal ataupun mati akibat daripada pencemaran yang melampau. Sudah pasti salah satu pencemaran adalah disebabkan oleh kilang-kilang pembakaran arang batu yang dibina secara berleluasa.

Bayangkan betapa bahayanya pecemaran yang akan dihasilkan oleh kilang-kilang pembakaran arang batu ini. Kilang pembakaran arang batu adalah merbahaya. Ia boleh mengakibatkan:-

• Kanser
• Penyakit paru-paru
• Masalah pernafasan yang serius
• Asma
• Kelahiran bayi yang tidak normal/kematian
• Pemanasan global
• Kematian dan keracunan hidupan laut seperti ikan-ikan
• Hujan Asid
• Kemusnahan hutan rimba

Marilah kita sama-sama berganding bahu dan bersatu membantah pembinaan kilang tenaga pembakaran arang batu demi masa depan anak-anak dan cucu kita semua. Bumi kita sudah cukup sakit dan tenat, janganlah kita menambahkan kesakitan dan ketenatan Bumi kita lagi. Jangan tidak mengambil peduli dan ringan terhadap keadaan sekarang. Jika satu kilang pembakaran arang batu dibina, sudah pasti kilang and kedua, ketiga dan seterusnya akan di bina. Gunakan cara lain seperti cahaya matahari, air dan angin.

Posted by: sandakan | January 22, 2009

Soalan-soalan Kerap Ditanya

SOALAN-SOALAN YANG SERING DITANYA

Jika kita tidak membina kilang tenaga pembakaran arang batu, adakah ia akan mengakibatkan kita mengalami kekurangan tenanga elektrik dan merosakkan masa depan tenaga?

Arang batu merupakan satu penghasilan tenaga yang sangat tidak berkesan. Malah hanya 33% keberkesanannya dapat dilihat keatas peruta kilang pembakaran arang di Amerika Syarikat.Ini boleh menunjukkan betapa bazirnya bahan mentah itu. Terdapat banyak tenaga lain yang boleh digunakan untuk menjamin masa depan kita yang lebih bersih, sihat bagi memuaskan keperluan tenaga kita berbanding dengan pembakaran arang. Kita boleh membuat pelaburan yang lebih dengan meningkatkan tahap teknologi kita dan mengitar semula yang mana ia tidak mengakibatkan masalah kesihatan yang serius dan pencemaran pemanasan global.

Apa yang boleh dilakukan supaya arang batu boleh memainkan peranan yang lebih bersih dan sihat untuk meghasilkan tenaga masa depan?

Kilang pembakan arang batu tidak mempunya apa-apa peranan dalam “pembersihan”-sebagai pengeluar racun tosik yang meliputi pencemaran pengeluarannya sebanyak 40% karbon dioksida di Amerika Syarikat, kilang pembakaran arang batu merupakan pengeluar tenaga yang paling kotor setakat ini. Kita tidak seharusnya melibatkan diri lagi dalam pembakaran arang batu dan membersihkan kilang-kilang yang sudah dibina dimana ia adalah pencemar utama. Tenaga yang bersih dan tulen masa depan adalah melalui cara yang pintar seperti keberkesanan dan kitar semula, bukan dengan arang batu yang kotor.

Bukan kah arang batu merupakan tenaga yang menjimatkan, menghasilkan tenaga pada harga separuh daripada bahan api lain?

Kenyataan tersebut adalah tidak benar. Harga arang batu telah meningkat secara mendadak sejak tahun kebelakangan ini dan kos pembinaan kilang pembakaran arang adalah melebihi 50%. Bayangkan “kos” lain yang berkaitan dengan arang batu : Dari penyakit paru-paru sehingga ke kehilangan gunung-ganang disebabkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab tanpa meghiraukan kesihatan dan alam semula jadi. Ini adalah kos-kos yang tidak dapat dilihat dan terkira. Undang-undang masa depan bagi mengurangkan pembebasan karbon dioksida juga akan meningkatkan kos arang batu. Pembinaan kilang tenaga pembakaran arang batu adalah merupakan satu pelaburan yang sangat tidak berkesan bagi masa depan berbanding dengan kos keberkesanan dan kitar semula.

Tidakah penggunaan arang batu akan mengurangkan keperluan kita pada minyak tenaga?

Walaupun terdapat kilang-kilang arang batu ke cecair sejak perang dunia ke-2, kebenarannya adalah cecair arang batu adalah merupakan cara yang tidak praktikal bagi mengurangkan keperluan kita pada minyak tenaga. Kos kilang cecair arang batu adalah sangat tinggi dan kompleks, memerlukan pelaburan yang tinggi untuk menghasilkan hanya segelintir minyak sintetik. Bagi menggantikan hanya 10% minyak tenaga dengan cecair arang batu memerlukan peningkatan sebanyak 40% dalam perlombongan arang batu, dan seterusnya akan meningkatkan lagi kesan buruk terhadap komuniti seluruh Negara. Pembakaran cecair arang batu akan menghasilkan dua kali ganda pembebasan pemanasan global. Kita harus melabur dalam perkara yang berkesan untuk mengurangkan keperluan kita kepada minyak tenaga dan bukan MEMBAZIR WANG CUKAI kita dengan pembinaan kilang-kilang arang.

• Terjemaan (sebahagian) ini dipetik daripada http://www.sierraclub.org/coal/faq/

Posted by: sandakan | January 19, 2009

Kekotoran Pembakaran Arang Batu

KEKOTORAN TENAGA PEMBAKARAN ARANG BATU

85347932ef21e3464

Kita menggunakan tenaga elektrik dalam kehidupan seharian kita, sehingga hampir tanpa memikirkan cara penggunaanya – seperti menyalakan lampu rumah, mendengar radio, dan menggunakan komputer. Jika kita berhenti dan cuba mengetahui tentang tenaga yang kita gunakan, kita akan terkejut dengan hakikat bagaimana tenaga yang dihasilkan boleh memudaratkan kesihatan kita dan alam semulajadi.

Dari manakah datangnya Sumber Tenaga Kita?

1.     Dengan adanya teknologi canggih yang berterusan sejak berabad dahulu, terdapat satu perkara yang tidak pernah berubah iaitu keperluan pembakaran bahan mentah fosil, terutamanya, pembakaran arang batu yang kotor untuk menghasilkan tenaga elektrik. Lebih dari separuh tenaga elektrik Amerika Syarikat adalah dihasilkan oleh arang batu. Pengeluar tenaga terbesar ini juga merupakan salah satu sumber tenaga elektrik yang paling kotor.

Stesen janakuasa elektrik yang Lebih Lama adalah Lebih Kotor

2.     Semasa Akta Udara Bersih** pada 1970-an diluluskan, Congress [Parlimen Amerika Syarikat] memasukkan satu peruntukan yang membolehkan stesen-stesen janakuasa elektrik arang batu yang lama untuk mengelakkan daripada memuaskan standard/piawaian pengawalan pencemaran yang moden, yang mesti dipatuhi oleh stesen-stesen yang baru. Pada masa itu, Congress membolehkannya kerana ia mengharapkan supaya stesen-stesen lama tersebut akan berhenti beroperasi tidak lama selepas itu dan digantikan oleh stesen-stesen baru yang lebih bersih. Walaubagaimanapun, banyak daripada stesen-stesen janakuasa elektrik arang batu telah mengenepikan peruntukan-peruntukan undang-undang yang berkaitan dan telah mengelakkan, secara haram, daripada memasang pengawalan pencemaran moden. Akibatnya, hari ini, kebanyakkan stesen-stesen janakuasa elektrik berusia di antara 30-50 tahun dan adalah 10 kali lebih kotor daripada stesen janakuasa yang baru. Kini, kita terpaksa berhadapan dengan jumlah pencemaran yang tidak terkawal yang berpunca daripada stesen-stesen janakuasa yang lama, kotor dan tidak terkawal ini.

[**Nota: Malaysia dan Sabah tidak mempunyai sebarang undang-undang yang mengawal kualiti udara secara khusus. Undang-undang yang sedia ada mengenai alam sekitar tidak mempunyai standard yang ketat, dan  adalah tidak  jelas sama ada ia dikuatkuasakan dengan tegas.]

Stesen janakuasa elektrik Arang Batu dan Pencemaran Udara.

3.     Stesen janakuasa elektrik (power plants) merupakan suatu sumber pencemaran yang besar, di mana pengeluaran pencemaran sulfur dioksida daripada tenaga arang batu merangkumi 59% dan 18% nitrogen oxides daripada keseluruhan pencemaran setiap tahun di Amerika Syarikat. Stesen-stesen janakuasa elektrik arang batu juga merupakan pencemar terbesar dalam menghasilkan pencemaran tosik merkuri, udara yang berbahaya dan beracun, dan menghasilkan 50% pencemaran debu. Selain daripada itu, stesen-stesen janakuasa elektrik juga menghasilkan lebih daripada 40% daripada keseluruhan penghasilan karbon dioksida di Amerika Syarikat, dan ia merupakan faktor utama pemanasan global.

Udara berhabuk and Ozon.

4.     Stesen-stesen janakuasa elektrik merupakan pengeluar Nitrogen Oksida (NOx) yang kedua terbesar selepas automobil. Apabila NOx bertindak dengan kompoun organik yang sentiasa berubah/volatile (VOCs) dan cahaya matahari, udara berhabuk (ozon di paras bumi/ground level) akan terhasil. Di antara enam (6) pencemar udara utama yang dikawal oleh Agensi Pelindung Alam Sekitar Amerika Syarikat, pengeluaran NOx merupakan pencemar yang paling sukar dikawal. Salah satu faktor yang menyumbang terhadap perkara ini ialah kerana pengeluaran NOx dari stesen-stesen janakuasa elektrik arang batu kotor dan besar di suatu kawasan boleh, dengan mudahnya, mencemar kawasan-kawasan lain yang BERATUS BATU JAUH** apabila dibawa angin. Persatuan Paru-paru Amerika Syarikat menganggarkan hampir separuh – iaitu 48% atau 140.5 juta – penduduk Amerika tinggal di kawasan-kawasan yang mempunyai udara berhabuk yang tidak sihat.

[**Nota: Ini bermakna, jika stesen janakuasa elektrik arang batu dibina di Sandakan, ia juga akan mengancam kesihatan penduduk-penduduk di Bandar yang lain, seperti Lahad Datu, Beluran, Kinabatangan, Telupid, Tawau dan Semporna.]

5.     Apabila kita bernafas, udara berhabuk boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan termasuk tanda-tanda awal seperti kesukaran bernafas, sakit dada, semput, serta meningkatkan kecenderungan mendapat masalah-masalah pernafasan yang lain. Udara berhabuk juga boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius seperti peningkatan risiko mengalami serangan asma dan jangkitan paru-paru. Baru-baru ini, para saintis telah mengesahkan bahawa udara berhabuk boleh membawa maut. Udara berhabuk mengancam kita semua, terutamanya kanak-kanak, orang-orang tua, dan mereka yang mempunyai masalah-masalah pernafasan.

6.     Malahan, Taman Negara kita juga tidak terlepas daripada pencemaran udara berhabuk dan ozon yang disebabkan oleh stesen-stesen janakuasa elektrik arang batu. Terdapat banyak Taman Negara yang mengalami ‘udara yang kurang sihat’ pada hari-hari tertentu, dan keadaan ini bertambah teruk dari masa ke semasa. 22 daripada 31 tempat pemantauan Perkhidmatan Taman Negara mendapati bahawa paras udara berhabuk telah meningkat sejak 1990. Pencemaran ozon yang berterusan ini boleh memudaratkan tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran dengan merosakkan daun-daun dan menganggu pertumbuhannya. Bersama dengan pencemar-pencemar yang lain, nitrous oksida juga boleh mengubah struktur tanah dan air secara kimia yang mengakibatkan pengasidan dan masalah-masalah serius lain yang memudaratkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan-hidupan liar.

Pencemaran Partikel/Debu dan Debu-Debu Halus.

7.     Stesen-stesen janakuasa elektrik arang batu juga merupakan penghasil terbesar Sulfur Dioksida (SO2), yang mengeluarkan lebih kurang 2/3 daripada jumlah pencemaran SO2 setiap tahun. SO2, yang boleh bergerak jauh dalam lapisan udara (atmosfera) sebelum jatuh ke Bumi, boleh, dengan sendirinya, mendatangkan masalah, serta apabila ia bergabung dengan bahan-bahan pencemar yang lain untuk membentuk kompoun yang berbahaya. Selain daripada hujan asid (lihat di bawah) SO2 boleh bergabung dengan NOx dan debu-debu lain untuk membentuk bahan partikel/debu (particulate matter) yang kadang kala dipanggil debu-debu halus (soot). Bahan partikel/debu, yang boleh dilepaskan dari kepulan asap stesen-stesen janakuasa elektrik arang batu, biasanya dibahagikan kepada tiga jenis berdasarkan saiz debu: kasar (coarse), halus (fine), dan sangat halus (ultrafine) – tetapi ketiga-tiga jenis ini adalah berbahaya terhadap kesihatan anda dan alam sekitar.

8.     Pencemaran partikel/debu adalah salah satu bahan pencemaran udara paling berbahaya, dan lebih 64 juta orang Amerika Syarikat dijangka akan menyedut udara yang mengandungi pencemaran partikel/debu dan ini membahayakan kesihatan mereka. Pencemaran partikel/debu boleh menyebabkan serangan jantung dan strok yang seterusnya menyebabkan degupan jantung yang tidak menentu (cardiac arrhythmia), menyebabkan kesukaran bernafas dan memburukkan penyakit lelah atau asma. Pendedahan terhadap pencemaran partikel/debu, sama ada dalam jangkamasa pendek atau jangkamasa panjang, kedua-duanya boleh menyebabkan kematian terlalu awal (premature). Malah, pencemaran partikel/debu daripada stesen janakuasa di Amerika Syarikat telah menyebabkan kematian lebih daripada 30,000 orang setiap tahun – satu angka yang amat menggerunkan jika dibandingkan dengan hanya sejumlah 17,000 orang yang dibunuh setiap tahun. Dengan mengurangkan penghasilan pencemaran setesen janakuasa arang batu sebanyak 75%, ia dapat mengelakkan lebih daripada 18,000 kematian yang disebabkan oleh pencemaran partikel/debu.

9.     Selain daripada kesannya terhadap kesihatan, pencemaran partikel/debu juga adalah punca utama jerebu, ataupun penurunan jarak penglihatan di Amerika Syarikat termasuk di Taman-Taman Negara. Kawasan berjerebu yang disebabkan oleh pencemaran partikel/debu yang dibawa oleh udara telah menurunkan purata tahunan jarak penglihatan di Amerika Syarikat daripada keadaan biasa kepada hanya lebih kurang 1/2 daripada jarak penglihatan biasa di bahagian barat dan kepada hanya 1/3 daripada jarak penglihatan biasa di bahagian timur.

Hujan Asid.

10.     Hujan asid berlaku apabila SO2 dan NOx bertindak-balas dengan air dan oksigen di dalam udara dan menghasilkan kompaun berasid, kebiasaannya dikenali sebagai asid sulfurik dan nitrik. Kompaun asid ini kemudiannya akan bergabung dengan bahan-bahan sedia ada dan jatuh ke Bumi sebagai hujan asid, atau kekal kering dan jatuh ke Bumi. Di Amerika Syarikat, stesen-stesen janakuasa elektrik arang batu merupakan pencemaran SO2 terbesar iaitu 66%, dan merupakan penyebab kedua terbesar penghasilan pencemaran NOx.

11.    Hujan asid merosakkan ekosistem, termasuk sungai-sungai dan kolam-kolam, dengan menyebabkan perubahan keseimbangan pH (sukatan keasidan), menyebabkan sungai-sungai dan kolam-kolam tidak lagi berupaya untuk menampung/ menyokong hidupan. Hujan asid boleh juga memusnahkan hutan-hutan, tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar, dan menghakis monumen-monumen dan bangunan buatan manusia, dan seterusnya memusnahkan khazanah semula jadi dan warisan sejarah kita. Di Amerika Syarikat, terdapat beberapa kolam dan sungai di Pergunungan Adirondack, berdekatan New York, telah menjadi terlalu berasid sehingga tidak dapat menampung/ menyokong hidupan laut, dan keasidan yang keterlaluan dalam jangkamasa yang panjang terus mengancam Teluk Chesapeake.

Udara beracun dan Mekuri.

12.     Stesen janakuasa elektrik arang batu adalah sumber pencemaran merkuri buatan manusia yang terbesar di Amerika Syarikat dan penyumbang terbesar kepada pencemaran udara yang berbahaya. Dalam banyak ujian penggumpalan asap (smokestack tests) yang dijalankan, stesen janakuasa elektrik arang batu didapati mengeluarkan 67 jenis bahan-bahan beracun di dalam udara yang kebanyakkannya telah dipastikan atau disyaki sebagai “carcinogens” dan “neutrotoxins” yang boleh mengakibatkan masalah tumbesaran (development of the body), masalah-masalah pernafasan dan memburukkan penyakit lelah atau asma.

13.     Merkuri adalah salah satu bahan beracun di udara yang paling berbahaya dibandingkan dengan bahan-bahan beracun udara yang lain. Merkuri yang dikeluarkan oleh stesen janakuasa arang batu dilepaskan ke udara melalui sistem hampas buangan (exhaust system) apabila arang batu dibakar. Penduduk Amerika Syarikat terdedah kepada merkuri terutamanya apabila merkuri jatuh ke bumi dan memasuki sungai-sungai, tasik-tasik dan tadahan air dan meracuni ikan. Manusia boleh mendapat keracunan merkuri apabila mereka memakan ikan-ikan dan kerang. Pada tahun 2004, 47 negeri [daripada 50 negeri] dan wilayah di Amerika Syarikat telah dinasihatkan supaya berhati-hati ketika memakan ikan kerana terdapat elemen merkuri sekurang-kurangnya dalam sesetengah air mereka.

14.     Merkuri adalah bahan beracun yang berkembang (developmental) dan memberi kesan buruk terutamanya kepada perkembangan tubuh bayi dalam perut. Ia boleh menyebabkan kecacatan pada otak, kerencatan mental, buta dan banyak lagi masalah lain kepada bayi yang belum lahir. Bayi yang telah lahir pula terdedah kepada bahaya ini melalui air susu ibu yang telah dijangkiti atau beracun merkuri. Walaupun kesan-kesan buruk merkuri lebih banyak dikaitkan dengan wanita dan kanak-kanak, pemakanan ikan yang mengandungi merkuri yang tinggi juga didapati membahayakan golongan lelaki pertengahan umur dengan kemungkinan mendapat penyakit koronari jantung.

Pemanasan Global.

15.     Pembakaran bahan-bahan fosil [apabila menghasilkan tenaga] seperti arang batu akan menghasilkan pencemaran karbon dioksida (CO2) [penyebab 'kesan rumah hijau'/ greenhouse effect], dan ini menjadikan pengunaan tenaga sebagai penghasil gas ‘rumah hijau’ (greenhouse gas) yang terbesar di Amerika Syarikat dan dunia. Setakat ini, terdapat lebih daripada 30% CO2 di dalam udara kita sekarang berbanding dengan semasa bermulanya Revolusi Industri dahulu [kira-kira 200 tahun yang lalu], dan ia sedang melipat gandakan (double) penghasilan CO2 ke udara pada abad ini. Walaupun Amerika Syarikat hanya meliputi 4% daripada populasi dunia, ia menghasilkan 25% pencemaran pemanasan global.

16.     Stesen-stesen janakuasa elektrik menghasilkan 40% daripada keseluruhan pencemaran CO2 di Amerika Syarikat, pencemar utama pemanasan global. Walaupun setiap tahun, stesen-stesen janakuasa elektrik arang batu bertanggungjawab hanya separuh daripada penghasilan tenaga elektrik di Amerika Syarikat, stesen-stesen janakuasa elektrik arang batu ini bertanggungjawab terhadap penghasilan lebih daripada 83% pencemaran CO2 sejak tahun 1990. Stesen-stesen janakuasa elektrik arang batu merupakan pengeluar CO2 terbesar setiap unit elektrik berbanding dengan bahan-bahan fosil yang lain.

17.      Dalam tahun 1990-an, kepadatan CO2 di udara dan gas-gas ‘rumah hijau’ yang lain mencatat rekod tertinggi yang baru, mengakibatkan kepanasan dekad itu yang tertinggi dalam rekod sejarah. Suhu purata global telah meningkat 1 darjah Fahrenheit, dan ia dianggarkan akan meningkat 2 ke 10 darjah lagi dalam abad ini. Panel Kerajaan Dalaman Keatas Perubahan Cuaca (IPCC) Amerika Syarikat telah melaporkan bahawa pemanasan global akan dan sedang menghantui populasi manusia dan ekosistem dunia dengan bertambah buruknya pemanasan, ombak, banjir, kemarau, cuaca yang melampau, dan penyakit merebak. Namun demikian, pemanasan global masih berterusan disebabkan oleh gas-gas ‘rumah hijau’ yang masih dihasilkan ke udara.

Cabaran-Cabaran dan Penyelesaian

18.     Hakikatnya ialah: Stesen-stesen janakuasa elektrik arang batu dan pencemaran yang dilepaskan olehnya setiap hari merupakan satu ancaman utama kepada kesihatan manusia dan alam semulajadi. Kita harus bertindak sekarang untuk membersihkan tenaga arang batu yang kotor dengan mengurangkan pencemaran yang dapat melindungi keluarga kita sekarang juga, bukan dalam masa 20 tahun lagi. Kita juga harus mengurangkan kebergantungan (dependence) kita terhadap penggunaan pembakaran tenaga arang batu dengan menggantikan stesen-stesen janakuasa elektrik arang batu dengan tenaga alternatif yang lain seperti tenaga angin, solar, dan menjadikan penggunaan tenaga kita lebih efisyen lagi.

19.      Kini, kita mempunyai teknologi untuk melaksanakan penyelesaian (solutions) masalah tenaga secara bermakna yang dapat membawa Negara kita menuju suatu masa depan penggunaan tenaga yang lebih cerah. Penyelesaian-penyelesaian ini boleh mengurangkan pemanasan global dan pencemaran udara, dan pada masa yang sama membina suatu ekonomi yang sihat, kukuh dan berterusan yang akan mengurangkan bil-bil tenaga serta memberi ribuan peluang pekerjaan.

  • Informasi atas telah diterjemah daripada Artikel Bahasa Inggeris ini:

Dirty Coal Power – Clean Air – Sierra Club

http://www.sierraclub.org/cleanair/factsheets/power.asp
(Sila rujuk laman tersebut untuk pengetahuan lanjut.)

  • Sila berikan cadangan kepada kami jika terdapat sebarang kesilapan dalam penterjemahan kami. Terima kasih.

Soalan-Soalan Kami:

1.            Kalaulah stesen-stesen janakuasa elektrik arang batu boleh menimbulkan masalah-masalah yang begitu teruk dan berbahaya di Amerika Syarikat – tempat asalnya ‘teknologi arang batu bersih’ (‘clean coal technology’) dan negara yang paling canggih dalam sains dan teknologi – adakah Malaysia/ Sabah/ Sandakan mampu mengelakkan atau mengatasi masalah demikian?

Sedangkan stesen janakuasa elektrik arang batu yang dicadangkan di Sandakan ini akan dibina oleh kontraktor dari Negara CHINA, bukan Amerika Syarikat. Negara China merupakan satu pencemar udara yang terbesar dan paling teruk di dunia; dan

Sedangkan tidak terdapat undang-undang di Malaysia yang mengawal kualiti udara dan pencemaran alam sekitar yang sama ketat dengan undang-undang Amerika Syarikat;

2.        Adakah keadaan kekurangan elektrik di Sandakan/ Sabah begitu serius sehingga kita sanggup menggadaikan kesihatan dan keselamatan kami dan juga masa depan cucu-cicit kita dengan memilih stesen-stesen janakuasa elektrik arang batu?

3.         Sudahkah pihak berkenaan dan Kerajaan Persekutuan dan Negeri betul betul dan berusaha sedaya upaya mengkaji dan mencari sumber-sumber janakuasa elektrik alternatif/yang lain seperti hydro (air), gas, biomass, solar dan angin, sebelum kita sanggup menggadaikan kesihatan dan keselamatan kita dan juga masa depan cucu-cicit kita dengan memilih stesen-stesen janakuasa elektrik arang batu?

Penulis: OC

Pada tahun 2008, pihak yang berkenaan telah mencadangkan untuk membina sebuah Stesen Janakuasa Elektrik Arang Batu (Coal Power Plant) di Lahad Datu, Sabah. Ekoran daripada bantahan yang kuat oleh penduduk-penduduk Lahad Datu, cadangan itu telah dibatalkan oleh Kabinet Kerajaan Sabah.

Walaupun Stesen Janakuasa Elektrik Arang Batu tersebut jelas boleh mendatangkan kesan- kesan yg BURUK DAN MERBAHAYA kepada habitat semulajadi, haiwan dan tumbuhan liar di Lembah Danum, berdekatan Lahad Datu, rupanya pihak yang berkenaan masih lagi berpendapat bahawa ia adalah BAIK untuk MANUSIA.

Oleh sebab itu, pihak yang berkenaan telah memutuskan untuk membina Stesen Janakuasa Elektrik Arang Batu di POIC (Palm Oil Industrial Cluster), Seguntor, SANDAKAN.

Kami amat ‘hairan bin ajaib’ dengan keputusan yang ‘bijaksana’ ini – adakah ia dibuat ‘demi’ KESIHATAN, KESELAMATAN, KEINDAHAN dan KEBERSIHAN Sandakan?

Kita sedia maklum bahawa Sandakan dikenali dengan bangganya sebagai Bandar Alam Semulajadi (Nature City). Di mata dunia, Sandakan masyhur kerana terdapat warisan alam yang tidak ternilai, seperti hidupan liar dan orang-orang utan di Sepilok dan Sukau. Pembakaran arang batu yang begitu berhampiran dengan habitat alam semulajadi ini pastinya mengancam kewujudannya.

Tambahan lagi, Sandakan juga terkenal dengan hasil-hasil lautnya yang turut menjadi sumber pendapatan utama ramai penduduk Sandakan, khususnya nelayan. Sekiranya air laut tercemar disebabkan bahan-bahan beracun dan merbahaya (seperti merkuri) – yang boleh dielakkan jika tiada penggunaan arang batu – maka satu-satunya punca pendapatan mereka akan musnah.

Paling penting, pencemaran udara yang pasti akan berlaku akibat pembakaran arang batu secara besar-besaran, 24 jam sehari, 365 hari setahun, juga boleh mengancam kesihatan penduduk-penduduk yang tinggal di sekitar Sibuga, Batu 8, Gum-Gum dan kawasan- kawasan yang berdekatan dengan Seguntor.

Jika Stesen Janakuasa Elektrik Arang Batu (Coal Power Plant) ini sudah cukup TERUK DAN BAHAYA bagi haiwan dan tumbuhan liar (di Lembah Danum, Lahad Datu), pastinya ia juga cukup TERUK DAN BAHAYA bagi manusia. Tetapi, yang menghairankan, mengapa pula pihak yang berkenaan masih lagi berkeras untuk memindahkannya ke Sandakan, Kota No.2 Negeri Sabah, yang mempunyai LEBIH RAMAI penduduk daripada Lahad Datu?

Adakah nyawa penduduk Sandakan KURANG BERHARGA daripada haiwan dan tumbuhan liar (di Lembah Danum, Lahad Datu) dan penduduk Lahad Datu?

Bijak, bijak.

Arang Batu adalah KOTOR dan BAHAYA untuk manusia, haiwan, tumbuhan dan alam sekitar, tidak kira di mana saja ia dibakar. Mereka yang menggunakan Arang Batu untuk menjana elektrik berbuat demikian hanya sebagai pilihan yang terakhir (last resort). Lagipun, terdapat alternatif-alternatif atau sumber-sumber yang lain di Sabah (seperti Natural Gas di Kimanis) dan juga di Sarawak (Hydro atau air, dari Bakun). Mengapa kita mesti menggunakan Arang Batu??

Kami yang MEMBANTAH penggunaan Arang Batu (Coal) di seluruh Sabah — termasuk Lahad Datu dan Sandakan — akan cuba menjelaskan sebab-sebab kami MEMBANTAH Stesen Janakuasa Elektrik Arang Batu (Coal Power Plant) ini di laman blog ini.

Kami juga berharap supaya orang ramai akan menyokong usaha kami untuk mempertahankan keindahan dan kebersihan Sandakan serta juga keselamatan dan kesihatan penduduk-penduduknya — demi kepentingan dan masa depan cucu cicit kita semua.

Categories