Posted by: sandakan | February 18, 2011

3 Tahun Kemudian…

Project yang SAMA, ditolak DUA kali, atas sebab-sebab yang SAMA.

Hanya di Sabah.

3 tahun yang lalu, pada bulan April 2008, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata (bagi pihak Jemaah Menteri, Kerajaan Sabah Barisan Nasional):

Setelah menimbang akan kebaikan dan keburukannya, Kabinet memutuskan MENOLAK cadangan ini kerana kita TIDAK MAHU MENGGADAIKAN kebajikan masyarakat di kawasan itu termasuk dari segi KESIHATAN DAN KESAN BURUK terhadap alam sekitar.

 

3 tahun kemudian, setelah mengambilkira fakta-fakta, maklumat, dan bantahan-bantahan yang SAMA, beliau dan Kerajaan Barisan Nasional membuat keputusan yang SAMA, sekali lagi

Tahniah!! (Tapi, jika “Rakyat DIDAHULUKAN“, kenapa perlu tunggu selama 3 tahun??)

Kami berharap bahawa Kerajaan Barisan Nasional tidak akan mengulangi/mempermainkan isu ini lagi, dan tidak perlu membuat ‘keputusan’ yang SAMA lagi (khususnya selepas Pilihanraya)… 

 

LOJI ARANG BATU TIDAK AKAN DIBINA 
17th February, 2011

http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/46326

KOTA KINABALU: Kerajaan telah mengambil keputusan untuk tidak membina loji janakuasa arang batu di negeri ini,” kata Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman kelmarin.

Sehubungan dengan keputusan itu, katanya, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk membangunkan sumber tenaga alternatif iaitu dengan menggunakan gas atau Gas Asli Cecar (LNG) bagi memenuhi keperluan bekalan tenaga di Sabah termasuk di kawasan Pantai Timur yang kerap mengalami kekurangan tenaga elektrik.

Menurutnya, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak baru-baru ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada persidangan media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Wisma Innoprise di sini, kelmarin.

Pada September 2009, Najib mengumumkan Felda Sahabat di Lahad Datu dicadangkan sebagai tapak bagi pembinaan loji janakuasa arang batu itu dengan kapasiti 300-megawatt. sebagai langkah untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga di kawasan Pantai Timur.

Bagaimanapun cadangan berkenaan telah mendapat banyak bantahan daripada pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), aktivis alam sekitar dan parti-parti politik.

Musa berkata, Perdana Menteri juga mengarahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Petronas untuk berbincang mengenai apa yang terbaik sama ada dengan menggunakan gas atau LNG.

“Saya sedar bahawa terdapat bantahan terhadap cadangan pembinaan loji arang batu… pada hari ini terbukti bahawa segala bantahan berkenaan telah diberi perhatian yang sewajarnya,” katanya

Musa berkata, bagi pihak kerajaan negeri dan rakyat Sabah, beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri yang bukan sahaja memberikan perhatian yang serius kepada keperluan bekalan tenaga di Sabah, bahkan juga keprihatinan yang tinggi terhadap alam sekitar di negeri ini.

Menurutnya, Perdana Menteri amat memahami bahawa sementara kita perlu meningkatkan keupayaan bekalan tenaga di Sabah, ia tidak boleh dilakukan dengan mengabaikan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar.

“Beliau (Najib) juga memahami bahawa salah satu daripada aset berharga yang dimiliki oleh Sabah ialah daya tarikan alam semula jadi yang masih terpelihara,” katanya.

Musa berkata, sementara Sabah perlu meningkatkan bekalan tenaga untuk memenuhi keperluan pembangunan, kita tidak boleh mengambil sebarang risiko kepada alam semula jadi.

Menurutnya, sebagai kerajaan Barisan Nassional(BN) yang bertanggungjawab, sememangnya menjadi keutamaan untuk melindungi dan memelihara kelestarian alam semula jadi demi kesejahteraan rakyat.

Kita mesti melindungi khazanah ini khususnya alam semula jadi kita kerana ia merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada sektor pelancongan negeri,” katanya.

Beliau berkata, pertumbuhan aktiviti ekopelancongan dan yang berbentuk nature adventure bergantung kepada sejauh mana kita dapat memelihara khazanah alam semula jadi dan tidak mendedahkan kepada sebarang risiko.

Musa berkata, Kerajaan BN, bawah kepimpinan Najib sentiasa mendengar dan merasai denyutan nadi rakyat dengan mempunyai keazaman dan iltizam yang tinggi dalam membuat keputusan yang bukan mudah untuk tidak membina loji arang batu di sabah.

Kita sentiasa melaksanakan pendekatan seimbang dan mapan dalam memacu pembangunan,” katanya.
 

 

Projek loji arang batu dibatalkan, hadiah Tahun Baru penduduk Sabah 
18th February, 2011
http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/46370

KOTA KINABALU: Lebih 3.3 juta penduduk Sabah kini boleh merasa lega kerana kerajaan akhirnya memutuskan tidak akan membina loji tenaga arang batu di negeri ini.

Keputusan yang telah lama ditunggu-tunggu itu membuktikan konsep 1Malaysia kerajaan memang memberikan keutamaan kepada kepentingan rakyat.

Ketika menyampaikan berita gembira itu semalam, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sebuah “kerajaan yang sentiasa mendengar suara dan merasai nadi rakyat”.

Pengumuman itu dibuat tepat pada masanya kerana kerajaan persekutuan dan negeri juga bersetuju menggunakan gas cecair asli (LNG) untuk menjana tenaga dan bukan tenaga yang menggunakan arang batu.

“Ini satu hadiah tahun baru untuk penduduk Sabah. Keputusan ini adalah betul dan ia mencerminkan sensitiviti BN terhadap rungutan penduduk.

“Ia bermakna bahawa Ketua Menteri kita mendengar dan kita dalam Parti Bersatu Sabah (PBS) pastinya mengalu-ngalukan keputusan ini,” kata setiausaha agung PBS Datuk Henrynus Amin kepada Bernama, di sini hari ini.

Untuk ini, beliau mengucapkan tahniah kepada Musa atas keputusan berani beliau untuk membatalkan cadangan projek loji arang batu itu di Lahad Datu bagi kebaikan penduduk.

“Kita percaya bahawa kerajaan negeri mestilah mengambil kira semua faktor ini sebelum membuat keputusan,” kata beliau.

Penganalisis politik tempatan Edward Kandok melihat perkembangan ini sebagai satu lagi kelebihan kepada BN untuk mengukuhkan kedudukannya di Sabah, dengan jolokan nama “simpanan tetap” untuk Barisan Nasional.

“Inilah jenis kerajaan yang kita mahu. Saya percaya majoriti penduduk tempatan bergembira dengan keputusan kerajaan bahawa akhirnya lenyaplah isu loji tenaga arang batu,” kata beliau.

Kandok berkata ini juga menunjukkan bahawa kerajan negeri memang prihatin dan mampu menjuarai untuk kepentingan penduduk Sabah.

Pada September 2009, Najib mengumumkan Felda Sahabat di Lahad Datu adalah tapak cadangan untuk pembinaan loji tenaga arang batu.

Kini, kemampuan bekalan elektrik di pantai timur Sabah adalah 200 megawatt dari loji tenaga berasaskan diesel.

Kumpulan alam sekitar seperti Green Surf membantah pembinaan loji tenaga arang batu, yang mereka anggap sebagai tenaga “kotor” dan menggesa kerajaan membatalkan rancangan itu.

Bagaimanapun, pada Ogos tahun lepas, Jabatan Alam Sekitar telah menolak Penilaian Kesan Alam Sekitar Terperinci (DEIA) untuk projek itu tetapi Tenaga Nasional Bhd (TNB), dalam Laporan Tahun 2010, menyebut bahawa laporan “DEIA yang dikaji semula akan dikemukakan untuk kajian dan kelulusan” untuk loji 300MW.

Di Sandakan, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Au Kam Wah yang juga Pengerusi Sabah Energy Corporation Sdn Bhd yakin keputusan kerajaan beralih kepada penggunaan LNG adalah tepat bagi menjana tenaga di negeri ini.

Beliau yakin penggunaan sumber tenaga itu akan mengatasi masalah kekurangan tenaga elektrik di negeri ini terutama di kawasan pantai timur negeri termasuk di daerah ini bagi menjana pembangunan dan keselesaan rakyat.
 

 

Elektrik yang “murah” (BETUL KAH??), DAN JUGA Kematian Bayi, sindrom kematian tiba-tiba bayi, asma, penyakit kerongkong yang serious, kematian terlalu awal, darah membeku, serangan jantung, strok, kadar jantung yang tidak tentu/tidak teratur, arrhythmia, ozon, hujan asid, dan lain lain…

Kesan-kesan buruk akibat daripada pembakaran arang batu yang membawa maut BUKAN LAGI hanya “teori”, “andaian” atau “kepercayaan”. Kesan-kesan buruk ini TELAH DISAHKAN secara rasmi oleh Mahkamah Daerah Persekutuan Amerika Syarikat di Negeri North Carolina, dalam kes North Carolina ex rel. Cooper v. Tennessee Valley Authority (593 F.Supp.2d 812).

Pada 13 Januari 2009, Hakim Daerah Lacy H. Thornburg telah mengisytiharkan bahawa pelepasan udara daripada loji-loji arang batu TVA yang terletak di negeri-negeri Tennessee dan Alabama adalah satu “gangguan awam” (public nuisance) terhadap negeri jiran North Carolina. Ini merupakan satu “gangguan tidak munasabah” terhadap “harta, kesihatan, keselamatan, keamanan, atau kemudahan” orang awam. Mahkamah berkata bahawa loji-loji tersebut telah mengakibatkan “kecederaan, penyusahan [dan] kerosakan” secara serius di North Carolina.

Setelah mendengar bukti-bukti/keterangan pakar (expert evidence) yang dikemukakan oleh semua pihak (termasuk pihak pengurusan loji arang batu, TVA), Hakim tersebut mengisytiharkan bahawa pelepasan udara daripada loji-loji arang batu boleh mengakibatkan kesan-kesan kemusnahan kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Beliau juga mengarahkan TVA supaya memasang peralatan-peralatan kawalan pencemaran di 4 buah loji arang batunya.

Antara perkara-perkara lain, Hakim tersebut mengisytiharkan bahawa (secara ringkas):

a) Proses pembakaran dalam “boiler” loji arang batu menyebabkan arang batu mengalami perubahan kimia, yang membebaskan nitrogen, sulfur, dan merkuri;

b) Elemen-elemen kimia ini kemudian membentuk bahan-bahan kimia berbahaya seperti Nitrogen oksida (NOx), Sulfur dioksida (SO2), Ozon (O3) dan debu-debu halus dipanggil “PM2.5”, sebelum atau selepas dilepaskan ke dalam udara.

c) Walaupun kebanyakan daripada bahan kimia ini ditangkap atau dirawat dalam loji arang batu, bukan semua dicegah daripada dilepaskan daripada loji.

[Jadi, sedikit sebanyak mesti akan dilepaskan ke dalam udara, dan mengakibatkan kesan-kesan yang memusnahkan kesihatan dan alam sekitar.]

d) Selain daripada membentuk ozon, NOx dalam udara boleh juga membentuk Nitrate (NO3). SO2 dalam udara kerap menukar kepada Sulfat (SO4) atau bahan yang sejenis dengannya, seperti sulfat ammonium atau asid sulfurik.

e) Nitrat dan sulfat adalah komponen-komponen yang penting dalam pepejal-pepejal kecil yang didapati dalam udara. Bersama-sama, pepejal-pepejal ini biasanya dipanggil “PM2.5”, kerana mereka mempunyai diameter yang tidak melebihi 2.5 micron, yang lebih kecil jika berbanding dengan rambut manusia (50-70 micron), debu, debunga (pollen), dan “mold” yang lebih kurang 10 micron.

[PM2.5 adalah jauh lebih kecil daripada rambut kita… Ini bermakna ia adalah sangat mudah untuk PM2.5 meresap ke dalam paru-paru / sistem pernafasan manusia.]

f) Sebahagian daripada sulfat, nitrate, dan komponen-komponen PM2.5 yang lain kekal dalam udara untuk tempoh masa yang panjang. Komponen PM2.5 yang lain pula mendarat di atas muka bumi melalui pelbagai proses yang dipanggil “pemendapan asid” (acid deposition). Misalnya, “pemendapan asid basah” (wet acid deposition) berlaku apabila PM2.5 dalam udara bersatu dengan air dalam bentuk hujan, hujan batu, atau salji (iaitu hujan asid). Manakala “pemendapan kering” (dry deposition) berlaku apabila PM2.5 mendarat tanpa bersatu dengan air. Pemendapan asid jenis ketiga adalah “pemendapan air awan” (cloudwater deposition), yang berlaku paling kerap dalam kawasan bergunung-ganang kerana kawasan- kawasan ini senang menjadi berkabus atau berawan. Dalam proses ini, PM2.5 bersatu dengan titis-titis air dalam awan atau kabus, yang kemudiannya mendarat di hutan dan permukaan-permukaan yang lain.  

g) Terdapat cara-cara yang boleh digunakan oleh loji arang batu untuk mengurangkan kebanyakan daripada pelepasan bahan-bahan kimia berbahaya ini, sehingga 40-98% (bergantung kepada jenis bahan kimia), tetapi mereka sangat mahal, dan tidak dapat menghapuskan sepenuhnya pelepasan bahan-bahan kimia berbahaya ini.

h) Walaupun pelepasan dari loji arang batu ini ***hanya pada atau di BAWAH*** (TIDAK MELEBIHI) “Piawaian Kualiti Udara Kebangsaan untuk Debu-Debu Halus” (National Ambient Air Quality Standards for Particulate Matter) yang ditentukan oleh Kerajaan Amerika Syarikat, mereka MASIH CUKUP BAHAYA untuk menyebabkan kematian dan pemusnahan. Hakim tersebut berkata:

“Pendedahan kepada/menghisap PM2.5 akan mendatangkan kesan-kesan buruk yang serius kepada kesihatan manusia, walaupun hanya didedahkan kepadanya/ menghisapnya ****pada atau di BAWAH**** taraf NAAQS.”

Walau bagaimanapun, berdasarkan keseluruhan bukti, mahkamah mendapati bahawa, sekurang-kurangnya, terdapat risiko peningkatan kejadian kematian terlalu awal (premature mortality) di antara orang awam yang berkaitan dengan pendedahan/penghisapan PM2.5, ***walaupun pada atau di BAWAH*** piawaian NAAQS 15 μg/ m3

Kesan daripada 1/2 mikrogram sudah amat serius. Seperti yang dinyatakan di atas, taraf NAAQS untuk PM2.5 ialah 15 μg/ m3, dan kesan-kesan yang sangat buruk terhadap kesihatan manusia, jarak penglihatan, dan alam sekitar boleh berlaku pada taraf JAUH DI BAWAH 15 μg/ m3.

[Oleh yang demikian, jalan yang paling selamat untuk menjamin kesihatan orang ramai adalah langsung mengelakkan pelepasan bahan-bahan ini sekaligus, iaitu MEMBATALKAN pembinaan loji arang batu yang dicadangkan ini, dan BUKAN dengan menetapkan apa-apa “piawaian pelepasan udara” untuk MEMBENARKAN pencemaran!!]

i) Pendedahan kepada – dan penghisapan – udara yang mengandungi PM2.5 akan 90-100% pasti menyebabkan kematian terlalu awal (premature mortality) manusia. Khususnya, pendedahan dan penghisapan PM boleh mendatangkan kesan-kesan berikut kepada kesihatan manusia, mana-mana satu atau semuanya boleh menyebabkan kematian terlalu awal:

(i) Tindakbalas Pemanasan Sistemik (Systemic inflammatory response). Penghisapan PM akan menyebabkan paru-paru panas/keradangan (pulmonary inflammation), yang kemudian boleh menyebabkan pemanasan/keradangan seluruh system umum badan (system-wide inflammation in the body). Pemanasan ini akan mengganggu fungsi platelet darah (platelet function), yang boleh memudahkan darah membeku (blood clots) – satu punca biasa serangan jantung dan strok (heart attacks and strokes).

(ii) Tindakbalas Jantung (Vascular reactivity). Pemanasan Sistemik (systemic inflammation) boleh juga menyebabkan perubahan dalam aktiviti jantung yang akan mengurangkan bilangan pengaliran darah ke organ-organ badan yang penting, termasuk jantung dan otak. Khususnya, ia akan menjejaskan keupayaan urat darah (blood vessels) untuk berkembang secukupnya supaya darah yang cukup boleh beralir ke tisu-tisu badan. Urat darah sedemikian juga kurang bertindakbalas/responsif terhadap ubat-ubat yang bertujuan untuk meningkatkan aliran darah – termasuk aliran darah ke bahagian jantung.

(iii) Rentak Jantung (Cardiac rhythms). Penghisapan PM juga menyebabkan perubahan saraf yang mempengaruhi refleks dan kawalan autonomik rentak jantung (neurological changes affecting reflexes and autonomic control of cardiac rhythms). Ini boleh menyebabkan kadar jantung yang tidak tentu/tidak teratur (heart rate variability) dan akhirnya aritmia (arrhythmia), yang secara langsung menyebabkan kematian dalam kebanyakan serangan jantung yang membawa maut.

(iv) Kematian Bayi (Infant mortality). Terdapat semakin banyak bukti bahawa kematian-kematian bayi boleh dikaitkan dengan perubahan PM dalam udara. Kematian-kematian bayi sedemikian berpunca daripada masalah pernafasan dan “sindrom kematian tiba-tiba bayi” (sudden infant death syndrome, SIDS).

(v) Kesan-kesan buruk yang lain terhadap kesihatan, walaupun tidak membawa maut: kes penyakit asma yang meningkat, penyakit kerongkong yang serious (chronic bronchitis), dan penyakit jantung dan paru-paru (cardiopulmonary illness) yang lain. Hakim tersebut berkata:

Selepas menyemak bukti-bukti ini secara keseluruhan, Mahkamah boleh memastikan bahawa pendedahan kepada PM2.5 – ***walaupun pada atau di BAWAH*** taraf NAAQS pada 15 μg/m3 – mengakibatkan kesan-kesan jantung dan paru-paru (cardiopulmonary) yang buruk, termasuk menambahkan atau memburukkan lagi asma dan penyakit kerongkong yang serious (chronic bronchitis).”

Kesan-kesan buruk ini terhadap kesihatan, walaupun tidak membawa maut, telah mengakibatkan banyak kerugian sosial dan ekonomi kepada rakyat North Carolina, termasuk kehilangan masa untuk sekolah dan kerja, tekanan yang meningkat terhadap bidang kesihatan yang disebabkan oleh penambahan bilik kecemasan dan lawatan doktor, dan juga kerugian am dari segi kesejahteraan yang disebabkan oleh masalah-masalah kesihatan serius.”

[Pelepasan bahan-bahan kimia berbahaya ini boleh menjejaskan ekonomi kita, dan BUKAN membantu kami dalam projek “Sabah Development Corridor”!!]

j) Menyebabkan pembentukan Ozon (O3), yang dikaitkan dengan kejadian kematian terlalu awal (premature mortality) manusia, sama dengan PM. Kesan yang lebih berkekalan (more long-lasting effect) akibat daripada pendedahan kepada ozon adalah pemanasan/keradangan salur pernafasan yang meningkat (increased airway inflammation). Peningkatan pemanasan/keradangan ini menambah-burukkan lagi penyakit asma dan tindakbalas negatif terhadap bahan-bahan allergen yang sedia ada (increases negative responses to pre-existing allergens).

“Jika asma dan pemanasan/keradangan paru-paru seseorang tidak terkawal dalam tempoh melebihi dua atau tiga tahun, maka parut yang berkekalan (irreversible scar) boleh berlaku dalam paru-paru orang itu, sehingga hampir 10-60% keupayaan paru-parunya hilang selama-lamanya.”

“Adalah kukuh/mantap/terbukti dalam karya sains bahawa ozon, secara nyatanya, menyebabkan kesan-kesan buruk ini terhadap kesihatan, ***walaupun pada atau di BAWAH*** taraf NAAQS.”

k) Pembentukan ozon adalah LEBIH CEPAT dalam cuaca yang panas, berbanding dengan yang dingin dan mendung.

[Ini bermakna debu-debu halus yang dilepaskan oleh loji arang batu adalah LEBIH TERUK di kawasan tropika/panas seperti Sabah berbanding daripada dalam negara-negara temperate/sejuk di Barat seperti Amerika Syarikat. Jikalau pelepasan daripada loji arang batu sudah boleh menyebabkan begitu banyak kemusnahan kepada negara-negara temperate/sejuk, bayangkanlah apa ia akan buat kepada Sabah yang bercuaca panas??]

l) Merosakkan dan membahayakan alam sekitar kita, harta-harta semula jadi kita yang tidak ternilai, air minuman dan pertanian [Pengusaha ladang-ladang KELAPA SAWIT sila ambil perhatian!! Dan kami belum lagi cerita tentang “pemanasan global” dan macam-macam lagi…]:

“Pemendapan asid (acid deposition) dalam bentuk sulfat, apabila mendarat di atas tanah, merendahkan taraf pH tanah itu, iaitu, ia membuat tanah lebih berasid. Apabila keasidan (acidity) tanah itu sampai ke satu tahap yang tertentu, aluminium (yang terdapat secara semulajadi dalam bumi) menjadi aktif. Aluminium adalah beracun bagi ekosistem kita. Contohnya, ia menyumbatkan (dan akhirnya membunuh) akar-akar tumbuhan yang halus, termasuk pokok-pokok, menjadikannya lebih susah untuk sistem-sistem akar meresapkan air dan nutrien daripada tanah itu. Proses ini, selain daripada menghalang pertumbuhan yang sihat, juga memburukkan lagi kesan-kesan kemarau (musim kering).”

“Sulfat juga membuangkan magnesium, kalsium, dan potassium dari tanah. Nutrien-nutrien tersebut adalah penting untuk pertumbuhan hutan yang sihat. Kalsium, misalnya, ialah komponen utama dinding-dinding sel dalam tumbuhan; dan magnesium adalah paling penting untuk proses fotosintesis.

“Pemendapan asid (acid deposition), jika ia berlaku di kawasan berhampiran dengan legeh air (watershed of running water), juga menurunkan kualiti air dengan merendahkan taraf pH dan menambahkan kandungan aluminium dalam air.

“Penumpuan ozon yang cukup tinggi boleh merosakkan tumbuh-tumbuhan, termasuk tanam-tanaman komersial serta tumbuhan-tumbuhan semulajadi

m) Akan memendungkan/meredupkan langit kita dan mengurangkan jarak penglihatan (visibility) kita. Hakim tersebut berkata:

“PM2.5, khususnya SO2, mendatangkan kesan yang serius terhadap jarak penglihatan oleh kerana penyerakan cahaya (scattering of light). Seseorang yang meninjau suatu pemandangan indah di pusat-pusat pelancongan (scenic vista) akan mengalami penyerakan cahaya ini dalam bentuk jerebu (experience this scattering of light as haze).

“Jerebu PM2.5 dan pencemaran udara yang lain yang menjejaskan jarak penglihatan pemandangan indah di pusat-pusat pelancongan ini mendatangkan suatu masalah yang teruk dari segi sosial dan ekonomi.”

[TNB/SESB selalu berkata bahawa loji-loji arang batu di Semenanjung Malaysia belum ada mengakibatkan apa-apa kesan yang buruk kepada alam sekitar. Memang betul – lihat saja langit di Kuala Lumpur, Lembah Klang dan bandar-bandar yang lain di Semenanjung Malaysia…]

n) Pelepasan bahan-bahan berbahaya ini boleh juga menjejaskan bandar-bandar dan kawasan-kawasan yang jauh. [Ini bermakna, KESELURUHAN Sabah TIDAK selamat, bukan sahaja Felda Sahabat/Lahad Datu!] Hakim tersebut berkata:

“Pelepasan bahan pencemar mendatangkan kesan-kesan yang paling teruk kepada kawasan-kawasan yang terdekat dengan sumber itu. Kajian yang tidak berat-sebelah (unbiased studies) menunjukkan bahawa pengurangan pelepasan dalam satu negeri tertentu akan memberi manfaat yang paling besar kepada negeri itu sendiri.

Walau bagaimanapun, pelepasan dari satu sumber yang terletak di LUAR negeri itu, terutama sumber yang dibawa oleh arah angin (upwind source), masih boleh mendatangkan kesan-kesan yang teruk kepada kualiti udara negeri itu.”

 

Adakah “Golden Coral Triangle” (kawasan batu karang terpelihara) and Darvel Bay akan menjadi begitu 10-15 tahun dari sekarang?

Kita harus ingat bahawa TVA juga bertanggungjawab atas satu lagi malapetaka arang batu pada Disember 2008penumpahan habuk arang batu yang paling teruk dari loji arang batunya yang terletak di Kingston, Tennessee, yang melepaskan 5.4 juta kaki padu (cubic feet) habuk arang batu (sisa-sisa selepas pembakaran arang batu untuk menjana tenaga elektrik) yang terlepas daripada dinding di loji itu. Tumpahan itu meliputi tanah seluas 300 ekar dengan bahan-bahan beracun dan memusnahkan atau merosakkan 40 buah rumah.

Mengikut laporan media, TVA membelanjakan US$1 juta (RM3.3 juta) sehari untuk kerja pembersihan itu, dan ia dijangka akan menanggung kos keseluruhan pembersihan sebanyak US$525 juta ke US$825 juta. Setakat May 25, 2010 – 1 ½ tahun kemudian kerja pembersihan ini masih belum lagi siap dan masih lagi dijalankan. Bayangkanlah jika sisa-sisa arang batu yang beracun ini terlepas dari loji arang batu oleh kerana kecuaian ke dalam warisan-warisan Sabah kita yang tidak ternilai, seperti Darvel Bay dan “Golden Coral Triangle” (kawasan batu karang terpelihara bertaraf dunia) – maka generasi kami akan dianggap oleh sejarah sebagai generasi yang mementingkan diri (selfish) dan mengambil risiko yang tidak perlu diambil, semata-mata untuk keuntungan jangka pendek.

Ini telah mengesahkan dan menyokong wawasan hebat semua anggota Jemaah Menteri Sabah, apabila mereka MENOLAK sebulat suara cadangan untuk membina loji arang batu di Silam, Lahad Datu, atas sebab kesihatan, keselamatan dan pemuliharaan alam sekitar, pada April 2008 – sebelum kes Amerika Syarikat ini diputuskan oleh Mahkamah tersebut. Ketua Menteri Sabah, Y.A.B. Datuk Seri Panglima Musa Aman, dengan tepatnya berkata pada waktu itu:

“Setelah menimbang akan kebaikan dan keburukannya, Kabinet memutuskan MENOLAK cadangan ini kerana kita TIDAK MAHU MENGGADAIKAN KEBAJIKAN masyarakat di kawasan itu [di Silam, Lahad Datu] termasuk dari segi KESIHATAN DAN KESAN BURUK terhadap alam sekitar… Saya tahu sesetengah orang berkata dengan teknologi hari ini, cadangan loji itu adalah selamat dan bersih TETAPI sesetengah PAKAR juga TIDAK BERSETUJU.” (New Sabah Times, 3 April 2008)”

Apa yang diisytiharkan oleh Hakim Amerika Syarikat ini juga menyokong pendirian Perdana Menteri apabila beliau mengutuk arang batu. Dato’ Seri Najib Tun Razak telah berkata pada 2009 bahawa “arang batu adalah teknologi yang KOTOR, ia MENGANCAM ALAM SEKITAR.”

Kebanyakan (kalau bukan semua) daripada Menteri-Menteri Jemaah Menteri Sabah pada 2008 kini masih memegang jawatan dalam Jemaah Menteri. Adakah mereka sudah BERUBAH FIKIRAN dan jika demikian, APAKAH yang boleh meyakinkan mereka sekarang bahawa arang batu yang, katakan mereka sendiri pada 2008kotor dan bahaya ini adalah BAGUS untuk kesihatan rakyat Sabah?? Jadi, kalau Kerajaan (Persekutuan atau Negeri) masih peliknyamembenarkan TNB/SESB untuk memaksa rakyat Sabah untuk menerima loji arang batu ini WALAUPUN KERAJAAN MEMANG TAHU bahawa ARANG BATU BOLEH MEMBUNUH, kami ingin tanya – sama ada Kerajaan Persekutuan/ Negeri mahu mengabil risiko dengan kesihatan dan keselamatan kami semua WALAUPUN mereka sendiri sudah memutuskan TIDAK MENGGADAIKAN KESIHATAN KAMI pada April 2008??

Pihak yang menyokong penggunaan arang batu harus faham bahawa sebab UTAMA kami membantah adalah demi kesihatan dan keselamatan kita semua dan juga kekekalan ekonomi kita untuk jangka masa panjang (long term-sustainability), termasuk bidang kelapa sawit.

Adalah langsung TIDAK BERMAKNA untuk kita rancangkan “Sabah Development Corridor” dan sebagainya jika 15-20 tahun dari sekarang, kesihatan awam, ladang-ladang, industri pelancongan dan rezeki kita semua termusnah akibat daripada pilihan arang batu yang LANGSUNG TIDAK PERLU ini 0 kerana Sabah ADA alternatif yang mudah dan selamat.

Demi kesihatan dan kesejahteraan cucu-cicit kita, TOLAKKAN ancaman kesihatan dan alam sekitar ini!!

(Alasan penghakiman kes ini yang penuh boleh didapati di: http://www.scribd.com/doc/15633519/2009-NC-vs-TVA-Decision, dan http://www.savesabah.com/blog/us-court-coal-kills)

Posted by: sandakan | May 27, 2010

Pakar Jantung: Loji Arang Batu Tumpahkan Bahan RACUN

Ditulis oleh Bernard Tabatznik and Michael McCally

Tabatznik adalah seorang pakar jantung di Monterey, Amerika Syarikat. McCally adalah pengarah eksekutif “Physicians for Social Responsibility” di Washington, D.C., Amerika Syarikat.

Rabu, 25 Jun, 2008 (Artikel asal, “Coal plant will spew Toxins”, didapati di http://www.roanoke.com/editorials/commentary/wb/167027)

[Bolehkah SESB mengemukakan SEORANG pakar jantung yang berkata bahawa loji arang batu adalah BAIK untuk jantung kita??]

Sebagai doktor, kami menyaksikan perkembangan kesihatan awam dan kami tahu bahawa pencemaran udara yang semakin serius sedang menyebabkan kesan yang berat terhadap kesihatan orang awam.

Ramai doktor mengamalkan dua prinsip: “Pertama sekali tidak memudaratkan” (“First do no harm”, Sumpahan “Hippocratic”), dan [kedua] “Pencegahan adalah Lebih Efektif berbanding dengan Merawat”. Kami percaya kedua-dua prinsip tersebut boleh juga digunapakai keatas loji arang batu yang dicadangkan di Daerah Wise – dengan MENOLAK pembinaan loji arang batu itu, ia boleh mengelakkan masalah pencemaran udara dan air yang serius di Barat Selatan negeri Virginia yang boleh mengancam kesihatan orang awam.

Loji arang batu merupakan suatu ancaman utama terhadap kesihatan orang awam. Namun demikian, Dominion Resources masih terus menyediakan tapak pembinaan untuk sebuah loji arang batu yang baru  di Sungai Clinch. Walaupun Dominion mencadangkan loji arang batu itu sebagai penyelesaian terhadap peningkatan keperluan tenaga elektrik, loji tersebut akan mencipta pelbagai ancaman terhadap alam sekitar dan kesihatan orang awam. Loji arang batu yang dicadangkan itu merupakan loji yang biasa, iaitu jenis loji arang batu yang akan mengeluarkan bertan-tan bahan pencemar yang boleh menyebabkan penyakit asthma, sakit jantung dan juga kecederaan otak.

Pengeluaran nitrogen oksida dan bahan kompoun organik (volatile organic compounds) yang beracun daripada loji arang batu berturut-turut tiap-tiap hari akan menyebabkan pembentukan lapisan ozon dari aras bumi (ground level ozone). Bahan-bahan pencemar ini sudah dikenalpasti sebagai penyebab penyakit asthma dan penyakit kerongkong yang serious (chronic bronchitis), peningkatan denyutan jantung yang tidak teratur (increased heart rhythm irregularities), sakit dada, serta sakit jantung yang boleh menyebabkan kematian. Selain itu, zarahan (particulates) yang dikeluarkan oleh loji tersebut boleh menyebabkan berat kelahiran yang rendah dan juga kelahiran awal (low birth weight and preterm births) yang boleh seterusnya menyebabkan masalah kesihatan yang lain serta melambatkan perkembangan bayi pada tahun pertama. Dan apa yang amat membimbangkan ibu bapa sekalian adalah jumlah merkuri yang tinggi yang akan dibebaskan oleh loji arang batu itu ke dalam udara dan air di negeri Virginia.

Pencemaran oleh loji tenaga terus menjadi suatu ancaman kepada kesihatan orang awam. Kajian yang terkini oleh Abt Associates telah menunjukkan bahawa lebih kurang 24,000 orang di Amerika Syarikat telah mati akibat pencemaran zarahan daripada loji arang batu. Jumlah kematian ini adalah jauh lebih tinggi daripada kematian akibat daripada kemalangan jalanraya yang disebabkan oleh pemandu yang mabuk (drunken driving) yang berjumlah 17,000 setahun, dan kes bunuh yang lebih kurang 18,000 setahun. Di negeri Virginia, loji arang batu yang terletak di Virginia dan di bahagian barat negeri ini (mengikut arah angin) telah menyumbang kepada kematian, termasuk 120 kes kematian kanser paru-paru, 1,421 kes serangan jantung dan lebih kurang 24,000 kes serangan asthma setiap tahun (catf.us).

[Soalan: Adakah ia BERBALOI jika kami ‘enjoy’ tenaga elektrik daripada loji arang batu (yang BUKAN murah) tetapi pada masa yang sama, berjangka hayat pendek dan kurang sihat, serta menanggung kos perubatan yang mahal akibat daripada penyakit-penyakit yang menakutkan ini??]

Loji arang batu daerah Wise ini akan menambahkan nombor kematian dan penyeksaan manusia (yang tidak harus berlaku) yang disebabkan oleh loji arang batu.

Loji arang batu juga merupakan sumber utama merkuri yang mencemarkan makanan harian kami. Bayi yang belum lahir dan bayi baru lahir adalah paling mudah terjejas oleh kesan beracun merkuri yang boleh menyebabkan kecederaan otak, kecacatan perkembangan bayi dan juga gangguan deficit perhatian. Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat menganggar lebih kurang 600,000 kanak-kanak yang dilahirkan setiap tahun mempunyai bilangan/tahap merkuri yang tinggi dan bahaya dalam badan-badan mereka, kemungkinan besarnya disebabkan oleh ibu-ibu mereka yang telah makan ikan-ikan yang tercemar semasa mengandung. Jabatan Kualiti Alam Sekitar Virginia baru sahaja mengeluarkan satu laporan pada bulan ini yang menyatakan bahawa sebanyak 20 amaran kesihatan telah dikeluarkan terhadap sungai-sungai dalam negeri ini atas pencemaran merkuri terhadap ikan. Pemancing secara rekreasi dan nelayan telah dinasihatkan  supaya TIDAK makan/menjual ikan-ikan yang ditangkap dari sungai-sungai yang tercemar tersebut.

[Kalau kita membenarkan pembinaan loji arang batu ini di Sabah, maka tidak lama kemudian, tiada sesiapa lagi yang berani makan sumber laut kita.]

Cadangan Dominion akan mengeluarkan jumlah merkuri sebanyak 72 pound setiap tahun. Ini adalah lebih tinggi berbanding dengan loji arang batu lain yang sedang beroperasi walaupun Jabatan Kualiti Alam Sekitar hanya membenarkan pengeluaran merkuri sebanyak 8 pound setiap tahun. Rakyat Virginia patut tanya mereka sendiri, mengapa Dominion harus diberi kuasa untuk mencemarkan sungai-sungai kita dengan jumlah merkuri yang 9 kali lebih tinggi daripada yang dibenarkan?

Dominion tidak dibenarkan membina loji arang batu itu tanpa lesen pencemaran udara yang dibenarkan oleh Lembaga Kawalan Pemcemaran Udara Virginia. Lembaga itu berkumpul hari ini untuk membincangkan isu tersebut. Kami menggalakkan penduduk tempatan dan juga kakitangan perubatan serta ahli profesional kesihatan awam supaya mengemukakan pendapat dan pandangan mereka kepada Lembaga dan Gabenor Tim Kaine terhadap isu tersebut. Jangan benarkan ancaman terhadap alam sekitar dan kesihatan orang awam itu dibina dalam negeri ini.

[Kepada Rakyat Sabah yang dihormati – Masalah dan penderitaan Amerika Syarikat akibat daripada kesilapan mereka menggunakan loji arang batu harus dijadikan PENGAJARAN kita, BUKAN Tiruan. Tak payahlah kita ceritakan “pemanasan global” dan “perubahan cuaca” buat sekarang. Cuma dari segi/demi kesihatan dan masa depan anak-anak dan generasi masa depan kita sahaja, JANGAN benarkan ancaman terhadap alam sekitar dan kesihatan orang awam ini dibina di negeri Sabah!!]

Posted by: sandakan | May 18, 2010

Bolehkah “EIA” Diharap?

Nampaknya pihak SESB yang berkepala batu sudah membuat keputusan untuk memaksa rakyat Sabah supaya menerima loji arang batu yang kotor dan bahaya, walaupun penggunaan arang batu sudah dikutuk oleh Perdana Menteri Malaysia dan telah ditolak sebulat suara oleh Jemaah Menteri Sabah pada April 2008 kerana ia mengancam kesihatan dan alam sekitar.

SESB akan mengemukakan laporan “Detailed Environment Impact Assessment (DEIA)”  bagi loji arang batu yang kini dicadangkan di Felda Sahabat, dekat Lahad Datu. Ini merupakan satu daripada langkah-langkah yang ditetapkan oleh proses “EIA” di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Jika laporan DEIA ini deterima/diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar, Kerajaan Persekutuan, maka pembinaan loji arang batu tersebut akan diteruskan.

Sudah jelas bahawa loji arang batu ini akan membawa kesan yang buruk dan bahaya bukan sahaja kepada alam sekitar tetapi juga kesihatan manusia. Soalan yang kami ingin tanya di sini adalah:

Andainya laporan DEIA diluluskan/diterima oleh Jabatan Alam Sekitar, bolehkah rakyat Sabah mengharapkan proses EIA ini, dan kakitangan di Jabatan Alam Sekitar (yang menguatkuasakannya), supaya melindungi kesihatan dan membela nasib kita??

Dengan ringkasnya, di bawah proses EIA ini, pihak yang membina loji arang batu ini akan:

(1) menyenaraikan kesan-kesan buruk yang dijangka akan berlaku jika projek ini diteruskan;

(2) mencadangkan/menjanjikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan [tetapi BUKAN menghapuskan sekaligus/dengan sepenuhnya] kesan-kesan buruk ini; (pihak Jabatan Alam Sekitar boleh juga menambah syarat-syarat sendiri yang difikir wajar); 

(3) berjanji akan mematuhi/mengambil langkah-langkah yang dicadangkan sepanjang masa projek ini diteruskan [iaitu sepanjang hayat loji arang batu ini].

Walaubagaimanapun, apakah akibatnya jika pihak pengurusan loji didapati mencemari alam sekitar/melanggar syarat-syarat projek ini [maksudnya, jika mereka disiasat/ditangkap oleh kakitangan kerajaan — jika semua kakitangan kerajaan betul-betul buat kerja, 24 jam sehari, secara jujur dan beramanah — dan jika pihak pengurusan loji didakwa di mahkamah — dan jika kes kesalahan berjaya dibukti di mahkamah dan dihukum oleh mahkamah]?

Jawapannya:

Jika didapati mana-mana pemaju yang gagal mematuhi Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ini, maka pemaju berkenaan adalah telah melakukan kesalahan yang mana beliau boleh didenda tidak melebihi Ringgit Malaysia seratus ribu (RM100,000) atau dipenjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua nya sekali dan sebagai denda tambahan seribu ringgit setiap hari di atas kesalahan yang diteruskan selepas Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar memberi notis kepada pemaju supaya mematuhi kepada Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ini.

Iaitu: Mereka akan diminta bayar paling tinggi RM100,000 sahajaBUKAN sebagai pampasan/ganti-rugi kepada mangsa-mangsa pencemaran arang batu yang menderita, tetapi sebagai bayaran denda kepada kerajaan.

Tahukah anda bahawa dalam 3 bulan sahaja, dari Disember 2009 ke Februari 2010, keuntungan bersih (net profit) Tenaga Nasional Berhad (syarikat yang memiliki SESB) adalah melebihi RM855.7 juta?! (Ataupun RM9.507 juta sehari) Ini bermakna, dengan menggunakan keuntungannya dalam SATU HARI sahaja, TNB sudah mampu membayar 95 kali denda maksimum di bawah seksyen Akta ini!!

Soalan saya – adakah sistem/proses EIA ini betul-betul “berkesan/efektif”?? Adakah hukuman-hukuman tertinggi ini/undang-undang begini “bermakna” langsung?? Bukankah denda yang begitu rendah ini hanya menjadi satu “lesen/permit untuk mencemar”?? (Mereka yang mampu bayar, boleh mencemar!!)

(Kami bukan hendak menuduh pihak TNB/SESB berniat untuk sengaja mencemari alam sekitar negeri Sabah; tetapi apabila terpaksa menjaga keuntungan mereka, setakat mana mereka akan berminat mendahulukan alam sekitar dan kesihatan kami? Tujuan TNB/SESB untuk memaksa rakyat Sabah menerima loji arang batu ini MEMANG BUKANLAH untuk “meningkatkan” taraf kesihatan dan perlindungan alam sekitar di Sabah… Mengapa mereka masih begitu degil, kalau loji arang batu ini tidak akan menguntungkan/memperkayakan mereka??)

Maka tidak hairanlah apabila pakar-pakar dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata demikian (apabila membincangkan contoh pemaju perumahan) tentang proses EIA ini:

“Sebagai tambahan daripada perbincangan berkaitan EIA dan perundangan Malaysia, saya berpendapat bahawa denda yang dikenakan kepada pemaju yang gagal mematuhi Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 adalah rendah. Ini adalah kerana memandangkan pemaju yang memajukan aktiviti-aktiviti yang disenaraikan itu merupakan pemaju yang mempunyai sumber kewangan yang amat kukuh. Tanpa sumber kewangan yang amat kukuh sudah tentu pemaju tidak dapat memajukan projek perumahan dengan keluasanlebih daripada 50 hektar, membangunankan peranginan stesyen bukit atau hotel yang mempunyai keluasan lebih 50 hektar dan sebagainya. Pemaju-pemaju ini akan menganggap jika mereka gagal mematuhi Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 tidak akan memberi kesan kepada mereka kerana nilai denda adalah rendah iaitu tidak melebihi RM100,000.

[Sumber/artikel asal — sila lihat di bawah.]

Walaupun ia tidak dapat dinafikan bahawa proses EIA boleh mendatangkan pelbagai manfaat (seperti memberi sumber maklumat informasi tentang projek yang dicadangkan), tetapi jika ia diharap sebagai satu “perlindungan” alam sekitar dan kesihatan kami yang efektif, ia dalah kurang memuaskan.

Haruskah raykat Sabah menyerahkan nasib alam sekitar, kesihatan dan masa depan kami kepada proses EIA yang lemah dan tidak bermakna ini, kepada kakitangan Jabatan Alam Sekitar (yang menjalankan penguatkuasaan), dan syarikat yang “$$$uper-kaya” ini (TNB) yang a$$$yik mencari keuntungan??

Kepada TNB/SESB — hentikanlah sandiwara “EIA” ini!!

 

***************************************************************

PENILAIAN KESAN ALAM SEKITAR “ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT” (EIA) DARI SUDUT PERUNDANGAN MALAYSIA DAN KEPENTINGANNYA

Click to access P603-611.pdf

Muhammad Rizal R. dan Kadir A.

Program Pengurusan Persekitaran, Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia

E-mail: mdrizal@lycos.com; kadir@pkrisc.ukm.cc.my

[Artikel ini juga terdapat di “Proceedings of the Regional Symposium on Environment and Natural Resources” 10-11th April 2002, Hotel Renaissance Kuala Lumpur, Malaysia. Vol 1: 603-611, Omar, R., Ali Rahman, Z., Latif, M.T., Lihan, T. and Adam J.H. (Eds.)]

ABSTRAK

Di dalam membincangkan alam sekitar dan undang-undang adalah penting bagi kita untuk mengetahui akan Penilaian Kesan Alam Sekitar dan kepentingannya. Penilaian Kesan Alam Sekitar atau lebih dikenali sebagai “Environmental Impact Assessment” (EIA) merupakan satu kajian yang digunakan untuk mengimbangi faktor-faktor alam sekitar dengan sesuatu projek pembangunan yang baru dirancang. EIA bukanlah satu perkara yang baru kepada kita tetapi ianya suatu perkara yang telah lama berkembang di dalam beberapa dekad yang lalu. EIA berkembang dengan kadar yang pesat di seluruh pelusuk dunia termasuklah negara kita, Malaysia. Sehubungan dengan itu, adalah wajar bagi kita mengetahui EIA dari sudut perundangan Malaysia dan kepentingannya. Oleh yang demikian, kertas ini dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu di dahului dengan pengenalan termasuklah definisi-definisinya, kemudian bahagian kedua pula membincangkan aspek perundangan EIA di Malaysia yang berdasarkan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, selepas itu, bahagian ketiga pula akan membincangkan kepentingan EIA iaitu memberi kemudahan kepada pihak berkuasa untuk menentukan samada sesuatu cadangan projek pembangunan seharusnya boleh diluluskan atau sebaliknya; memberi suatu rumusan yang tepat terhadap tindakan di dalam perancangan pembangunan; suatu kaedah dan cara untuk ke arah pembangunan yang berterusan; serta menjadi sumber maklumat informasi dan bahagian akhir sekali adalah penutup.

ABSTRACT

When concern about environment and law, it is very essential to discuss Environmental Impact Assessment (EIA). The EIA is a study to balance the environmental factors and a new proposed development project. EIA is not new subject but it has been developed for the passed few decades. EIA has been also rapidly developed in many countries in the world, which include Malaysia. Therefore, it is very essential to identify and understand the EIA from Malaysian legal perspectives and its importance for the formation of the development actions. In this paper, it has been divided into 4 parts. This paper begins with the introduction of the EIA, which include its definitions. The second part will discuss the EIA from the Malaysian legal perspectives based on the Environmental Quality Act, 1974. Later on, the third part will further discuss on the importance of the EIA which include EIA helps planning authority to make decision on development planning, EIA gives an aid to formulate the development actions, EIA as an instrument for the sustainable development and EIA provides an adequate information which describe the future situation and present trends of the surrounding. Finally, the final part will be the conclusion.

PENGENALAN

Apakah itu Penilaian Kesan Alam Sekitar “Environmental Impact Assessment” (EIA)? Menurut United Nations Environmental Programme (UNEP), “EIA adalah suatu kajian bagi mengenalpasti, meramal dan menghuraikan akan kebaikan dan keburukan sesuatu cadangan projek pembangunan. Kajian ini perlu adanya hubungan komunikasi di antara pihak-pihak terlibat iaitu masyarakat setempat, pemaju dan pihak berkuasa bagi melicinkan keadaan”1. Manakala Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar mendefinisikan “EIA sebagai satu kajian mengenalpasti, meramal, menilai dan mendapatkan informasi melalui komunikasi yang dibuat terhadap pihak-pihak terlibat, yang mana ianya berkaitan dengan kesan terhadap alam sekitar yang berpunca dari cadangan projek pembangunan. Disamping itu juga, EIA juga menyenaraikan langkah-langkah mitigasi sebelum projek pembangunan berkenaan diluluskan dan beroperasi”2.

Jadi dari definisi-definisi yang diberikan oleh dua agensi di atas jelas kepada kita bahawa EIA adalah suatu kajian penilaian terhadap sesuatu cadangan projek pembangunan yang akan memberi kesan kepada alam sekitar. Kajian ini akan meneroka, mencari dan meramal segala kesan samada kebaikan atau keburukan terhadap alam sekitar yang akan berpunca daripada cadangan projek pembangunan berkenaan. Hasil daripada kajian ini akan membantu pemaju untuk menggunakan kaedah terbaik di dalam usaha pemaju memajukan cadangan projek pembangunan berkenaan dengan dapat mengelakkan kesan keburukan ke atas alam sekitar. Di samping itu juga pihak berkuasa melalui kajian ini dapat mengawasi pihak pemaju daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang akan memberikan kesan buruk ke atas alam sekitar.

EIA DAN PERUNDANGAN MALAYSIA

EIA adalah sangat penting di dalam sistem perancangan pembangunan. Di dalam sistem perancangan pembangunan, EIA memainkan peranan sebagai suatu kaedah dan cara bagi mengelakkan masalah pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada aktiviti-aktiviti pembangunan. EIA juga cuba mengelakkan daripada berlaku perbelanjaan kos yang amat tinggi daripada kecuaian di dalam menangani sesuatu projek pembangunan.

Sehubungan dengan itu Seksyen 34A(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Akta 127) memberi kuasa kepada Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar untuk menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang dirasakan akan memberi kesan kepada alam sekitar selepas berbincang dengan Majlis Kualiti Alam Sekeliling. Senarai aktiviti-aktiviti berkenaan dimuatkan di dalam Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti-Aktiviti Disenaraikan) (Penilaian Kesan Alam Sekeliling) 1987. Di dalam Perintah ini terdapat 19 jenis aktiviti-aktiviti disenaraikan. Aktiviti-aktiviti berkenaan ialah:

(1) Pertanian

(2) Lapangan Kapalterbang

(3) Pengairan dan Saliran

(4) Tebusguna Tanah

(5) Perikanan

(6) Perhutanan

(7) Perumahan

(8) Perindustrian

(9) Infrastruktur

(10) Pelabuhan

(11) Perlombongan

(12) Petroleum

(13) Penajaan dan Pemancaran Kuasa

(14) Kuari

(15) Rangkaian Keretapi

(16) Pengangkutan

(17) Pembangunan Peranginan Dan Rekreasi

(18) Perkhidmatan Pelupusan Bahan Buangan

(19) Bekalan Air

Apabila suatu aktiviti yang disenaraikan di dalam Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti-Aktiviti Disenaraikan)(Penilaian Kesan Alam Sekitar) 1987, hendak dijalankan maka pemaju aktiviti berkenaan perlu menyediakan dan menyerahkan satu laporan kepada Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar dan laporan berkenaan perlu mengandungi penilaian kesan aktiviti berkenaan terhadap alam sekitar serta melampirkan bersama-sama cadangan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengawal, mengelak dan mengurangkan kesan keburukan kepada alam sekitar3.

Selepas Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar membaca, meneliti dan memeriksa laporan yang dikemukakan oleh pemaju berkenaan maka Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar boleh samada meluluskan atau tidak meluluskan laporan berkenaan. Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar akan meluluskan laporan berkenaan jika beliau berpuashati dengan laporan berkenaan yang mana memenuhi syarat keperluan yang dikehendaki oleh Seksyen 34A (2) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu laporan berkenaan menjelaskan akan tindakan dan langkah-langkah yang akan diambil bagi mengelak, mengawal atau mengurangkan kesan keburukan ke atas alam sekitar4.

Manakala Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar dibenarkan untuk tidak meluluskan laporan berkenaan jika pada pendapat beliau laporan berkenaan tidak mengikut apa yang dikehendaki oleh syarat keperluan di bawah Seksyen 34A (2) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan tindakan serta langkah-langkah yang akan diambil bagi mengelak, mengawal atau mengurangkan kesan keburukan ke atas alam sekitar tidak memuaskan. Sehubungan dengan itu, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar akan memberi alasan beliau tentang penolakkan laporan berkenaan. Walau bagaimanapun laporan yang ditolak itu, boleh dikemukakan semula selepas dikaji semula akan kelemahan laporan berkenaan. Laporan yang telah diperbaiki ini kemudiannya boleh dikemukakan semula kepada Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar5.

Di samping itu juga Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar boleh mengarahkan pemaju mengemukakan lebih daripada satu laporan penilaian kesan alam sekitar sekiranya Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar merasakan perlu6.

Pemaju tidak dibenarkan melakukan aktiviti berkenaan sehinggalah laporan penilaian kesan alam sekitar yang dikemukakan kepada Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar diluluskan oleh Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar itu sendiri. Pemaju juga perlu diingat supaya semasa menjalankan aktiviti-aktiviti berkenaan, pemaju sememangnya dikehendaki mengikuti segala apa yang ada terkandung di dalam laporan berkenaan bagi mencapai tujuan untuk menghalang, mengurangkan atau mengawal kesan keburukan terhadap alam sekitar yang berpunca daripada aktiviti berkenaan7.

Jika didapati mana-mana pemaju yang gagal mematuhi Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ini, maka pemaju berkenaan adalah telah melakukan kesalahan yang mana beliau boleh didenda tidak melebihi Ringgit Malaysia seratus ribu (RM100,000) atau dipenjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua nya sekali dan sebagai denda tambahan seribu ringgit setiap hari di atas kesalahan yang diteruskan selepas Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar memberi notis kepada pemaju supaya mematuhi kepada Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ini8.

Berdasarkan kepada Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dibincangkan di atas jelas kepada kita bahawa ianya cuba menyediakan satu kaedah kawalan terhadap 19 aktiviti-aktiviti yang disenaraikan. Kawalan ini berupa penilaian kepada aktiviti-aktiviti yang disenaraikan terhadap kesan alam sekitar sebelum aktiviti-aktiviti berkenaan beroperasi. Walau bagaimanapun di dalam Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti-Aktiviti Disenaraikan)(Penilaian Kesan Alam Sekeliling) 1987 ada menyatakan ukuran tertentu bagi tiap-tiap aktiviti yang disenaraikan seperti contoh aktiviti pertanian merangkumi kawasan seluas 500 hektar atau lebih, pembalakan merangkumi kawasan seluas 500 hektar atau lebih dan sebagainya. Keluasan ukuran tertentu yang ditetapkan oleh Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti-Aktiviti Disenaraikan)(Penilaian Kesan Alam Sekeliling) 1987, memberikan ruang dan peluang kepada pemaju untuk mengelakkan diri daripada menyediakan laporan EIA dengan memajukan sesuatu projek seperti dengan memajukan aktiviti pertanian atau pembalakan dengan kurang daripada 500 hektar.

Sehubungan dengan itu adalah wajar sekiranya keluasan ukuran tertentu yang ditetapkan oleh Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti-Aktiviti Disenaraikan)(Penilaian Kesan Alam Sekeliling) 1987 dikaji semula dan adalah lebih baik jika aktiviti-aktiviti yang disenaraikan itu ukuran keluasannya dikecilkan bagi mengelak pemaju daripada terlepas untuk menyediakan laporan EIA.

Sebagai tambahan daripada perbincangan berkaitan EIA dan perundangan Malaysia, saya berpendapat bahawa denda yang dikenakan kepada pemaju yang gagal mematuhi Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 adalah rendah. Ini adalah kerana memandangkan pemaju yang memajukan aktiviti-aktiviti yang disenaraikan itu merupakan pemaju yang mempunyai sumber kewangan yang amat kukuh. Tanpa sumber kewangan yang amat kukuh sudah tentu pemaju tidak dapat memajukan projek perumahan dengan keluasanlebih daripada 50 hektar, membangunankan peranginan stesyen bukit atau hotel yang mempunyai keluasan lebih 50 hektar dan sebagainya. Pemaju-pemaju ini akan menganggap jika mereka gagal mematuhi Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 tidak akan memberi kesan kepada mereka kerana nilai denda adalah rendah iaitu tidak melebihi RM100,000.

Sehubungan dengan itu saya mencadangkan adalah lebih baik jika nilai denda sebanyak RM100,000 itu dinaikkan ke suatu nilai denda yang berpatutan. Pada pendapat saya nilai denda yang berpatutan ialah suatu nilai denda yang akan memberi kesan kepada sesiapa sahaja supaya mereka tidak sekali-kali berfikir atau beranggapan untuk melanggar kehendak Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

KEPENTINGAN EIA

EIA merupakan suatu cara dan kaedah yang amat penting dan memberi manfaat kepada semua pihak termasuk pihak berkuasa, pihak pemaju dan masyarakat setempat.

Sehubungan dengan itu kepentingan EIA adalah:

(i) Memberi kemudahan kepada pihak berkuasa untuk menentukan samada sesuatu cadangan projek pembangunan seharusnya boleh diluluskan atau sebaliknya;

(ii) Memberi suatu rumusan yang tepat terhadap tindakan di dalam perancangan pembangunan

(iii) Suatu kaedah dan cara untuk ke arah pembangunan yang berterusan; dan

(iv) Menjadi sumber maklumat informasi

EIA MEMBERI KEMUDAHAN KEPADA PIHAK BERKUASA UNTUK MENENTUKAN SAMA ADA SESUATU CADANGAN PROJEK PEMBANGUNAN SEHARUSNYA BOLEH DILULUSKAN ATAU SEBALIKNYA

Pada kebiasaannya setiap perancangan pembangunan perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa yang berkenaan supaya perancangan pembangunan boleh beroperasi. EIA merupakan suatu kaedah terbaik bagi membentangkan sesuatu cadangan pembangunan untuk dikemukakan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab di dalam hal yang berkenaan.

EIA memainkan peranan yang amat penting yang mana EIA memberi dan mengemukakan pemeriksaan yang sistematik terhadap implikasi alam sekitar yang berpunca daripada cadangan pembangunan dan EIA juga memberikan cadangan alternatif berhubungkait dengan cadangan pembangunan9.

Bukan itu sahaja, EIA menjimatkan masa serta wang yang digunakan dengan memastikan bahawa usaha yang berulang-ulang akan dapat diminimumkan serta dikurangkan10.

Tambahan lagi EIA juga membantu pihak berkuasa membuat ramalan berhubung kesan-kesan yang akan terjadi apabila sesuatu cadangan perancangan pembangunan itu mula beroperasi dan dengan ini EIA dapat membantu pihak berkuasa membuat sesuatu keputusan yang benar-benar menggalakkan pembangunan tanpa menodai kesucian dan kesegaran alam sekitar11.

Berdasarkan perbincangan di atas jelas kepada kita bahawa EIA memberikan kemudahan kepada pihak berkuasa untuk menentukan sama ada sesuatu cadangan projek pembangunan seharusnya boleh diluluskan atau sebaliknya.

EIA MEMBERIKAN SUATU RUMUSAN YANG TEPAT TERHADAP TINDAKAN DI DALAM PERANCANGAN PEMBANGUNAN

Dua dekad yang lalu EIA telah diperkenalkan di dalam pengurusan alam sekitar dan kini EIA telah berkembang dengan pesat di serata dunia. Walau bagaimanapun pemaju-pemaju merasakan EIA merupakan suatu penghalang bagi mereka untuk menjayakan sesuatu projek pembangunan. Mereka merasakan EIA penyebab sesuatu projek pembangunan lambat dimajukan kerana di dalam proses EIA mereka perlu menunggu kesemua proses EIA selesai dan bukan itu sahaja malah mereka juga perlu menunggu keputusan daripada pihak berkuasa untuk meneliti laporan EIA yang disediakan oleh mereka bagi meluluskan sesuatu cadangan projek pembangunan mereka itu.

Pada hakikatnya EIA sebenarnya membantu pemaju-pemaju bagi mencari rumusan yang tepat terhadap tindakan di dalam perancangan penbangunan yang mana EIA dapat menentukan bahagian-bahagian yang berada di dalam projek cadangan pembangunan yang perlu diubahsuai bagi meminimakan dan melupuskan kesan-kesan yang memberikan keburukan dan kerosakan kepada alam sekitar12. Dengan cara ini dapat menentukan pertimbangan berhubung dengan kesan-kesan alam sekitar di peringkat awal di dalam perancangan projek pembangunan supaya dengan menggunakan EIA ini dapat membantu bagi memilih rekabentuk projek yang akan menekankan pelupusan dan meminimakan kesan-kesan yang memberi keburukan dan kerosakan kepada alam sekitar13.

Tambahan lagi EIA juga membantu pemaju-pemaju menjaga hubungan dengan penduduk setempat dan pihak berkuasa. EIA mewujudkan penglibatan dari ketiga-tiga pihak iaitu pemaju, penduduk setempat dan pihak berkuasa dan dengan cara ini ketiga-tiga pihak akan berbincang mengenai sesuatu cadangan projek pembangunan bagi mendapat rumusan yang tepat supaya cadangan projek pembangunan dapat dijalankan tanpa memberi kesan keburukan kepada alam sekitar.

Sehubungan dengan itu, jelas di sini bahawa EIA memberi satu rumusan yang tepat terhadap tindakan di dalam perancangan pembangunan yang menjimatkan kos dan masa bagi semua pihak yang terlibat.

EIA MERUPAKAN SUATU KAEDAH DAN CARA KE ARAH PEMBANGUNAN YANG BERTERUSAN

Berpandukan kepada Laporan Brundtland 1987, konsep pembangunan yang berterusan perlu digunakan bagi memelihara alam sekitar yang kita cintai daripada gangguan dan pencerobohan oleh pencemaran. Sehubungan dengan itu Laporan Brundtland 1987 mendefinisikan pembangunan yang berterusan sebagai “pembangunan yang memenuhi kepada kehendak keperluan di masa sekarang tanpa mengancam keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka”. Laporan Brundtland ini cuba mengatakan bahawa pembangunan yang berterusan memerlukan kita sebagai generasi masa kini semestinya menjaga dan memelihara sumber alam serta menangkis segala pencerobohan oleh pencemaran ke atas alam sekitar14.

Sebelum EIA diperkenalkan, wujudnya begitu banyak projek pembangunan yang membawa kesan negatif kepada alam sekitar. Lantaran dari itu EIA pun diperkenalkan. EIA digunakan sebagai kaedah dan instrumen bagi melindungi dan memelihara alam sekitar daripada dieksploitasi oleh pencemaran.

Seperti yang kita maklum bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati sesuatu masalah. Oleh yang demikian EIA memainkan peranannya sebagai penunjuk dan pemberitahu akan kesan-kesan yang akan membawa kepada keburukan dan kerosakan kepada alam sekitar dan EIA juga mencari jalan alternatif untuk mengatasi kesan-kesan berkenaan terhadap alam sekitar. Oleh itu dengan menggunakan EIA dapat membantu ke arah pembangunan yang berterusan.

Di negara kita, Malaysia, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar sedang berusaha sedaya-upaya untuk meningkatkan kesedaran pihak yang terlibat dalam projek-projek pembangunan akan kepentingan EIA untuk mencapai pembangunan yang berterusan15. Sehubungan dengan itu, pada tahun 1993, JAS telah mengadakan pelbagai seminar, kursus serta ceramah tentang kepentingan EIA untuk tujuan mencapai pembangunan yang berterusan. Seminar, kursus dan ceramah ini telah diberikan kepada semua peringkat kerajaan dan profesional termasuklah bank-bank perdagangan, pihak berkuasa kerajaan tempatan, arkitek, juru-ukur tanah dan kerajaan-kerajaan negeri16.

EIA MENJADI SUMBER MAKLUMAT INFORMASI

EIA adalah perkara penting di dalam sesuatu perancangan pembangunan. EIA memberikan maklumat yang secukupnya bagi menggambarkan kedudukan alam sekitar di masa akan datang dan masa kini akibat dari sesuatu perancangan pembangunan itu serta EIA memberikan tindakan-tindakan alternatif bagi mengatasi kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar.

Sehubungan dengan itu, penerimaan segala maklumat menerusi EIA, mewujudkan suatu peningkatan tahap informasi kepada semua pihak yang terlibat di dalam sesuatu perancangan pembangunan yang melibatkan pemaju-pemaju, pihak berkuasa dan penduduk setempat.

Informasi maklumat yang didapati melalui EIA akan membantu pemaju-pemaju untuk mengenalpasti bahagian-bahagian pembangunan berkenaan boleh diubah bagi mengurangkan kesan-kesan negatif kepada alam sekitar di peringkat awal projek pembangunan berkenaan. Jadi jelas di sini bahawa melalui maklumat yang didapati melalui EIA dapat membantu pemaju-pemaju menjimatkan wang dan masa.

Di samping itu juga informasi yang diperolehi melalui EIA membantu pihak berkuasa untuk meramal kesan-kesan yang akan berlaku dan mencari tindakan-tindakan alternatif bagi mengurangkan kesan-kesan negatif berkenaan ke atas alam sekitar. Jadi, informasi yang diperolehi melalui EIA membantu pihak berkuasa membuat keputusan dengan lebih berkesan dan cepat.

Tambahan lagi, informasi yang diperolehi melalui EIA dapat digunakan oleh penduduk setempat bagi mengetahui kedudukan sebenar antara hubungan perancangan pembangunan yang hendak dibangunkan dan alam sekitar di sekeliling mereka. Jadi dengan ini mereka mengetahui hak mereka di dalam menangani isu pencerobohan pencemaran ke atas alam sekitar.

Apabila informasi yang diperolehi melalui EIA dapat diketahui oleh semua pihak maka perancangan pembangunan akan berjalan dengan lancar dan alam sekitar yang kita cintai ini dapat dipertahankan dari dinodai oleh pencemaran.

PENUTUP

Dari perbincangan kertas kerja ini, dapatlah diketahui EIA dari sudut perundangan di Malaysia bagi menangani isu penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar. Peruntukan perundangan berkaitan dengan EIA adalah di dalam seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.

Di samping itu juga, di dalam perbincangan di atas, kepentingan EIA di dalam menangani isu penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar ialah pertama, EIA memberi kemudahan kepada pihak berkuasa untuk menentukan samada sesuatu cadangan projek pembangunan seharusnya boleh diluluskan atau sebaliknya; kedua, EIA memberi suatu rumusan yang tepat terhadap tindakan di dalam perancangan pembangunan; ketiga, EIA merupakan suatu kaedah dan cara untuk ke arah pembangunan yang berterusan; serta akhir sekali, EIA merupakan sumber maklumat informasi.

 

NOTA

1 United Nations Environmental Programme, Draft Guidelines For assessing Industrial Environmental Criteria For The Setting of Industry, Paris: UNEP Industry & Environmental Office, 1979, m.s. 1.

2 Department of Environment, Environmental Impact Assessment (EIA) Procedure and Requirements in Malaysia, Kuala Lumpur, 1994, m.s. 1

3 Seksyen 34A (2) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

4 Seksyen 34A (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

5 Seksyen 34A (4) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

6 Seksyen 34A (5) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

7 Seksyen 34A (6) dan 34A (7) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

8 Seksyen 34A (8) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

9 J. Glasson, R. Therivel and A. Chadwick, Introduction To Environmental Impact Assessment, London : UCL Press,1995, m.s. 8.

10 Brian D. Clarck, Perspective On Environmental Impact Assessment , Lancaster : R. Reidel Publishing , 1984, m.s. 7.

11 Peter Wathern, Environmental Impact Assessment : Theory And Practice , London : Unwin Ltd., 1988, m.s. 21.

12 J. Glasson, R. Therivel and A Chadwick, op cit., m.s. 8

13 Brian D. Clark, op cit, m.s. 7

14 P. Sand, Principles of International Environmental Law, Volume 1, Manchester : Manchester University Press, 1995, m.s. 13

15 Department of Environment, Environment Quality Report, 1993, m.s. 43

16 Ibid.

 

RUJUKAN

Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Akta 127)

Brian, D.C. 1984. Perspective On Environmental Impact Assessment, Lancester: D. Reidel Publishing.

Department of Environment 1994. Environmental Impact Assessment (EIA) Procedure And Requirements in Malaysia, Kuala Lumpur.

Department of Environment, Environmental Quality Report 1993.

Glasson, J., Therivel, R. and Chadwick, A. 1995. Introduction To Environmental Impact Assessment, London: UCL Press.

Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti-aktiviti Disenaraikan) (Penilaian Kesan Alam Sekeliling) 1987.

Sand, P. 1995. Principles of International Environmental Law, Volume 1, Manchester: Manchester University Press.

Wathern, P. 1988. Environmental Impact Assessment: Theory and Practice, London: Unwin Hyman Ltd.

Kesetiaan dibalas dengan ‘Pengorbanan’?


PM rewards ‘Fixed Deposit’ State with – More Sacrifices??

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,

Ramai rakyat di Sabah (kebanyakkannya telah mengundi Barisan Nasional dan mengekalkan parti Datuk Seri sebagai Kerajaan pada pilihanraya umum tahun 2008) amat kecewa apabila Datuk Seri meminta rakyat Sabah supaya ‘membuat pengorbanan’ dengan menerima loji ARANG BATU YANG KOTOR DAN MENGANCAM ALAM SEKITAR.

Datuk Seri sendiri baru sahaja berucap kepada Tenaga Nasional Berhad di Kuala Lumpur, pada hujung bulan Oktober yang lalu, bahawa Datuk Seri TIDAK SUKA dengan dasar tenaga (energy policy) yang sedia ada. Malah, Datuk Seri seterusnya berkata bahawa dasar tenaga tersebut adalah “tidak betul” (It is not right). Khususnya mengenai arang batu, Datuk Seri dengan tepatnya berkata bahawa arang batu adalah teknologi yang KOTOR, ia MENGANCAM ALAM SEKITAR.” (Sebenarnya, Jemaah Menteri Sabah juga memegang pandangan yang sama dan telah menolak arang batu pada tahun 2008)

Yang peliknya, hanya dalam masa seminggu selepas itu, Datuk Seri pula datang ke Sabah untuk meminta supaya rakyat Sabah “berkorban” — iaitu MENERIMA  loji arang batu YANG KOTOR DAN BAHAYA!!

(Much time wasted in solving Sabah’s power woes, says PM; Daily Express, Ahad, November 08, 2009)

Tetapi 2 minggu kemudian, Datuk Seri pula menegaskan tanggungjawab kita semua sebagai ‘pembela’ (custodians) kepada/terhadap generasi-generasi masa depan, supaya memastikan satu Malaysia yang ‘hijau’, dan mengurangkan pelepasan karbon (carbon footprint). Bagaimana kita boleh mencapai matlamat ini jika Kerajaan Datuk Seri menambahkan pembakaran arang batu (di Sabah) — dan bukan sebaliknya??

Kami sangat KELIRU dengan pendirian Datuk Seri yang tidak konsisten dan saling bercanggah. Kami berharap agar ucapan Datuk Seri kepada TNB tersebut (di mana arang batu disifat sebagai “KOTOR dan MENGANCAM ALAM SEKITAR“) adalah ikhlas dan jujur, dan bukanlah (seperti yang telah diperkatakan secara sinis) semata-mata suatu “rangkaian propaganda/gimik perhubungan awam” untuk memujuk rakyat supaya menerima teknologi tenaga nuklear yang lebih berbahaya lagi.

Kami masih mengharapkan bahawa Kerajaan Datuk Seri adalah serius dan komited untuk MENGURANGKAN kegunaan arang batu dalam penjanaankuasa elektrik di negara ini – bermula dari Sabah.

Datuk Seri telah salah faham/diberi maklumat yang tidak tepat apabila Datuk Seri berkata bahawa:

“Tetapi, kalau tidak (menerima arang batu), kita takkan mendapat tenaga elektrik. Kita mesti membuat keputusan, kamu mahukan elektrik tetapi pada masa yang sama tidak mahu loji itu. Kamu mahukan loji itu di tempat lain, bukan di kawasan sendiri.”

(Much time wasted in solving Sabah’s power woes, says PM; Daily Express, Ahad, November 08, 2009)

Kami ingin mengulangi/menegaskan bahawa mereka yang membantah penggunaan arang batu di Sabah BUKANNYA membantah pembangunan atau pembinaan loji. Kami hanyalah meminta supaya sumber tenaga yang digunakan adalah sumber yang bersih, tidak mengancam alam sekitar atau kesihatan umum – seperti gas semulajadi kepunyaan kami sendiri dari Kimanis, Sabah, ataupun tenaga hidro (air) dari Bakun dan sumber-sumber lain yang juga terdapat di Sabah.

Datuk Seri juga berkata:
“Pertama kali, ia sepatutnya akan dibina di Lahad Datu tetapi rakyat di sana membantah. Kemudian, ia dipindahkan ke Sandakan, tetapi rakyat di sana juga membantah. Jadi,  akhirnya, sebagai Menteri yang bertanggunjawab terhadap Felda, saya membuat keputusan untuk membinanya di kawasan Felda. Tiada masalah.”

(Much time wasted in solving Sabah’s power woes, says PM; Daily Express, Ahad, November 08, 2009)

Kenyataan ini jelas membuktikan bahawa Datuk Seri MEMANG MENGETAHUI SEPENUHNYA  DAN MENYEDARI tentang bantahan yang kuat dan keras oleh rakyat Sabah terhadap loji arang batu yang dicadangkan itu. Jadi, MENGAPA PULA Kerajaan Datuk Seri MASIH MEMAKSA kami untuk menerimanya? Walaupun di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan, Felda Sahabat masih terletak di dalam negeri Sabah dan berdekatan dengan Lahad Datu, Kunak dan bandar-bandar yang berdekatan.

Jikalau Kerajaan Persekutuan betul-betul ‘komited’ dengan seikhlasnya untuk menyelesaikan masalah kekurangan elektrik di negeri Sabah, maka cara yang terbaik adalah dengan menggunakan sumber-sumber tenaga yang sudah sedia ada di Sabah – seperti gas semulajadi yang diekspot oleh Kerajaan Persekutuan ke Sarawak, dan potensi tenaga hidro (air) yang kaya di Sabah, seperti dari Sungai Liwagu.

Sebagai alternatif, kalaulah Kerajaan Persekutuan adalah ‘komited’ dengan seikhlasnya, maka Kerajaan Datuk Seri harus – paling sedikit pun – mendapatkan bekalan tenaga hidro dari Bakun, Sarawaksekurang-kurangnya sebagai balasan terhadap gas semulajadi yang diekspot oleh Sabah ke Sarawak – dan bukannya mencuba untuk menjualkan tenaga hidro ke Semenanjung Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Datuk Seri adalah tepat apabila berkata bahawa Sabah adalah seumpama negeri ‘simpanan tetap’ kepada Barisan Nasional yang boleh diharap memberi sokongan kepada Barisan Nasional.

Kami telah mengembalikan kuasa kepada Barisan Nasional – dalam hampir semua kawasan pilihanraya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri – manakala Semenanjung Malaysia mulai meninggalkan parti Datuk Seri. Kami membuat demikian kerana kami YAKIN bahawa BN akan memberi GANJARAN dan MEMBAYAR BALIK kesetiaan kami dengan usaha-usaha yang TULEN / IKHLAS untuk menyelesaikan masalah-masalah kami – dan BUKANNYA dengan KETIDAK-IKHLASAN seperti ini.

Datuk Seri telah berkata, Sabah akan terus menerima perhatian daripada Kerajaan Persekutuan kerana sokongannya terhadap Barisan Nasional boleh dilihat bertambah kuat dari hari ke hari.”
(No need for alternative: Najib; Daily Express, Sunday, November 08, 2009)

Kami hanya akan percaya apabila ia DIBUKTIKAN DENGAN TINDAKAN, BUKAN DENGAN AIR LIUR SAHAJA. Namun malangnya, kami amat kecewa apabila Datuk Seri meminta supaya kami membuat PENGORBANAN sekali lagipengorbanan yang langsung TIDAK PERLU.

MENGAPA kami harus ‘berkorban’ sedangkan kami ADA BANYAK ALTERNATIF, seperti gas semulajadi di Kimanis yang sedang diekspot oleh Kerajaan Persekutuan ke Sarawak, dan tenaga hidro dari Bakun, Sarawak yang akan diekspot ke Brunei, Indonesia dan Semenanjung Malaysia (melalui kabel bawah laut)kecuali Sabah? Dan MENGAPA PULA kami harus MENGIMPOT arang batu yang “KOTOR DAN MENGANCAM ALAM SEKITAR” dari Indonesia??

Hakikatnya,

a) Kerajaan Persekutuan telah mengambil sumber-sumber kami di Sabah dan memberikannya kepada orang lain (Sarawak, Semenanjung Malaysia, Brunei dan Indonesia),

b) dan kemudiannya memaksa kami untuk menerima pengganti (substitute) yang KOTOR dan BAHAYA.

Adakah “pengorbanan” ini ADIL kepada rakyat Sabah??

Mengapa pula Kerajaan Persekutuan tidak meminta supaya Sarawak “berkorban” dengan MENGEMBALIKAN gas semulajadi KAMI dari Kimanis;

atau meminta supaya rakyat-rakyat Semenanjung Malaysia, Brunei dan Indonesia “berkorban” dengan MELEPASKAN tenaga hidro dari Bakun supaya ia boleh diberi kepada Sabah;

ataupun meminta supaya TNB ‘mengorbankan’ sedikit daripada keuntungan mereka dengan menggunakan sumber-sumber tenaga yang selamat dan bersih — walaupun mahal — supaya menguntungkan rakyat Sabah?

Inikah semangat sebenar “1Malaysia” – dengan asyik mengharapkan Sabah sahaja yang berkorban, tapi yang lain TIDAK PERLU berkorban?

Begitukah caranya Barisan Nasional menunjukkan kesyukurannya terhadap negeri Sabah, yang disifatkan sebagai “Simpanan Tetap”, “Negeri Biru (warna parti BN)”?!

Wahai YAB Perdana Menteri yang dicintai,

Sudah tiba masanya pihak Barisan Nasional/Kerajaan Persekutuan TIDAK LAGI mempersoalkan apakah sumbangan yang boleh diberi oleh Negeri Sabah KEPADA Barisan Nasional/Kerajaan Persekutuan, tetapi mulai bertanya:

Apakah sumbangan yang boleh diberi OLEH Barisan Nasional/Kerajaan Persekutuan kepada Negeri Sabah??

Kami yakin bahawa Datuk Seri akan terus membela nasib rakyat Sabah. Terima kasih banyak-banyak.

Posted by: sandakan | April 26, 2009

Indonesia Sambut Baik Bekalan Elektrik Dari Bakun

Dengan segala hormatnya, Y.A.B. Dato’ Seri Najib Tun Razak,

Penduduk Sandakan juga Sambut Baik Bekalan Elektrik Dari Bakun!!

Tenaga Hydro yang Bersih dari Bakun akan diekspot ke Indonesia, tetapi bukan Sabah.

Tenaga Hydro yang Bersih dari Bakun akan diekspot ke Indonesia, tetapi bukan Sabah?

Mengapakah mesti sumber-sumber tenaga kita yang bersih dan selamat seperti gas semulajadi (Kimanis, Sabah) dan hydro (Bakun, Sarawak) diekspot untuk kegunaan orang-orang lain, manakala rakyat kita sendiri terpaksa menggunakan bahan-bahan yang kotor seperti ARANG BATU dan menanggung risiko/bahaya yang tidak perlu/tidak sepatutnya (unnecessary)?!

Lagipun, YAB Perdana Menteri telah memberikan Sebab Ke-31 Mengapa Loji Arang Batu TIDAK diperlukan di Sabah, iaitu:

“Ini juga supaya kita dapat menentukan ‘energy mix’ kita dapat ditingkatkan komponen hidro yang boleh memberi pulangan yang lebih baik daripada gas yang akan pupus atau arang batu yang terpaksa diimport dari luar negara.

Apakah yang paling ironik dan menyedihkan adalah, Arang Batu yang dicadangkan diguna di Sandakan/Pantai Timur Sabah akan diimport dari Kalimantan, Indonesia!! Kesimpulannya, rakyat Sabah mengekspotkan gas semulajadi kami yang bersih ke Sarawak untuk mendapatkan, sebagai balasan, Arang Batu yang kotor dan bahaya dari Kalimantan, Indonesia, bukan tenaga hydro dari Sarawak!!

Oleh yang demikian, Rakyat Sandakan dengan rendah diri memohon jasa baik YAB Perdana Menteri supaya membatalkan cadangan membina loji ARANG BATU di Sabah, dan menggantikannya dengan tenaga hydro dan gas semulajadi yang sedia ada di Negeri Sabah dan Sarawak. Sumber tenaga kita harus diekspot hanya jika tidak diperlukan oleh rakyat kita sendiri.

############################

Indonesia Sambut Baik Bekalan Elektrik Dari Bakun

23 April, 2009 22:55 PM

Oleh Mohd Nasir Yusoff

JAKARTA, 23 April (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Indonesia menyambut baik kemungkinan Malaysia dapat mengeksport bekalan elektrik dari projek elektrik hidro Bakun di Sarawak ke Kalimantan bagi memenuhi keperluan wilayah di negara jiran itu.

Perdana Menteri berkata Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono menyatakan reaksi itu pada perbincangan dua hala yang mereka adakan di Istana Merdeka, yang turut melibatkan sebahagian anggota Kabinet kedua-dua negara di sini Khamis.

Perbincangan dua hala itu diadakan sempena lawatan rasmi Najib yang pertama sebagai Perdana Menteri ke Indonesia, yang diangkat oleh Indonesia daripada status lawatan kerja menjadi lawatan rasmi.

Saya telah menawarkan kemungkinan kita membantu keperluan tenaga bagi Kalimantan dan ini telah disambut baik oleh Presiden Susilo,” katanya pada sidang media dengan wartawan Malaysia di akhir lawatan rasmi dua hari itu.

Najib berkata menteri-menteri berkenaan di kedua-dua negara selepas ini akan berunding selanjutnya untuk memuktamadkan juga laluan kabel bawah laut Malaysia untuk tujuan menghantar elektrik dari Bakun ke Semenanjung Malaysia.

Perdana Menteri berkata kira-kira 70 peratus daripada kabel bekalan elektrik di bawah laut itu akan melalui kawasan Indonesia, merentasi perairan Kepulauan Natuna di Laut China Selatan.

Ketika menjawab soalan sama ada Malaysia akan menawarkan harga yang istimewa untuk bekalan ke Kalimantan, beliau berkata ia belum dibincangkan dan masih perlu dirunding oleh kedua-dua negara.

Menjelaskan mengenai projek elektrik hidro Bakun itu, Najib berkata Malaysia memutuskan untuk membangunkannya semula kerana ia penting bagi memenuhi keperluan bekalan elektrik negara khasnya di Semenanjung**.

[**Bagaimana pula Sabah??]

“Ini juga supaya kita dapat menentukan ‘energy mix’ kita dapat ditingkatkan komponen hidro yang boleh memberi pulangan yang lebih baik daripada gas yang akan pupus atau arang batu yang terpaksa diimport dari luar negara,” katanya.

Beliau berkata itu merupakan satu daripada bidang kerjasama baru yang disentuh dalam mesyuarat dua hala itu, iaitu memenuhi keperluan tenaga.

Najib berkata dalam mesyuarat dua hala yang merupakan kesinambungan daripada kata sepakat yang dicapai semasa pertemuan konsultasi tahunan 2009 antara bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Susilo, satu lagi bidang baru yang disentuh ialah kerjasama dalam bidang teknologi tinggi.

“Saya menegaskan bahawa kerjasama kita patut menjangkau dari bidang paling asas hinggalah ke bidang ‘hitech’. Kita bercita-cita hendak tingkatkan lagi nilai dalam ‘value chain’ kedua-dua negara dan dengan itu dapat saling membantu,” katanya, yang menambah bahawa Malaysia dan Indonesia mempunyai kepakaran dalam bidang ini.

Beliau memberi contoh, Malaysia mempunyai kepakaran dalam ‘MRO’ (penyelenggaraan, pembaikian dan rombak pulih) dalam bidang angkasa, kemampuan daripada segi pertahanan dan ICT.

“Jadi Indonesia patut melihat kemungkinan untuk mereka memberi peluang kepada Malaysia dalam bidang hitech,” katanya, yang menambah ia juga meliputi kemahiran memperbaiki kapal, membina kapal dan persenjataan ringan.

Perdana Menteri berkata Malaysia telah membeli beberapa pesawat pengangkut ringan yang dikeluarkan oleh Indonesia, dalam usaha ke arah kerjasama lebih luas dalam bidang teknologi tinggi.

Malam ini, Najib, yang disertai isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan delegasi Malaysia diraikan pada jamuan malam rasmi oleh Susilo dan isteri, Ibu Ani Yudhoyono di Istana Merdeka sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

— BERNAMA

#############################

Tender Projek Petronas Di Kimanis Sedang Dibuka

11 Mac, 2009 15:32 PM

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) — Petronas kini melaksanakan tawaran tender bagi kerja-kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan penyiapsediaan projek pembangunan Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) di Kimanis Sabah, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Tawaran tender itu terbuka kepada kontraktor-kontraktor yang berkelayakan dan berdaftar dengan Petronas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham A Aziz.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) berkaitan keseluruhan skop dan kos projek Petronas di Kimanis, Sabah dan kaedah pelantikan kontraktor pelaksana bagi projek itu.

Amirsham berkata projek pembangunan SOGT melibatkan dua komponen utama iaitu kerja-kerja penyediaan tapak dan kerja-kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan penyiapsediaan.

Tawaran tender bagi kerja-kerja penyediaan tapak telah dibuat secara terbuka kepada kontraktor-kontraktor Bumiputra termasuk dari Sabah yang berkelayakan dan berdaftar dengan Petronas, katanya.

Kos bagi kerja-kerja tersebut dianggarkan sebanyak RM100 juta.

Amirsham menjelaskan bahawa Petronas sedang menjalankan Projek Bersepadu Minyak dan Gas Sabah-Sarawak yang melibatkan pembangunan sektor huluan di luar pantai Sabah dan sektor hiliran di Kimanis, Sabah iaitu SOGT dan Saluran Gas Sabah-Sarawak (SSGP).

Di bawah projek bersepadu itu, Amirsham berkata pengeluaran minyak dan gas daripada pembangunan beberapa lapangan minyak dan gas baru di luar pantai Sabah akan disalurkan ke SOGT.

Bagi tujuan itu, Amirsham menjelaskan bahawa SOGT akan dilengkapi dengan kemudahan penerimaan, penyimpanan dan pengeksportan minyak mentah serta kemudahan-kemudahan lain.

Ianya juga akan dilengkapi dengan kompleks pejabat, operasi, penyelenggaraan dan gudang penyimpanan alat ganti, katanya.

SOGT yang dijangka siap dan mula beroperasi pada 2012 akan mempunyai jumlah kapasiti penyimpanan sebanyak 2.5 juta tong minyak mentah dan mampu mengendalikan sebanyak 300,000 tong minyak mentah sehari dan lebih kurang 1.250 juta kaki padu gas sehari.

Minyak mentah dan kondensat yang diterima SOGT kemudiannya akan dijual ke pasaran domestik dan antarabangsa.

Sebahagian daripada gas yang diterima SOGT pula akan dimanfaatkan untuk kegunaan sektor elektrik dan industri hiliran.

Sebahagian lagi akan disalurkan ke Kompleks LNG Petronas di Bintulu melalui saluran paip sejauh 500 kilometer** yang akan dibina di bawah projek SSGP, kata senator itu.

— BERNAMA

[**Nota: Jarak dari Sandakan ke Kimanis, Papar, melalui jalanraya hanyalah lebih kurang 390 km sahaja!! Oleh itu, kalau saluran paip ini boleh dibina dari Kimanis, Sabah, ke Bintulu, Sarawak, tentulah tiada masalah untuk membina saluran paip yang sama untuk menyalurkan gas semulajadi ini ke Sandakan sebagai sumber untuk menjanakuasa elektrik!]

 

############################

Projek Gas Kimanis-Bintulu Bawa Kesan Berganda Untuk Rakyat Dan Ekonomi Sabah

November 20, 2008 18:52 PM

KOTA KINABALU, 20 Nov (Bernama) — Projek Petronas di Sabah terutama projek saluran gas Kimanis ke Bintulu akan membawa banyak kesan penggandaan kepada rakyat dan pertumbuhan ekonomi negeri, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Katanya projek itu akan menyaksikan pertumbuhan kawasan bandar dan pusat perindustrian yang baru, peluang perniagaan, pekerjaan dan pembangunan modal insan, sekaligus menyokong industri berasaskan minyak dan gas di negeri ini.

Beliau berkata melalui projek terminal minyak dan gas Kimanis ke Bintulu, Sarawak itu, sumber gas yang dikeluarkan dari luar pantai Sabah akan didaratkan di Kimanis.

“Sebahagian daripada gas yang dikeluarkan akan dibekalkan untuk kegunaan sektor tenaga dan perindustrian di Sabah dan selebihnya akan disalurkan ke kompleks LNG Petronas di Bintulu,” katanya dalam teks penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran.

Sehingga 1 Januari 2008, katanya jumlah rezab gas di luar pantai Sabah ialah sekitar 12.7 trilion kaki padu atau kira-kira 14 peratus daripada jumlah rezab gas negara.

Musa berkata medan gas yang terdapat di luar pantai Sabah adalah kecil dan berselerak, tidak seperti medan-medan gas di luar pantai semenanjung dan Sarawak.

Oleh itu, beliau berkata pembangunan rezab gas di luar pantai negeri ini perlu dijalankan secara berkelompok yang dijangka melibatkan kos yang tinggi.

Katanya kos pelaburan pembangunan loji minyak,gas dan petrokimia pada masa ini adalah terlalu tinggi berikutan peningkatan harga pasaran bahan binaan dan peralatan termasuk harga besi dan keluli yang meningkat sebanyak 225 peratus sejak lima tahun yang lepas.

Musa berkata sebahagian daripada gas yang bakal didaratkan telah diperuntukkan untuk kegunaan sektor tenaga dan perindustrian di Sabah.

Beliau berkata Petronas dan Yayasan Sabah telah mengadakan usahasama bagi pembangunan sebuah loji janakuasa elektrik dengan kapasiti sebanyak 300 MW di Kimanis.

Pembinaan loji itu dijangka memperkukuhkan lagi sektor tenaga di Sabah dan menjadi pemangkin kepada pembangunan industri lain di negeri ini, katanya.

— BERNAMA

Kita ADA alternatif!!

Mengapa tidak menggunakan tenaga HYDRO (air) yang jauh lebih bersih dan selamant ini, yang akan sedia pada tahun 2011???

Kalau pihak Tenaga Nasional Berhad (yang memiliki sebahagian Projek Bakun ini dan juga Sabah Elektrik Sdn Bhd, anak syarikatnya di Sabah) betul-betul mengambil berat penjagaan alam sekitar dan kesihatan Rakyat Sandakan, mengapa pula ia ingin mengekspotkan tenaga hydro dari Bakun, Sarawak, ke Semenanjung Malaysia dan Kalimantan yang begitu jauh (melalui kabel dasar laut sepanjang 676 km di Laut Cina Selatan!!), TETAPI BUKAN Pantai Timur Sabah yang begitu dekat dan hanya melalui darat??

Mengapakah Rakyat Sandakan MESTI menerima  penggunaan ARANG BATU yang begitu bahaya dan memudaratkan kesihatan kita semua, lebih mahal daripada tenaga hydro, dan akan diimport dari Indonesia??!!

Mengapa kerajaan Negeri Sabah tidak berusaha dengan iklas dan menjaga kebajikan Rakyat Pantai Timur Sabah/ Sandakan untuk mendapatkan bekalan elektrik  yang selamat ini dari Sarawak??

hydro-power

Projek Bakun Dijangka Siap Sepenuhnya Oktober 2011

04 Mac, 2009 17:38 PM

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsbusiness.php?id=393987

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) — Projek hidro elektrik Bakun di Sarawak yang mempunyai jumlah kapasiti sebanyak 2,400 megawatt, dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2011, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Kong Cho Ha.

Kerja-kerja sivil pembinaan projek Bakun dijangka siap pada Jun 2010 manakala kerja-kerja elektrik dan mekanikal dijangka siap pada awal suku keempat 2011, katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

“Mengikut jadual pelaksanaan projek, ujian kering akan dijalankan ke atas janakuasa pada Disember tahun ini manakala penugasan pertama dijadualkan pada Ogos 2010, dengan janakuasa pertama yang menjana 300 megawatt elektrik, akan mula berfungsi,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Henry Sum Agong (BN-Lawas) tentang persiapan projek Bakun.

Kong menjelaskan kerja-kerja penugasan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat yang melibatkan kesemua lapan janakuasa yang bakal menjana 2,400 megawatt elektrik.

Sementara itu, beliau berkata syarikat Sarawak Hidro Sdn Bhd dan Sarawak Energy Bhd (SEB) sedang dalam peringkat perbincangan dengan Brunei dan Kalimantan, Indonesia mengenai kemungkinan menjual tenaga elektrik projek Bakun.

Jumlah keseluruhan kos projek Bakun dianggarkan RM7.5 bilion dan sehingga hari ini sejumlah RM5 bilion telah dibelanjakan, kata Kong.

Sarawak Energy dan Tenaga Nasional Bhd dipertanggungjawabkan untuk menguruskan operasi projek Bakun.

Kedua-dua syarikat itu akan membangunkan gabungan sistem penghantaran, yang akan menyaksikan pengeksportan 1,600 megawatt arus elektrik dari Bakun ke Semenanjung Malaysia dan selebihnya ke Sarawak.

— BERNAMA

====================================

Sarawak Energy, TNB ambil alih projek Bakun

21/01/2009 7:59pm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_19.htm

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Sarawak Energy Bhd. dan Tenaga Nasional Bhd. secara dasarnya telah mendapat kelulusan dari kerajaan untuk mengambil alih operasi Projek Hidroelektrik Bakun (HEP) di Sarawak.

Kedua-dua syarikat tersebut akan mengambil alih operasi daripada Sarawak Hidro Sdn. Bhd. melalui perjanjian penyewaan dan untuk memajukan secara sistem transmisi bersepadu, yang berupaya mengeksport 1,600 megawatt (MW) elektrik dari HEP Bakun ke Semenanjung Malaysia selain untuk tenaga di negeri itu. – Bernama

====================================

Pinjaman Bagi Kabel Penyaluran Dasar Laut Bakun Dirunding
( 28/4/2008 )

http://www.ktak.gov.my/bm/system/print_details.asp?tt=NEWS&newsid=381&PrintVersion=yes

BINTULU, 28 April (Bernama) — Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Bank Kerjasama Antarabangsa Jepun (JBIC) sedang berunding mengenai pinjaman bagi membiayai kabel dasar laut untuk menyalurkan kuasa dari projek hidro Bakun ke Semenanjung Malaysia.

Empangan yang berharga RM3.2 bilion dan merupakan projek kuasa hidro terbesar negara dengan kapasiti 2,400 megawat itu dijangka siap menjelang Jun 2010.

Setiausaha Bahagian Tenaga di Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, Soma Ramasamy, berkata pemaju empangan itu, Sime Darby Bhd, menganggarkan kos kira-kira RM10.9 bilion untuk membeli dan merentang lebih 676 kilometer kabel dasar laut di Laut China Selatan.

Beliau berkata demikian dalam nota taklimatnya kepada Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Joseph Salang, semasa lawatannya ke projek empangan hidro di Bakun, kira-kira 180 kilometer dari sini pada hujung minggu.

Soma berkata pinjaman itu adalah di bawah Program Bantuan Pembangunan Rasmi JBIC.

Katanya EPU dan Kementerian Kewangan berharap untuk mendapat pinjaman yang rendah faedahnya dengan tempoh pembayaran balik yang panjang agar tarif elektrik yang dikenakan Sime Darby ke atas Tenaga Nasional Bhd lebih rendah.

Syarikat itu memegang 60 peratus ekuiti dalam projek itu manakala selebihnya dipegang oleh kerajaan di bawah unitnya, Sarawak Hidro Sdn Bhd.

Bakun dijangka menyalurkan kira-kira 1,600 megawat daripada kapasitinya ke Semenanjung Malaysia menjelang 2013.

Soma berkata JBIC mengenakan syarat ketat, iaitu ia perlu dilibatkan secara langsung dalam apa jua projek yang dibiayai pinjamannya.

“Peraturan mengenai alam sekitar dan sudut sosial juga sama ketatnya,” kata beliau.

Pada 21 Februari tahun ini, Sime Darby mengemukakan kertas kerja mengenai pinjaman itu kepada EPU, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, JBIC dan Bank Pembangunan.

Ia menyarankan supaya kemudahan pinjaman itu disalurkan melalui Bank Pembangunan dengan jaminan daripada Kementerian Kewangan kerana ia dibuat berdasarkan kerajaan dengan kerajaan, kata Soma.

Menurutnya pada 2 April, Kementerian Kewangan meminta, secara bertulis, kepada EPU untuk mengemukakan permohonan rasmi kepada Kedutaan Jepun, dan menambah bahawa sebelum itu ia perlu mendapatkan kelulusan Kabinet.

Beliau juga berkata kerajaan mungkin terpaksa menanggung sebarang kerugian dari segi pertukaran asing kerana pinjaman itu adalah dalam mata wang yen Jepun.

Mengenai talian penyaluran elektrik darat sepanjang 700 kilometer di Sarawak, Soma berkata Sime Darby akan berunding dengan Sarawak Energy Bhd, penyedia bekalan kuasa tunggal di negeri ini.

Talian HVDC (arus terus voltan tinggi) akan bermula dari empangan itu ke Kampung Pueh.

Kata beliau di Semenanjung Malaysia, Sime Darby telah mendapat lesen daripada Suruhanjaya Tenaga untuk memancarkan kuasa dari kabel dasar laut itu.

Dengan lesen itu, ia boleh meninjau laluan-laluan pengagihan bagi kabel itu, katanya.

Mengenai sama ada Bakun memberi harapan kepada pengguna untuk menikmati tenaga dengan kos yang lebih rendah, Soma berkata kadar tarif akan ditentukan selepas mengambil kira semua kos yang terlibat. “Buat masa ini agak sukar untuk mengatakan sama ada tarifnya rendah.

Tetapi kita akan cuba menjadikannya sepatut mungkin kerana kerajaan tidak mahu membebankan rakyat,” katanya.

— BERNAMA

Arang batu merupakan sumber tenaga yang paling teruk pencemarannya, memusnahkan kesihatan dan alam semulajadi kita.

Kita bertanggungjawab kepada anak-anak kami memenuhi keperluan tenaga dengan cara yang lebih pintar, bersih, dan sihat daripada menggunakan cara yang mencemarkan, merosakan alam semulajadi, dan mengakibatkan pemanasan global yang lebih sensitif.

Berikut adalah kesan-kesan pembakaran arang batu terhadap TANAH, UDARA, AIR, dan MANUSIA.

PERLOMBONGAN –> PEMBAKARAN –> BAHAN BUANGAN

mining

TANAH.

v Kerosakan tanah. Pokok-pokok, tumbuh-tumbuhan dan tanah yang subur akan dimusnahkan demi pembinaan kilang pembakaran arang batu, memusnahkan hutan rimba dan habitat hidupan liar, mengalakkan penghakisan tanah dan banjir, akibatnya pencemaran habuk dan seterusnya mengakibat masalah pernafasan kepada komuniti tempatan.

v Keruntuhan tanah. Perlombongan bawah tanah akan meninggalkan ruang kosong bawah tanah, mengakibatkan tanah runtuh dan tanah tenggelam ke muka bumi. Proses ini akan, dengan seriusnya, merosakkan struktur rumah, bangunan dan jalan raya disebabkan oleh keruntuhan bawah tanah.

v Perlombongan arang batu dari gunug-ganang. Cara perlombongan ini akan memusnahkan habitat, hutan rimba dan merosakkan harta benda orang tempatan…

UDARA.

v Pencemaran debu-debu arang batu. Perlombongan arang batu dan penyediaan arang akan menghasilkan debu-debu dan bahan pencemar yang mana apabila bergabung dengan bahan kimia yang lain di udara akan mengakibatkan masalah pernafasan yang serius dan kematian akibat paru-paru yang hitam.

v Pengangkutan. Lebih kurang 75% daripada pengangkutan arang batu di Negara Amerika Syarikat adalah melalui kereta api yang mana ia mengakibatkan debu-debu halus dan jerebu. Kedua-dua bahan pencemar ini boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti masalah pernafasan yang serius dan serangan asma.

v Gas metana. Perlombongan arang batu membebaskan 26% gas metana setiap tahun di Amerika Syarikat. Gas metana merupakan gas pemanas global 20 kali ganda lebih serius daripada karbon dioksida dan dihasilkan oleh batu-batu di persekitaran arang batu apabila arang batu dilombong, dan juga semasa penyediaan pembakaran dan pengangkutan arang batu.

AIR.

v Pengaliran air lombong yang berasid adalah disebabkan lombong-lombong yang terbuang dimana air menjadi berasid apabila bercampur dengan besi dan mineral-mineral lain. Apabila air yang berasid ini mengalir keluar, ia akan bergabung dengan air bawah tanah dan sungai, mengakibatkan pencemaran, merosakkan tanah yang subur, manusia dan hidupan liar.

v Penyediaan arang batu atau pembersihannya perlu menggunakan air dan bahan kimia yang banyak untuk mendapat arang batu yang berkualiti. Ini akan menyebabkan pengaliran bahan pencemar dalam bentuk lumpur yang di kenali sebagai “Slurry”…

v Perlombongan arang batu dari gunug-ganang bermaksud perlombongan arang batu dengan meletupkan gunung-ganang untuk mendapatkan arang batu di kawasan yang lebih rata. Demi mengurangkan perbelanjaan pembuagan bahan pembuang seperti batu-batu yang tidak berguna, syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab akan membuang bahan pembuang ini ke teluk atau sungai-sungai yang berdekatan. Ini akan mengakibatkan kerosakkan yang tetap terhadap ekosistem dan tanah lapang. Kaedah yang memusnahkan ini telah merosakkan atau memusnahkan lebih kurang 1,200 batu sungai-sungai, mengganggu system pengaliran air minuman dan membanjiri komuniti yang berdekatan di Amerika Syarikat.


MANUSIA.

v Paru-paru Hitam. Paru-paru hitam merupakan satu golongan penyakit pernafasan kepada pelombong-pelombong yang boleh mengakibatkan kematian dan penyakit paru-paru. Dari tahun 1992 hingga 2002, iaitu 10 tahun, lebih kurang 12,000 pelombong-pelombong di Amerika Syarikat maut akibat daripada paru-paru hitam. Simptom-simptom termasuk batuk-batuk, pernafasan yang kurang dan seterusnya paru-paru menjadi keras dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Walaupun symptom-simpton ini dapat dikawal, tetapi ia tidak boleh diubati.

v Komuniti. Perlombongan arang batu juga akan megurangkan hasil pendapatan komuniti tempatan termasuk kerugian dalam industry pelancongan dan rekreasi. Sebagai contoh di Pennsylvania, Amerika Syarikat, kerugian setahun dianggarkan sebanyak $67 juta daripada sukan memancing disebabkan oleh sungai-sungai yang tercemar dan berasid. Perlombongan arang batu juga akan merosakkan rumah-rumah dan harga hartanah juga akan merosot, menyebabkan rumah atau hartanah menjadi sukar dijual dan pindah.

v Pekerjaan. Di Amerika Syarikat, permintaan kerjaya sebagai seorang pelombong arang batu telah semakin merosot sejak 20 tahun yang lalu dan merupakan satu kerjaya yang paling merbahaya…Selain itu, purata pendapatan pelombong-pelombong arang batu juga semakin menurun.


· Artikel ini diterjemah oleh Razali Lui Y.F. (RL)

· Dipetik dari laman http://www.sierraclub.org/coal/dirtytruth/

Posted by: sandakan | March 4, 2009

Loji Arang Batu Memerlukan Penerimaan Umum

Sekurang-kurangnya 31,000 penduduk Sandakan sudah MEMBANTAH pembinaan Stesen Janakuasa Arang Batu

Sekurang-kurangnya 31,000 penduduk Sandakan sudah MEMBANTAH pembinaan loji Arang Batu

Loji Arang Batu Memerlukan Penerimaan Umum

(Public Yes needed for coal-fired power plant)
The Star, Selasa, 2hb Disember 2008

 

KOTA KINABALU: Penerimaan umum adalah syarat terawal jika loji arang batu mahu dilaksanakan di Sabah.

Inilah mesej yang diberikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Malaysia (Energy Commission of Malaysia), Datuk Pian Sukro kepada Menteri Pembangunan Infrustruktur Negeri Sabah, Datuk Raymond Tan, semasa mesyuarat mereka di Kuala Lumpur pada hari Khamis.

En. Andrew Goh, Setiausaha media kepada Datuk Raymond Tan, berkata bahawa masih tiada lessen yang dikeluarkan untuk loji arang batu.

Terdahulu, Datuk Raymond Tan menyampaikan kebimbangan penduduk-penduduk Sandakan mengenai rancangan untuk membina sebuah loji arang batu berkapasiti 300 megawat di daerah pantai timur itu.

Datuk Pian berkata, sebagai langkah segera untuk mengatasi masalah kekurangan sumber tenaga di Sandakan, sebuah loji diesel berkapasiti 100 megawat akan dibina di daerah tersebut.

Beliau juga berkata, pada 2017, bekalan tenaga di Sabah akan ditambah sebanyak 915megawat dengan siapnya 5 buah projek yang menelan belanja sebanyak RM6.25 bilion.

———————————————————

Penduduk-penduduk Taman Sibuga dan Mawar  (lebih kurang 6km dari tapak Loji Arang Batu yang dicadangkan) MEMBANTAH pembinaan Loji Arang Batu, dalam suatu demonstrasi aman pada 13 February 2009. Setakat ini, lebih kurang 31,000 (tidak termasuk petisyen online) penduduk Sandakan telah menandatangani petisyen untuk membantah projek ini.

Memandangkan bantahan rakyat Sandakan yang begitu kuat, pihak Kerajaan dan TNB/SESB harus MEMBATALKAN cadangan ini dengan serta merta, seperti yang berlaku di Lahad Datu tahun lalu (2008)!!

Kita mungkin boleh menerima kesalahan/ kelemahan yang lain yang dilakukan atau gagal ditangani oleh kerajaan atau ahli-ahli politik kita (seperti pembaziran kewangan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, kekurangan kecekapan), tetapi apabila menghadapi ancaman kepada kesihatan dan keselamatan kita dan keluarga kita seperti ini,  kita langsung TIDAK BOLEH bertolak ansur.

 

Penulis: OC

Posted by: sandakan | March 4, 2009

Dr. Zorina: Kesilapan Dijadikan PENGAJARAN, BUKAN Tiruan

Penulis: Dr. Zorina Khalid, Pengarah Hospital Duchess of Kent, Sandakan

Kebocoran Kolam Penyimpanan Sisa/Abu dari Loji Arang Batu di Tennessee, USA, pada Disember 2008

Kebocoran Kolam Penyimpanan Sisa/Abu dari Loji Arang Batu di Tennessee, USA, pada Disember 2008

Manusia sepatutnya belajar dari kesilapan negara-negara yang maju supaya tidak mengulangi kesilapan mereka di mana sekarang ini seluruh dunia mengalami kesan dan akibatnya. Apa yang saya maksudkan adalah isu “global warming” yang berlaku kerana masalah pengeluaran karbon dioksida yang tinggi. Karbon dioksida iaitu gas “green house” atau gas rumah hijau yang menyebabkan penebalan lapisan ozon.

Kita nampak, baca, serta alami berbagai gejala cuaca buruk yang tidak menentu di seluruh dunia. Ribut taufan dan banjir melanda di beberapa tempat dan negara dengan lebih teruknya. Juga kepanasan dan kemarau menyebabkan kawasan-kawasan yang dahulunya tempat pertanian menjadi seperti padang pasir. Kebakaran juga berlaku dan menjadi lebih teruk akibat cuaca yang panas dan kering seperti di Victoria, Australia, di mana cuaca yang demikian menyumbang kapada kematian sekurang-kurangnya 180 orang pada bulan Februari 2009 ini. Lebih dekat dengan kita, taufan dan banjir melanda menyebabkan perpindahan, kesusahan dan penderitaan.

Memang susah untuk percaya masalah global warming menjadi punca bagi cuaca dunia yang berubah-ubah dan mengancam kehidupan manusia di seluruh dunia, tetapi ini adalah kenyataan. Kyoto Protocol telah dikeluarkan oleh Konvensyen Perubahan Cuaca, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCED) pada tahun 1992 supaya pengeluaran green house gas ditangani semua negara.

Sekarang, negara-negara maju telah berusaha untuk mengurangkan pengeluaran gas karbon dioksida. Loji janakuasa Arang batu dikenalpasti antara pengeluar utama gas ini. Di beberapa negara maju mereka berusaha mencari kuasa atau tenaga alternatif dari punca yang lebih selamat dan kurang kesannya terhadap alam sekitar. Sebenarnya negara maju juga ada yang menutup loji janakuasa arang batu mereka kerana tidak mahu berterusan menjadi punca kepanasan dunia.

Di Malaysia, kita tidak mahu belajar dari kesilapan negara maju supaya tidak meniru kesilapan mereka. Kita bertekad untuk menjadi seperti negara maju melalui Wawasan 2020 yang diwarwarkan sejak kian lama. Namun kita masih tidak mengambil iktibar supaya tidak mengikuti jejak-jejak salah. Kita sepatutnya mencontohi negara-negara maju yang giat dalam aktiviti penjagaan alam sekitar. Sedihnya negara kita masih berpegang dengan amalan-amalan yang merosakkan alam sekitar.

Membina loji janakuasa arang batu semestinya bukan cara yang baik dan efisien untuk menjana tenaga dan selain pengeluaran karbon dioksida yang begitu tinggi, loji arang batu juga punca pencemaran udara dan air. Loji janakuasa arang batu dikenalpasti punca pencemaran air dengan raksa, dan juga menyebabkan kepanasan air laut. Udara tercemar dengan habuk yang boleh merosakkan system pernafasan terutama dalam kanak-kanak muda. Raksa hasil buangan dari loji ini juga boleh menjadi penyebab bagi banyak jenis kanser.

Persekitaran kita sekarang ini telah terlalu banyak dinodai dengan racun. Racun dalam makanan melalui semburan racun serangga dan racun rumpai. Asap kenderaan mengotori udara kita yang juga menjadi punca bagi penyakit paru-paru dan penyakit jantung. Air minuman kita tercemar kerana pembuangan sampah toksik dekat sungai yang menjadi punca air minuman. Sudah cukup kita harungi dunia kini dengan berbagai racun yang mengelilingi kita. Lebih teruk sekiranya kita perokok. Patutkah kita terus lagi menerima tambahan racun dalam hidup kita dan hidup anak-anak dan cucu-cicit kita dengan membenarkan loji janakuasa dibina di tepi kampung dan bandar kita? Sudah cukup pencemaran udara dan air yang berlaku, mahukah kita menerima pula hujan asid yang juga telah dikenalpasti akibat dari loji janakuasa arang batu?

Kita diberitahu loji yang akan dibina di Sandakan adalah dari “clean coal technology”. Sebenarnya adakah teknoloji begini? Loji janakuasa arang batu tetap mengeluarkan begitu banyak gas karbon dioksida dan apakah kepastian arang batu untuk menjana tenaga ini jenis yang kurang cemar? Sekiranya boleh berlaku DUA kebocoran dalam masa 2 minggu dari kolam penyimpanan sisa-sisa /abu loji jana kuasa arang batu di Tenessee dan Alabama, USA baru-baru ini, di mana mereka mempunyai sistem kawalan yang teratur, apakah jaminan malapetaka ini tidak berlaku di sini, di mana sistem kawalan keselamatan kita masih belum memuaskan dan terjamin seperti di negara maju.

Saya berpendapat masih tidak terlewat untuk kita berusaha sedaya tenaga dan kemampuan kita untuk menghentikan loji janakuasa arang batu dibina di persekitaran bandar kita yang kita cintai. Bandar kita yang dikenali seluruh dunia sebagai Nature City yang sepatutnya kita jaga persekitaranya supaya udaranya terus nyaman, air lautnya terus berpotensi menghasilkan makanan laut yang lazat dan bersih untuk dinikmati generasi-generasi yang akan datang. Kita tidak mahu oleh kerana mahukan tenaga dari sumber arang batu, kita hancurkan alam sekitar kita dan kita gadaikan kehidupan yang seimbang, selesa dan mesra alam, mesra penduduk, mesra fauna dan mesra flora.

Exposing the Myth of Clean Coal Power
By Bryan Walsh Saturday, Jan. 10, 2009
http://www.time.com/time/health/article/0,8599,1870599,00.html

Utility grapples with two sludge spills
http://www.msnbc.msn.com/id/28594413/

TVA chief says coal ash spill was ‘catastrophe’
http://www.aol.com.au/news/story/TVA-chief-says-coal-ash-spill-was-catastrophe/1682321/index.html

Memo details TVA editing of response to ash spill
http://www.aol.com.au/news/story/Memo-details-TVA-editing-of-response-to-ash-spill/1586581/index.html


[Nota pemilik blog: Perlu diingat bahawa Dr Zorina Khalid bukanlah berasal dari Sandakan, tetapi sebagai seorang doktor, beliau sangat mengambil berat tentang kesihatan orang awam, khususnya di Sandakan.]

Kami memilih kerajaan kami supaya mereka akan mempertahankan kesejahteraan rakyat dengan mencari penyelesaian dan cara-cara yang walaupun susah, tetapi pilihan yang bijak – BUKANNYA yang senang, malas dan bahaya!!

Kami memilih kerajaan kami supaya mereka akan mempertahankan kesejahteraan rakyat dengan mencari penyelesaian dan cara-cara yang walaupun susah, tetapi pilihan yang bijak – BUKANNYA yang senang, malas dan bahaya!!

Yang Berhormat Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional di Daerah Sandakan (Negeri dan Persekutuan),

 

Arang Batu merupakan satu bahan yang sangat bahaya dan menjejaskan kesihatan. Pendedahan kepada pembakaran arang batu dalam jangkamasa yang panjang boleh mengakibatkan kelahiran cacat kepada generasi kita yang akan datang, menyebabkan penyakit yang memudaratkan seperti kanser dan serangan jantung, asma, meracuni air, udara dan makanan hasil laut (yang menjadikan Sandakan sangat terkenal), memusnahkan habitat-habitat perikanan dan juga hidupan liar serta alam semulajadi kita.

Saya tidak yakin bahawa sebuah syarikat swasta yang mencari untung akan membelanjakan lebih untuk mempertahankan keselamatan dan kesihatan kami selama ia menguruskan loji Arang Batu. Apa pun, ia adalah tidak masuk akal jika saya menyerahkan nasib keluarga saya dan diri saya sendiri kepada mereka ini. Oleh itu, apa jua ‘Environmental Impact Assessment Report’ (Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar) yang sedang dijalankan (kononnya untuk menentukan sama ada projek ini ‘sesuai’ untuk Seguntor, Sandakan, atau tidak) adalah langsung tidak bermakna bagi saya dan tidak boleh dipakai.

Seperti yang dikatakan oleh Y.A.B. Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, Ketua Menteri, ketika MEMBATALKAN projek ini di Lahad Datu pada tahun 2008:

Setelah menimbang akan kebaikan dan keburukannya, Kabinet memutuskan MENOLAK cadangan ini kerana kita TIDAK MAHU MENGGADAIKAN kebajikan masyarakat di kawasan itu [di Lahad Datu] termasuk dari segi KESIHATAN DAN KESAN BURUK terhadap alam sekitar… Saya tahu sesetengah orang berkata dengan teknologi hari ini, cadangan loji itu adalah selamat dan bersih TETAPI sesetengah PAKAR juga TIDAK BERSETUJU.” (New Sabah Times, 3 April 2008)

Kalaulah kesihatan hidupan liar di Lembah Danum dan manusia di Lahad Datu adalah penting, saya percaya kami di Sandakan adalah sama penting juga.

Kalau Kerajaan Barisan Nasional Persekutuan atau Negeri turut membenarkan satu Loji Arang Batu dibina dalam kawasan 100 km dari Sandakan, dukacita dimaklumkan bahawa saya akan terpaksa menarik balik sokongan saya kepada Barisan Nasional dalam Pilihan-Pilihan Raya Umum akan datang, tak kira siapa pun calonnya – kerana begitu ramai orang dan begitu banyak generasi di Sandakan boleh diancam oleh keputusan ini. Jika Yang Berhormat, walaupun sebagai pemimpin Barisan Nasional, gagal menyakinkan rakan-rakan dalam Kerajaan BN supaya membatalkan projek ini, apa guna kami menyokong YB dari BN??

Saya memang amat bersyukur terhadap apa yang telah dicapai oleh BN untuk Sandakan setakat ini, tetapi keputusan menggunakan Arang Batu yang bahaya ini di Sandakan seumpama suatu dosa yang besar terhadap cucu-cucit kita, lebih-lebih lagi setelah ia DITOLAK di Lahad Datu.

Benar, Sandakan memerlukan sumber-sumber tenaga yang baru, tetapi ini TIDAK bermakna kami sanggup mengorbankan kesihatan kami untuk kuasa elektrik. Takut nanti, “Walaupun yang dikejar dapat, yang dikendong berciciran.” Semua orang tahu bahawa arang batu adalah satu cara yang lebih murah dan mudah – kami TIDAK perlu pemimpin kami yang bijaksana untuk memberitahu kami. Kami memilih kerajaan kami supaya mereka akan mempertahankan kesejahteraan rakyat dengan mencari penyelesaian dan cara-cara yang walaupun susah, tetapi pilihan yang bijak – BUKANNYA yang senang, malas dan bahaya!

Lagipun, terdapat banyak lagi cara-cara yang jauh lebih bersih dan selamat untuk memenuhi keperluan tenaga di Pantai Timur, Sabah, seperti meneruskan projek membina Grid yang mengalirkan elektrik dari Pantai Barat ke Timur melalui Ulu Padas—> Serudong—> Tawau; menggunakan gas semulajadi yang akan diekspot dari Kimanis, Sabah, ke Bintulu, Sarawak; kuasa elektrik hydro (air) dari Bakun, Sarawak; biomass yang menggunakan sisa tumbuh-tumbuhan seperti kelapa sawit; dan sebagainya. Cara-cara ini mungkin lebih susah, tetapi adalah menjadi kewajipan dan amanah pemimpin-pemimpin kita untuk berusaha sedaya upaya untuk mencari jalan yang sesuai dan selamat demi mebela nasib rakyat jelata.

SILALAH TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB TUAN SEBAGAI WAKIL RAKYAT/ PEMIMPIN UNTUK MENYELAMATKAN SANDAKAN DAN CUCU-CICIT KITA.

Yang Benar,

Rakyat Sandakan yang menanti-nantikan Kepimpinan yang Ikhlas dan Berwawasan

“Masalah kelahiran cacat adalah berkaitan dengan pencemaran alam sekitar, terutamanya di lapan kawasan utama ZON ARANG BATU”

“Masalah kelahiran cacat adalah berkaitan dengan pencemaran alam sekitar, terutamanya di lapan kawasan utama ZON ARANG BATU”


Kadar Peningkatan Kelahiran Cacat di China Mendadak

1 February 2009, BBC

Media Negara China melaporkan bahawa seorang pegawai kanan perancang keluarga (family planning) di Negara China telah mendapati suatu peningkatan secara mendadak kelahiran bayi dengan kecacatan. En. Jiang Fan, daripada Suruhanjaya Populasi Nasional dan Perancang Keluarga Negara China, berkata bahawa pencemaran alam sekitar adalah suatu punca peningkatan tersebut.

Pusat melombong Arang Batu di wilayah Shanxi adalah kawasan yang menghadapi masalah yang paling teruk.

Keadaan yang sama pernah dilaporkan sebelum ini di Negara China, dan ianya kurang jelas sama ada En. Jiang merujuk kepada statistik yang terkini atau sebaliknya apabila berkata demikian.

Satu laporan suruhanjaya pada tahun 2007 menyatakan bahawa kadar kecacatan telah meningkat sebanyak 40% sejak tahun 2001, iaitu daripada 104.9 bagi setiap 10,000 kelahiran kepada 145.5 dalam tahun 2006.

Pegawai-pegawai menyalahkan pengeluaran/pelepasan daripada industri arang batu dan industri kimia di Shanxi sebagai punca masalah-masalah disana.

“Masalah kelahiran cacat adalah berkaitan dengan pencemaran alam sekitar, terutamanya di lapan kawasan utama zon Arang Batu,” En. An Huanxiao, pengarah agensi perancang keluarga wilayah Shanxi berkata.

“Cadangan Pencegahan”

En. Jiang berkata, dalam setiap 30 saat, seorang kanak-kanak dilahirkan dengan kecacatan fizikal disebabkan oleh kualiti alam sekitar yang semakin buruk.

Pemberita berkata bahawa laporan menunjukkan perkembangan ekonomi yang pantas di Negara China telah mendatangkan akibat yang buruk kepada manusia.

Penyelidik juga menyalahkan pendedahan kepada nitrogen dioksida, karbon monoksida dan partikel-partikel (debu-debu) pencemar sebagai penyebab kepada peningkatan masalah kelahiran cacat ini.

“Bilangan kelahiran cacat di kedua-dua kawasan Bandar dan pedalaman meningkat secara berterusan,” suratkahabar China Daily melaporkan bahawa En. Jiang berkata demikian.

“Peningkatan yang semakin meruncing ini memaksa kami untuk melaksanakan pelan pencegahan di peringkat yang tinggi.”

Suruhanjaya telah memperkenalkan program pemeriksaan kesihatan di lapan wilayah yang mengalami keadaan yang paling teruk, kata En. Jiang.

————————————————————————–

Berita ini diterjemahkan daripada:

http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/7863290.stm

http://www.savesandakan.com/serious-birth-defects-in-newborns-every-30-secs-in-china-because-of-coal-power-plants/#more-245

Nota:

Loji ARANG BATU yang dicadangkan di Sandakan akan dibina oleh kontraktor dari Negara CHINA, menggunakan teknologi CHINA.

http://www.savesandakan.com/contract-for-coal-fired-power-plant-signed-on-2008-02-20/

Haruskah kita meyakini (confident) teknologi-teknologi yang diekspot dari Negara CHINA, standard etika (ethical standard) dan pengawalan kualiti mereka?

http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/7620382.stm

Posted by: sandakan | February 20, 2009

30 Sebab Mengapa Loji Arang Batu TIDAK diperlukan di Sabah

arang-batu-flyer

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan anak syarikatnya, Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), telah melobi bagi pihak Lahad Datu Energy Sdn Bhd , sebuah syarikat Pembekal Tenaga Persendirian (Independent Power Provider) untuk membina sebuah loji arang batu berkapasiti 300 megawatt di Sabah dengan penuh giat sejak tahun 2007 lagi. Oleh kerana usaha mereka untuk membina loji tersebut di Lahad Datu telah gagal, mereka kini mengalihkan tumpuan mereka untuk membina loji yang sama di Sandakan.

Pemimpin-pemimpin politik, badan-daban bukan kerajaan (NGOs), pemegang-pemegang saham, rakyat biasa TNB dan SESB sendiri telah memperkatakan mengenai kesan-kesan negatif loji elektrik arang batu. Mereka telah menyuarakan kebimbangan mengenai kemusnahan ekologi hutan dan hidupan laut, hujan asid, ketidakseimbangan biodiversity, merkuri dalam makanan, kesihatan dan kebajikan generasi akan datang, pengurangan sumber makanan, pemanasan global dan perubahan iklim, kemusnahan kawasan-kawasan tarikan pelancongan, pilihan bagi pembaharuan sumber tenaga dan alternatif lain, kesan dari segi ekonomi jika sebuah loji arang batu dilaksanakan dan banyak lagi isu-isu berkaitan.

Menurut laporan akhbar Daily Express bertarikh 1hb Januari 2009 yang bertajuk “ Pilih yang mana Paling Penting dalam tahun 2008”

“Cadangan pembinaan loji arang batu yang pada mulanya ditetapkan di Lahad Datu kini dipindahkan ke Sandakan, dimana tapak yang dicadangkan untuk membina loji tersebut telah menimbulkan kontroversi dikalangan badan-badan bukan kerajaan (NGOs) dan para aktivis kerana antara lain ia dikatakan terlalu berhampiran dengan Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok. Setakat penghujung tahun 2008, Kerajaan Negeri mengumumkan bahawa belum ada keputusan yang dibuat berkaitan isu tersebut.”

Perkara ini telah ditempatkan pada kedudukan ke-4 diantara 10 peristiwa teratas pada tahun 2008.

Berikut adalah 30 sebab mengapa pembinaan loji arang batu langsung tidak diperlukan dimana jua di Sabah.

1. …Kabinet memutuskan menolak cadangan ini kerana kita TIDAK mahu menggadaikan kebajikan masyarakat di kawasan itu [di Lahad Datu] termasuk dari segi kesihatan dan kesan buruk terhadap alam sekitarSaya tahu sesetengah orang berkata dengan teknologi hari ini, cadangan loji itu adalah selamat dan bersih tetapi sesetengah pakar juga TIDAK bersetujuKita TIDAK dapat mengambil risiko dan memusnahkan alam sekitar yang masih kekal. Kita perlu mencari sumber tenaga yang lebih mesra alam sekitar.

Datuk Seri Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah – 3hb April 2008 (New Sabah Times).

2. Walaupun CASH gembira kerana projek [loji arang batu] telah dibatalkan, Kerajaan mestilah berusaha untuk menjamin bahawa tiada satu pun yang dapat mengubah keputusan Kabinet di masa akan datang. Saya khuatir arahan ini tidak bertahan lama.

Datuk Patrick Sindu, Presiden, Persatuan Pengguna Sabah dan Labuan (CASH)4hb April 2008 (Daily Express)

3.Petronas akan membina loji gas berkapasiti 300megawatt di Kimanis dan juga merancang untuk membina industri saliran petroleum bawah tanah di Sabah

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia – 1hb Jun 2008 (The Star)

4. Lambat laun, kita terpaksa menerima hakikat dan membuat keputusan [tentang pembinaan loji arang batu] tetapi apa yang saya maksudkan disini ialah, kita memerlukan tenaga tetapi kita mahukan tenaga yang bersih.

Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah – 12hb Jun 2008 (Daily Express)

5. Peruntukan sebanyak RM400 juta untuk projek tenaga solar hybrid [untuk 122 sekolah dikawasan pedalaman Sabah] diperolehi daripada peruntukan sebanyak RM950 juta yang diberikan kepada Kementerian Pelajaran, yang disediakan melalui Kajian Semula Penggal Pertengahan Pelan Malaysia ke-9.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, Menteri Pelajaran Malaysia13hb Julai 2008 (Daily Express)

6.Mungkin kita patut melihat terhadap perkara ini, tetapi bukan untuk kepentingan sendiri, Bakun telah ditetapkan untuk Semenanjung Malaysia (merangkumi 415 batu laluan transmisi melalui darat, 400 juta batu lagi untuk kabel dibawah permukaan laut dan 285 batu kabel transmisi melalui darat ke Kuala Lumpur dan dimana saja di Malaysia) [Total 1,100 batu] dan di negeri Sarawak sendiri. Daripada kapasiti keseluruhan Bakun sebanyak 2,400 MW, 1,700MW telah ditetapkan untuk Semenanjung Malaysia dan yang lainnya untuk Sarawak.

– Dr. Aznan Ezraie Ariffin, Pegawai Khas (Teknikal) kepada Ketua Pegawai Eksekutif TNB. – 13hb Julai 2008 (Daily Express)

7. Para pemimpin politik kita seharusnya bersatu dan menegakkan hak-hak rakyat serta melindungi mereka daripada kumusnahan seperti [loji arang batu]. Kenyataan bahawa gas semulajadi kita dapat mengalir ke Bintulu, yang jauhnya 500 km tetapi tidak dapat sampai ke Sandakan, sedangkan jauhnya tidak pun sampai separuh (jarak ke Bintulu) sesungguhnya adalah karut.

Mr. Chang Kwok Kheng, Presiden, Dewan Perniagaan Cina, Sandakan 24hb Julai 2008 (Daily Express)

8. Jika ia [loji arang batu] berbahaya untuk Lahad Datu, mengapa pula ia tidak berbahaya untuk Sandakan. Kebelakangan ini, dunia sedang cuba untuk mengelakkan projek sebegini, mengapa ia masih dibawa ke Sandakan? Tiada alasan untuk loji tersebut dibina di Sandakan, tempat eko-pelancongan yang dikenali diseluruh dunia.

Mr. Stephen Wong Tain Fatt, Pengerusi, Jawatankuasa Anti Loji Arang Batu, Sandakan. – 26hb Julai 2008 (Daily Express)

9. Teknologi perangkap karbon yang boleh meminimakan risiko kesihatan hanya mungkin diperolehi dalam masa 15 ke 20 tahun lagi dan pada masa tersebut kemusnahan mungkin telah berlaku dan apa yang menyedihkan ialah kesannya terpaksa dihadapi oleh anak-anak kita yang kini tiada suara untuk membuat keputusan.

Mr. S.M. Muthu, Pencinta Alam Sekitar27th July 2008 (Daily Express)

10. Secara umumnya, pemilihan untuk jenis sumber tenaga bagi apa jua projek loji adalah berpandukan beberapa criteria. [Pertama] tenaga ataupun sumber minyak sudah sedia ada atau boleh diadakan pada harga kompetetif yang berpatutan melalui satu tempoh operasi janakuasa (keselamatan pembekal sumber tenaga) –

Encik Baharin Din, Pengarah Urusan, Sabah Electricity Sdn. Bhd.27hb Julai 2008 (Borneo Post)

11. Adalah sangat penting bagi Kerajaan untuk berpandukan kepada pendapat umum berkaitan isu [projek pembinaan loji arang batu] ini. Kita mesti mendengar suara umum. Apa yang kita katakan tidak penting, apa yang umum (rakyat) fikir adalah penting. Pendapat majority.

Datuk V K Liew, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Ahli Parlimen, Sandakan dan Presiden, Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP) 28hb Julai 2008 (Daily Express)

12. Saya fikir Kerajaan Negeri perlu mendapatkan pakar alam sekitar, yang tiada kepentingan dalam projek ini, yang pendapatnya akan boleh diterima oleh badan-badan bukan kerajaan (NGOs) dan rakyat. –

Datuk Raymond Tan Shu Kiah, Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Infrustuktur Negeri Sabah.31hb Julai 2008 (Daily Express)

13. Kadar nitrogen oksida yang rendah didalam udara [daripada loji arang batu] boleh menyebabkan gangguan pada mata, hidung, tekak dan paru-paru, mungkin menyebabkan anda batuk dan mengalami kesukaran bernafas, keletihan dan loya. Pendedahan kepada kadar nitrogen oksida yang rendah juga boleh menyebabkan cecair terbentuk didalam paru-paru dalam masa 1-2 hari selepas terdedah kepadanya. Sementara menghirup udara yang engandungi kadar nitrogen oksida yang tinggi pula boleh menyebabkan “rapid burning”, kekejangan, dan pembengkakan tisu-tisu, pembentukan cecair didalam paru-paru anda dan kematian.

Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Sabah (SEPA)16hb Ogos 2008 (Daily Express)

14. Kebanyakan Negara seperti Jerman, UK, Eropah dan Jepun tidak menggunakan sistem pembuangan. Mereka menggunakan sistem penyejukan air tertutup yang megedar semula air yang sama pada menara penyejukan dan untuk penggunaan semula dan supaya ia tidak melibatkan pembuangan sisa buangan toksik air kedalam laut.

Mr. Gary Yapp, Ketua Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Sabah (SEPA), Tawau.14hb September 2008 (Daily Express)

15. Saya sangat bersimpati terhadap keperluan tenaga di Pantai Timur tetapisebagai seorang pencinta alam sekitar, saya memohon untuk rakyat secara diplomasi untuk satu keputusan yang demokratik keatas perkara ini.

Ms. Nilakrisna James, Ketua, Jawatankuasa Perubahan Iklim, Persatuan Peguam-Peguam Sabah4hb Oktober 2008 (Daily Express)

16. Penolakan tapak di Lahad Datu [bagi loji arang batu] pada April tahun ini oleh Kerajaan Negeri menjadikan ianya tidak logik bagi sesiapa jua untuk menerima Sandakan sebagai tapak pembinaan yang baru. Sandakan hanya 2 jam perjalanan dari Lahad Datu.

Datuk Seri Yong Teck Lee, Presiden, Parti Progresif Sabah (SAPP)8hb Oktober 2008 (Daily Express)

17. Ya, terutamanya untuk Sabah, tenaga solar sangat memberi harapan. Sabah mungkin memperolehi banyak cahaya matahari, tetapi ramai yang meragui tentang memerangkapnya. Sudah tentu anda boleh memerangkapnya. Itu lebih banyak berlaku. Tetapi, pelaburan adalah lebih mahal. Semuanya bergantung kepada skala projek. Sesetengah projek boleh menjadi sangat menarik.

Mr. Antonio Garcia, Kaunselor Ekonomi dan Perdagangan bagi Kedutaan Spain, semasa lawatannya ke Sabah– 16hb Oktober 2008 (Daily Express)

18. Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkata bahawa ia tidak dapat menurunkan kadar tariff elektrik kerana harga arang batu, yang meliputi 60% daripada kos penjanaan kuasanya, masih kekal diatas USD75 (RM250) bagi setiap tan metric. 60% daripada tenaga yang kita perolehi adalah dijanakan daripada gas dan 30% arang batu, tetapai dari segi kos, arang batu memakan belanja sebanyak 60% dan gas hanya 40%.

– Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tenaga Nasional Berhad (TNB). – 17hb Oktober 2008 (Daily Express)

19. Pencemaran udara telah mencapai tahap kritikal. Pada bila-bila masa saja, disebabkan oleh pencemaran udara, anak-anak kita tidak akan dapat merasai keseronokan walaupun untuk perkara termudah seperti bermain di taman permainan. Ingatlah, setiap kali kita membenarkan pembakaran dan kepulan asap, kita mencemarkan udara dan mengurangkan satu kegembiraan, hari yang bebas tanpa masalah dalam kehidupan kanak-kanak yang tidak mengetahu apa-apa disekeliling mereka ini.

– Kementerian Sumber Tenaga Asli dan Alam Sekitar, siri-siri iklan. – 21hb Oktober 2008 dan seterusnya (Daily Express dan Borneo Post)

20. Malaysia tidak akan menhadapi kekurangan tenaga elektrik sehingga tahun 2012 setelah mengambil kira magin rizab elektrik negara yang tinggi. Kadar rizab 42% yang terkini dijangka akan meningkat sebanyak 5% menjadikannya 47% apabila loji Jimah di Negeri Sembilan mula beroperasi.

Datuk Shaziman Abu Mansor, Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi Malaysia 23hb Oktober 2008 (Daily Express)

21. Masanya telah tiba untuk kita betul-betul membangunkan kemampuan Negeri untuk menguruskan kawasan-kawasannya yang dilindungi. Ini adalah sesuatu yang tidak pernah kita fikirkan sekian lama dan terdapat keperluan sebenarnya untuk kita betul-betul membangunkan kemampuan kita untuk menguruskan kawasan-kawasan kita yang dilindungi.

Dr. Abdul Hamid Ahmad, Institute of Tropical Biology and Conservation Director, Universiti Malaysia Sabah.23hb Oktober 2008 (Daily Express)

22.   Walaupun banyak bandar-bandar yang mendapat bekalan yang cukup [dengan tenaga elektrik], kawasan pedalaman – terutamanya yang terpencil, terasing, dan dispersed riverine of hill communities – menghadapi prospek yang kabur untuk dapat disambungkan dengan national grid.

– Ms. Lilei Chow, Program Pembangunan UN.26hb Oktober 2008 (New Sunday Times)

23. Kami mempunyai maklumat bahawa SESB telah menempah dan memagar seluas 500 ekar tanah di tapak POIC di Teluk Seguntor, Sandakan, yang hanya 6km dari Pusat Orang Utan Sepilok. Kami ingin mngetahui mengapa SESB sangat kreatif tentang perkara ini walaupun mereka telah menjanjikan proses EIA yang telus kerana selama ini mereka telah menafikan bahawa kawasan yang sesuai telah dikenalpasti. –

Mr. Wong Tatt, Presiden, Persatuan Perlindungan Alam Sekitar, Sabah (SEPA).2hb November 2008 (Daily Express)

24. Sabah dikenali dengan hutannya yang luas dan indah. Kita ada Gunung Kinabalu dan kita juga ada pantai-paintai yang cantik yang menjadi tarikan pelancong. Dengan pembukaan taman ini di Taman Rimba Sandakan, ia pastinya akan menjadi salah satu lagi tempat yang popular bagi penduduk Sandakan untuk bersenam dan beristirehat.

Datuk Peter Pang En Yin, Menteri Belia dan Sukan Sabah.2hb November 2008 (Borneo Post)

25.   Dari segi pendapat sains geo yang ringkas, persoalannya bukanlah sama ada tenaga yang boleh diperbaharui akan dapat menggantikan bentuk pengeluaran tenaga yang sedia ada, persoalannya ialah bilakah ia akan dapat digantikan.

Prof. Dr. Jorgen Bohner, Institute of Geography, Hamburg University semasa lawatannya ke Sabah. 4hb November 2008 (Daily Express)

26.   Saya komited terhadap terhadap hasrat parti dan rakyat Sabah untuk melihat saluran paip gas Petronas dari Kimanis, Sabah ke Bintulu, Sarawak. Pertamanya, sebagai penyalur bahan aktiviti bawah tanah (di Sabah) dan ia juga boleh digunakan untuk menjana elektrik supaya Sabah mempunyai bekalan tenaga yang mencukupi.

Tan Sri Bernard Dompok, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan PresidenUnited Momogun Kadazandusun Murut Organization (UPKO). – 7hb November 2008 (Daily Express)

27. Bahagian bawah Kinabatangan-Segama juga adalah salah satu daripada lima tapak Ramsar di Malaysia. Sijil Antarabangsa Ramsar ialah penghargaan tertinggi bagi pemuliharaan kawasan perairan. Dalam hal ini, kita bukannya memperkatakan tentang pengeksploitasian tetapi lebih kepada pemuliharaan, biodiversity, penambah-baikkan, penyelidikan, penjagaan hidupan liar yang terdapat disana dan juga apakah preskripsi yang diperlukan dalam usaha untuk memastikan kewujudannya, kualiti pengurusan dan kualiti hutan-hutan tidak akan diburukkan oleh campur tangan manusia.

Datuk Sam Mannan, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri. – 8hb November 2008 (Daily Express)

28. Pelan untuk membangunkan industri petrokimia di Sabah bukanlah sesuatu yang baru difikirkan tetapi ianya adalah hasil daripada kajian terperinci yang dijalankan semenjak tahun 2006 dan Kerajaan Negeri terlibat sepenuhnya dalam perkara ini. Setakat ini, bagi penggunaan gas untuk Sabah, kami (Petronas Gas BErhad) telahpun menandatangani satu perjanjian usaha sama dengan Yayasan Sabah untuk membina sebuah kombinasi kitaran 300MW loji (berasaskan gas). Ini akan tersedia apabila gas telah sampai di Kimanis.

Tan Sri Mohd. Hassan Marican, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Petronas Bhd.16hb November 2008 (Daily Express)

29.   Dua cabaran terbesar yang dihadapi oleh rakyat Malaysia pada hari ini adalah pemanasan global dan sumber asli. Diantara keduanya, perhatian kita perlu diutamakan kepada perubahan cuaca.Pemanasan global keatas planet bumi kita adalah ibarat seorang yang mengalami demam yang tidak akan merasa sihat apabila suhu badannya meningkat daripada 30 darjah Celcius kepada 37 darjah Celcius.

Dr. Abu Hanifah Azit, Principal Engineer of Energy Efficiency and Renewable Energy Division, Tenaga Nasional Berhad (TNB). – 27hb November 2008 (Daily Express)

30.   Kerajaan perlu memberikan tumpuan kepada konsep pelancongan secara keseluruhannya dengan mengadakan promosi produk pelancongan dalam dan luar Negara. Sabah berkemampuan untuk diketengahkan sebagai salah satu pusat pelancongan yang eksotik bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di kawasan Asia Tenggara.

Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri Pelancongan Malaysia. – 30hb November 2008 (Daily Express)

Kesemua kenyataan diatas dan banyak lagi yang tidak menyokong loji arang batu telah dikeluarkan di surat khabar tempatan dan juga nasiinal seperti yang tertera pada tarikh yang disebutkan.

Memang pastinya terdapat beberapa artikel yang telah ditulis dan komen-komen mengenai apa yang disebut sebagai loji “teknologi arang batu yang bersih”. Namun, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman telah disebut sebagai berkata “Saya tahu sesetengah berpendapat bahawa dengan teknologi pada hari ini, rancangan untuk membina loji adalah selamat dan bersih tetapi sesetengah pakar juga tidak bersetuju dan berpendapat sebaliknya.”

Kebanyakan cerita yang menyokong loji arang batu adalah retorik yang sama dengan cerita lapuk bagaimana Negara-negara lain menggunakan loji arang batu untuk menjanakan tenaga. Walaubagaimanapun, mereka dengan cerdiknya tidak menyebut langsung mengenai kesan-kesan negatif pembakaran arang batu dan juga kemusnahan yang boleh berlaku keatas alam sekitar dan kesihatan manusia.

Disebalik semua alasan yang diberikan oleh para pemimpin kita, pakar-pakar dan pemegang-pemegang saham, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) masih juga bertungkus lumus untuk membina loji arang batu untuk kepentingan pihak-pihak tertentu. Adalah sesuatu yang amat menyedihkan sekiranya usaha TNB/SESB ini berhasil.

Penulis: Gengadharan Govinda Pillai (Tel: 013-8837370)24hb Januari 2009

Artikel berkaitan:

  1. TheStar: Public Yes needed for coal-fired power plant The STAR Tuesday December 2, 2008 Public Yes needed for…
  2. CALL ON ALL YBs TO EXECUTE THE PEOPLE’S WISHES AND DESIRE FOR CLEAN ENERGY AND NO COAL-FIRED POWER PLANT Download in PDF Format: http://rapidshare.com/files/176282238/N1220A1p.pdf CALL ON ALL YBs…
  3. Attention : TNB & SESB , public want clean energy and NOT coal fired power plant ! Study on Sabah wind power potential  Kota Kinabalu: A professional…
  4. Transparency Needed on Coal-Fired Power Plant! “More discussions, forums and seminars on coal-fired power plant”, said…
  5. Denial or Truth ? ? ? Christmas Present for 2008 ?  State EPU : Confirm Coal.
Keputusan yang Bijak dan Tepat-Cadangan Guna Tenaga ARANG BATU DITOLAK

Keputusan yang Bijak dan Tepat–Cadangan Guna Tenaga ARANG BATU DITOLAK di LAHAD DATU, New Sabah Times, 3 April 2008

Kabinet Sabah LEBIH Mengutamakan Kesihatan BINATANG LIAR dan Pendudk LAHAD DATU??

Kabinet Sabah LEBIH Mengutamakan Kesihatan BINATANG LIAR dan Pendudk LAHAD DATU??

CADANGAN GUNA TENAGA ARANG BATU DITOLAK

New Sabah Times, Khamis, 3 April 2008, Muka Depan

KOTA KINABALU: Kabinet Negeri kelmarin mengarahkan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Tenaga Nasional Berhad agar TIDAK meneruskan loji bekalan tenaga ARANG BATU di Silam sebaliknya mencari alternatif sumber tenaga LAIN dan tapak baru.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman berkata Mesyuarat Kabinet kelmarin memutuskan kedua-dua syarikat itu MEMBATALKAN cadangan itu yang BOLEH MENJEJASKAN kesihatan dan [melenyapkan] kebimbangan penduduk yang tinggal di kawasan itu dan juga pelbagai pencinta alam yang terdiri dari badan-badan bukan kerajaan.

Setelah menimbang akan kebaikan dan keburukannya, Kabinet memutuskan MENOLAK cadangan ini kerana kita TIDAK MAHU MENGGADAIKAN kebajikan masyarakat di kawasan itu termasuk dari segi KESIHATAN DAN KESAN BURUK terhadap alam sekitar,” ktatnya dalam satu kenyataan kelmarin.

[Komen: Tetapi Kerajaan sanggup MENGGADAIKAN kebajikan dan kesihatan masyarakat SANDAKAN??]

Beliau juga berkata cadangan tapak pembinaan loji itu juga berdekatan dengan kawasan perlindungan seperti Lambangan Maliau, Teluk Darvel, Danum Valley, Ulu Segama, yang mana kawasan-kawasan ini mempunyai ekosistem sensitive yang [bernilai?] tinggi dan kebanyakannya daripadanya masih dalam keadaan asli.

[Komen: Sama juga dengan Hutan Simpanan Asli Kabili-Sepilok di SANDAKAN!!]

“Kita juga TIDAK membenarkan loji seumpama itu dibina kerana kawasan perlindungan ini juga akan digunakan untuk ECOTOURISM (eko pelancongan) di bawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC).”

[Komen: Bagaimana pula dengan Sepilok dan tempat-tempat pelancongan Ecotourism yamng terkenal di sekitar SANDAKAN?!]

Beliau berkata dengan membenarkan cadangan itu diteruskan ia BERCANGGAH dengan salah satu prinsip yang digariskan di dalam pembangunan SDC, iaitu untuk memastikan perkembangan yang berkekalan melalui PEMULIHARAAN alam sekitar.

Musa juga berkata Tenaga Nasional Berhad juga diminta untuk mencari SUMBER TENAGA LAIN SELAIN DARI ARANG BATU.

Saya tahu sesetengah orang berkata dengan teknologi hari ini, cadangan loji itu adalah selamat dan bersih TETAPI sesetengah PAKAR juga TIDAK BERSETUJU.”

[Komen: Betul! Sebab itulah apa jua Penilaian “Environmental Impact Assessment Report” yang sedang dijalankan adalah tidak bermakna dan tidak boleh dipakai!!]

Tetapi setelah memberikan pertimbangan dengan teliti, kita TIDAK DAPAT MENGAMBIL RISIKO dan MEMUSNAHKAN alam sekitar yang masih kekal. Kita perlu mencari SUMBER TENAGA YANG LEBIH MESRA ALAM SEKITAR.

[Komen: Tepat sekali, Y.A.B.!!]

Beliau juga berkata pembekal-pembekal tenaga ini juga diminta mencari tapak alternatif selain dari Teluk Darvel.

Musa berkata Teluk Darvel mempunyai hidupan marin yang [bernilai?] tinggi dan ia dianggap sebagai Punca Evolusi Batu Karang (Cradle of Coral Evolution) oleh [sainstis] selepas membuktikan bahawa lokasi itu mempunyai batu karang yang dating dari Great Barrier Reef di Australia

“Kita masih mempunyai alam sekitar yang masih belum disentuh. KITA TIDAK BOLEH MEMPERDAGANGKAN alam sekitar untuk kemajuan yang BOLEH MENGANCAM MASA DEPAN pencinta-pencinta keindahan alam semula jadi generasi Sabah akan datang,” katanya.

[Komen: Memang Betul! Kita SOKONG, Y.A.B.!!!]

————————————————————————————— Soalan-Soalan Kami:

Syarikat yang akan menguruskan Loji ARANG BATU di Sandakan bernama **LAHAD DATU** Energy Sdn Bhd. Ini jelas menunjukkan bahawa Loji ARANG BATU ini pada asalnya ditetapkan di LAHAD DATU, BUKAN SANDAKAN!

Kalaulah ‘clean coal technology’ (teknologi arang batu ‘yang bersih’) adalah betul-betul Bersih dan Selamat — Loji ARANG BATU harus diteruskan di LAHAD DATU. Kalau ia betul-betul ‘bersih’, kenapa pula ia DIBATALKAN — dan dipindahkan ke SANDAKAN??

Kalau Arang Batu sudah dianggap tidak sesuai untuk Lahad Datu, kenapa pula MESTI diterima oleh penduduk-penduduk SANDAKAN??

Adakah Nyawa dan Kesihatan MANUSIA yang tinggal di SANDAKAN KURANG BERNILAI?!

 

Sudikah Anda Menjadi JIRAN kepada Stesen Janakuasa Elektrik ARANG BATU?? (sila 'klik' peta ini untuk membesarkannya/enlarge)

 

Adalah jelas bahawa jarak di antara lokasi yang dicadangkan untuk Loji ARANG BATU di Seguntor adalah TERLALU DEKAT dengan tempat-tempat kediaman kebanyakan penduduk Sandakan, Hutan Simpanan Kabili Sepilok dan Sepilok, dll. Ia hanyalah kurang daripada 15 km dari Pusat Bandar Sandakan!

Dan ia hanya TIDAK MELEBIHI:

 

**3km dari Batu Sapi!!

**4km dari Taman Mawar/ Sibuga/ Kompleks Sukan!!

 

**7km dari Karamunting/ Kg Bokara/ Kg Air/ Tmn Tyng/ Tmn IJM/ Tmn Indah/ Pasar Batu 8/ Golf Club!!

**10km dari Tmn Fajar/ Bdr Kim Fung/ Tmn Pak Tak/ Tmn Khong Lok/ Airport!!

**15km dari Pusat Bandar Sandakan/ Gum-Gum/ Sim-Sim/ BDC!!

(Termasuk Sekolah-Sekolah, Kedai-Kedai, dan Pejabat-Pejabat di dalam kawasan-kawasan tersebut!!)

Sedangkan debu-debu dan bahan-bahan berbahaya yang dilepaskan dari loji arang batu boleh, dengan mudahnya, mencemar kawasan-kawasan lain yang BERATUS BATU JAUH apabila dibawa angin!! (menurut perenggan 4 Artikel ini)

ARANG BATU boleh MEMUDARATKAN Seluruh Sandakan (dan juga kawasan-kawasan yang berhampirinya, seperti Beluran, Telupid, Lahad Datu, dll)!!

 

Penulis: OC

 

Posted by: sandakan | February 4, 2009

BERSATU KITA MEMBANTAH!

JANGAN BERSIKAP TIDAK MENGAMBIL PEDULI
BERSATU KITA MEMBANTAH KILANG PEMBAKARAN ARANG BATU

2001093402023803138_rs

Akibat Pencemaran Kilang Pembakaran Arang Batu di Negara China

Penulis : RL

Bukan semua tetapi kebanyakkan manusia mempunyai sikap tidak mengambil peduli dan berkepentingan sendiri. Tetapi saya pasti kita semua mempunyai satu matlamat yang sama iaitu mempunyai satu Bumi yang bersih, bukan untuk generasi kita tetapi untuk masa depan anak-anak dan cucu kita. Kita tidak “memiliki” Bumi yang dulunya indah ini, kita hanya “meminjam” Bumi ini buat sementara kita masih hidup. Anak-anak dan cucu kita yang akan menyambung “peminjaman” ini. Oleh yang demikian, adalah tanggungjawab kita untuk memastikan Bumi ini bersih dan tidak tercemar atas kelakuan kita.

Jangan lah kita mempunyai sikap yang buruk ini (sikap tidak mengambil peduli dan berkepentingan diri). Kita harus bersuara dan membantah sesuatu “kerja” yang tidak betul demi kepentingan masa depan anak-anak kita. Kerja-kerja yang berkepentingan seseorang atau sekelompok manusia tidak harus berlaku. Pembinaan kilang pembakaran arang harus dibantah. Kita mempunyai pelbagai cara yang lain untuk menghasilkan tenaga elektrik seperti gas semulajadi, matahari (tenaga suria), air (tenaga hydro) dan angin. Kesemua ini adalah penghasil tenaga yang bersih.

cs_03_fmt

Rumah menggunakan tenaga cahaya matahari(Tenaga suria)

Mengapa kita harus menggunakan tenaga pembakaran arang batu? Teknik ini akan menyebabkan pencemaran udara dan air yang mana udara dan air merupakan keperluan asas manusia terutamanya mereka yang tinggal berdekatan dengan sungai untuk menampung kehidupan seharian.

Pencemaran udara dan air di Amerika Syarikat dan China, sebagai contoh, sudah tidak mungkin lagi dikawal. Mengapa kita harus mengikuti jejak langkah mereka? Anak-anak telah dilahirkan setiap tahun dengan tidak normal ataupun mati akibat daripada pencemaran yang melampau. Sudah pasti salah satu pencemaran adalah disebabkan oleh kilang-kilang pembakaran arang batu yang dibina secara berleluasa.

Bayangkan betapa bahayanya pecemaran yang akan dihasilkan oleh kilang-kilang pembakaran arang batu ini. Kilang pembakaran arang batu adalah merbahaya. Ia boleh mengakibatkan:-

• Kanser
• Penyakit paru-paru
• Masalah pernafasan yang serius
• Asma
• Kelahiran bayi yang tidak normal/kematian
• Pemanasan global
• Kematian dan keracunan hidupan laut seperti ikan-ikan
• Hujan Asid
• Kemusnahan hutan rimba

Marilah kita sama-sama berganding bahu dan bersatu membantah pembinaan kilang tenaga pembakaran arang batu demi masa depan anak-anak dan cucu kita semua. Bumi kita sudah cukup sakit dan tenat, janganlah kita menambahkan kesakitan dan ketenatan Bumi kita lagi. Jangan tidak mengambil peduli dan ringan terhadap keadaan sekarang. Jika satu kilang pembakaran arang batu dibina, sudah pasti kilang and kedua, ketiga dan seterusnya akan di bina. Gunakan cara lain seperti cahaya matahari, air dan angin.

Older Posts »

Categories